Yang Samar Sukar Dibaca

Sebenarnya ketika aku mengayuh beskal tadi, aku sibuk nak membaca tampalan2 iklan di tiang letrik, pondok bas dan mana2 yg aku nampak tertampal. Tapi sama ada aku mmg rabun jauh ataupun tulisan itu sendiri samar2 aku sendiri kurang pasti. Tapi pos kali ini bukan berkaitan dengan apa yg aku mau baca tetapi lebih kepada penghayatan kepada perkara yang samar sememangnya akan meragukan kita. Betul tak?
Semalam aku ada send email ke subscriber aku ber isu kan tentang “wishlist”. Ada yang membalas dengan menyatakan bahawa tidak semua org mampu memiliki apa yang mereka mahukan. Aku tak pasti latar belakang subscriber aku ini, tapi jujur aku ckp dlm hidup kalau ko sendiri masih samar dengan apa yg kau mahu dan sentiasa was-was dalam kehidupan sesungguhnya ko akan mensia-siakan kehidupan ko tanpa memiliki apa2!
Biar aku berterus terang sehingga ke saat ini aku memang sedih kerana tidak mampu mencapai cita-cita aku untuk menjadi seorang engineer. Cita2 tu aku tanam sejak aku di bangku sekolah rendah lagi. Itu “wishlist” yang tak tercapai dan adakah aku dikategorikan sebagai “LOSER”? Tentulah tidak kerana aku dah berusaha dan sesungguhnya Allah lebih tau apa yg lebih baik untuk aku sekarang,esok dan dimasa hadapan.
“Yang Samar Sukar Dibaca” juga mengambarkan ketidak sungguhan merealisasikan apa yg mereka idam2kan. Seolah mereka berdoa kepada-Nya tetapi tidak berniat dengan betul, mungkin aku boleh katakan mereka nak solat subuh tapi pi baca niat solat magrib! Jadi, jangan salahkan keadaan kenapa mereka tak pernah dapat apa yang telah di “wishlist” kan.
Jangan tipu diri sendiri dengan meminta sesuatu yg diri sendiri tak mampu berikan, dalam kehidupan ada “give and take” kalau sesiapa layan anime Fullmetal Alchemist, hukum keseimbangan alam itu mesti korang akan faham. Kalau korang mahukan sesuatu korang juga perlu memberi, jgn hanya tau meminta. Selalu aku dengar org dok mengumpat golongan buta yg dok menadah tangan di kedai makan dan merungut mereka2 ini tidak mau berusaha lebih. TAPI..apa beza si pengomel yang tak mahu berusaha dengan mereka dan hanya tunggu disuap dalam byk perkara..especially bab duit!
Aku bukan ada Doraemon yang boleh memberikan apa sahaja yang aku nak. Aku sama mcm org lain yang berusaha untuk cari duit menampung kehidupan harian dan juga memenuhi impian. Tolong jgn seksa diri sendiri dengan mengimpikan kereta Ferrari sebiji padahal nak bangun tido untuk solat subuh pun liat. Malahan nak pergi kerja sepanjang perjalanan menyumpah seranah boss yang akan memaki kerana lewat sampai opis hari ni!
Kalau betul2 nak jelas lagi bersuluh, aku syorkan binalah “wishlist” yang nyata mampu di lunaskan, angan2 perlu ada tp berangan2 tu membuang masa!
p.s – korang boleh gunakan web dibawah untuk create angan2:
Dan aku nak layan lagu Pearl Jam jap..hehehehe








Tahun ni wishlist lom tercapai lagi…
p/s- best lagu PJ tu, lom pernah dengar la plak..
wah pearl jam lama tak dengar ni…. tq2
So kesimpulannya…angan2 tu penting supaya kita berusaha..tapi janganlah angan2 lebih tapi usaha takde…
Pearl Jam eh? Aku sangat suka evenflow…best giler!!
Salam.
