Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Tolonglah..Jangan Pergi..

Bulan ni merupakan bulan dimana aku byk berehat dan bermuhasabah diri. Namun, aku ingatkan dpt rehat 100% rupanya ada insan yang perlukan khidmat nasihat dari aku yg mmg berminat dengar masalah org secara percuma ni.

Isu kali ni ialah bila korang kapel terlalu lama then tiba2 clashed! Yang minta clashed biasanya takde effect seteruk yang kena “cerai”.

Biasanya yang kena “cerai” ni mempunyai plan jangka masa panjang bersama bekas awek atau pakwe jadi hampir 100% tidak boleh menerima kenyataan yang dirinya telah di reject 100%. Ada yang terus membawa diri dan tidak kurang juga yang merayu2 untuk sambung balik.

Dari segi pengalaman aku mmg pernah di reject tetapi selalu mereject ialah skill aku paling terror sekali. Aku amik kes paling mudah, bila korang kapel lebih dari 5 tahun dan mmg ada plan nak jadikan calon korang tu teman sehidup semati dan suddenly kapel korang tu tiba2 berubah hati..Apa korang patut buat?

Pada aku sume mende pun kena back to basic..Memanglah korang akan ckp berkata2 tu lebih mudah dari perbuatan..bahu yg memikul lebih berat..etc2…

Tetapi pada aku mudah jerk! Kalau mmg bukan jodoh ko..ko kawen pun belum tentu diaorg akan setia dengan ko..ada kebarangkalian korang akan cerai gak suatu hari nanti. Sape yang pernah bercerai cuba korang tanya kenapa bercerai? Jawapan mudah “TAKDE JODOH”. Kalau orang dah kawen dan cerai boleh menerima hakikat takde jodoh, korang yang belum kenal erti hidup sebenar berumah tangga dok gedik2 frust menonggeng dan tak boleh terima kenyataan “TAKDE JODOH” sungguh pelik!

Korang sewajarnya mengambil peluang untuk mulakan kehidupan yang lebih baik, sejujurnya aku sendiri pernah frust! Tapi ubat terbaik untuk semua ni ialah menerima kenyataan Allah lebih tau apa yg lebih baik untuk kita!

Nasihat buat rakan aku yang masih tertonggeng frust pasal awek dia tinggalkan dia:

1. Hidup ni sementara jerk, rugi kalau mati tapi hati kita dipenuhi dengan perasan menyesal!

2. Cinta yang abadi ialah Cinta kita kepada Allah..Kalau ko lebih2 cintakan manusia, ko akan merana sbb Allah boleh amik dia bila2 masa jerk.

3. Kalau ko betul2 sayangkan dia, lepaskan jerklah dia semoga dia akan temui seseorang yang lebih baik dan bahagia.

4. Teruskan hidup ko mcm biasa dan bukalah pintu hati tu untuk orang yang sememangnya untuk ko..Jodoh ko yang sebenarnya.

Aku pernah kena reject sekali dalam hidup aku,waktu tu umur baru 19 tahun kot..Bagus gak aku kena reject sbb kalau tak mesti aku dah gatal nak kawen muda2. Time aku frust, aku dapat sambung belajar dan selama 3 tahun kot aku dok rebound love sampai satu tahap aku jadi seseorang yang matang dan mula fikirkan untuk cari lelaki yang boleh aku jadikan suami.

Sebenarnya orang yang cepat frust bile kena reject ni ialah golongan yang tidak matang dan tidak mampu mengawal emosi dan keadaan semasa. So, layak ke nak jadi suami dan isteri orang? Aku tidak kait kan soal umur dalam isu sebegini, matang tidak bermakna ko perlu berumur 30 tahun. Matang ialah bile ko boleh kawal emosi dan bersikap terbuka dengan setiap cabaran hidup.

Aku harap orang yang tengah frust skang ni fikir2kan kembali apa matlamat sebenar korang dalam hidup ni. Jika kerana lelaki/wanita yang telah reject korang, korang nak meroyan sampai berbulan2..aish!!! Jangan buat malu umat lah!


26 Responses to “Tolonglah..Jangan Pergi..”

  1. Eizil says:

    Berjaya membaca dalam satu nafas… rekod baru ni… hehehe… :D frust jap takper kot, jangan menonggeng2 sampai taklerh nak teruskan hidup sudah.
    Eizil recently posted..Aku suka membaca daripada menulis?My Profile

  2. adamfaiz says:

    Tak guna nak frust nonggeng ni.. dulu aku nasihat kawan supaya tak kahwin dengan girl yang di baru kenal beberapa bulan. Dia beriya-riya ckp boleh bahagia bla bla bla.. last2 lepas je dapat anak sorang…terus bercerai.. kalau korang tau punca dia cerai sure gelak punya… petty beb!!

    Selepas 7-8 tahun baru recently dapat jodoh.. So bab jodoh ni jgn paksa sangat.. kalau ada, InsyaAllah jadi la…
    adamfaiz recently posted..Wordless Wednesday 1My Profile

  3. ohcikgu says:

    kat sekolah..lagi peninng..kena jadi kaunselor..budak-budak nih..kalau dah bercinta..dah macam orang dewasa..nak bunuh diri pun ada..
    ohcikgu recently posted..Berita GSTT terbaru – Govt to absorb temp teachersMy Profile

  4. titan says:

    teringat zaman muda-muda dulu. haha..
    titan recently posted..Dapat RM219 dari Cabaran Pegawaikerajaan.comMy Profile

  5. dnoBiz says:

    aku suka cara nasihat kau tu… :D
    Kalau aku aku cuma akan cakap Alhamdulillah kau bernasib baik sebab kena reject .. :D
    dnoBiz recently posted..Nikmat Disebalik Kesakitan – Makna Apabila Sakit mendatang..My Profile

  6. Ajis says:

    ntah la diorang nih.. simple je sebenarnya.. just pujuk hati tu utk terima kata2 “takde jodoh”. sku dah kawen. dulu sblm kawen pernah clash skali je, tapi aku takde perasaan apa2 pun.. sebab aku la yang nak clash, hoho..
    Ajis recently posted..Nursing/ Breast PadsMy Profile