Yup lebih baik kita buat wishlist yang kita mampu untuk dapatkannya dari kita buat wishlist sekadar untuk berangan ;)
@samdaddycool- takpe itu wishlist tahunan bro, wishlist bulanan mesti dah setel punya!
@mancai-hahahaha..pearl jam memang mantap lah
@adamfaiz – yup betul tu bro, angan2 tu mmg kena ada kalau takde bayangan kita sendiri tak tau apa yg kita nak.
@hafidz – yup..tul tu ramai yg suke buat wishlist yg mereka mmg susah nak dpt..then membebel2 kenapalah susah sgt nak capai wishlist tu.
angan2 dan harapan biasanya jelas
…cuma selalu mengambil langkah yang tak tepat
kalau apa yang dihajati berada di sebelah kanan, janganlah bergerak ke depan atau ke kiri apa lagi ke belakang
tehr recently posted..A.M.I – Pesan Mentor Blogger
Ramai yg suka bertukar arah itulah yg dikejar tak dpt yg dikendong berciciran :)
Wishlist selalunya activate semasa awal tahun jer. Pastu habis satu bulan lenyap entah ke mana…
…..aku dengar org dok mengumpat golongan buta yg dok menadah tangan di kedai makan dan merungut mereka2 ini tidak mau berusaha lebih. TAPI..apa beza si pengomel yang tak mahu berusaha dengan mereka dan hanya tunggu disuap dalam byk perkara….
best ayat ni..
Mohd Zaini
mohd zaini recently posted..1001 alasan logik tapi tak logik
Itu bukan wishlist dah tu, itu dah lebih kepada angan2 melampau. Aku ada 2 jerk wishlist tahunan dan selebihnya sume wishlist bulanan.
macam ada persamaan dengan blog aku saja – http://jangkaan.name.my/blog/2009/12/apa-yang-ada-pada-masa-depan/
apa pun kawan aku ada kata kat aku, nasib baik aku pilih berhenti awal sebab dapat kerja tetap dengan kerajaan. ayah aku kata kenapa taknak habiskan belajar, rugi buat pinjaman pelajaran mara. mak aku tak berkata apa-apa lagi pasal tu. cuma aku kena bayar penuh pinjaman pelajaran mara. nak buat rayuan bayar sebahagian namun mara nak tengok keputusan semester aku. entah mana aku letak huhuhu. jadi …
apa yang ada pada masa depan???
Amin007.Ledang recently posted..tengah fikir ada baki kes kawa…
heheheh..erm byk benda ada pada masa depan cuma itulah kita kena doa semoga umur dipanjangkan dan bolehlah kita hadapi mcm2 dugaan dan limpah rahmat di bumi Allah ni.
sy nyer wishlist tahun ni baru tercapai satu
mijie recently posted..Surat cinta untuk mu sayang
takpe mijie,oklah tu wishlist tahunan ko dah capai gak, aku ada 2 misi tahunan dan 2-2 misi pun tak setel lagi. :)
angan2 tu penting untuk wat kire bersemangat. huhuhu.tp, jgn lebey2 bahaya kang.hehehe
lizz recently posted..Perasan Tak Dunia Blogging Tak Macam Dulu Dah?
Yup betul tu, tak berangan takde imaginasi,takde imaginasi so otak susah nak nampak apa yg kita inginkan..Sbb tu aku tulis yg samar sukar dibaca..hehehe
catzer recently posted..Yang Samar Sukar Dibaca
hehe. ko layan gak fullmetal alchemit. KO baca episode terakhir dia kat onemanga tak? Best gak last episode tu..
titan recently posted..Pengalaman Titan bercuti di Johor
layan beb, aku mmg follow cite ni dari dulu lagik huh!
hmm… ape ye wish list pertama saya.. mula bekerja dari rumah dan fokus 100% buat business freelance yang saya usahakan sejak tahun lepas. insyaAllah paling lewat pun by end of this year. doa2kan untuk saya ye :)
Dila recently posted..5 Tips Untuk Blog Submission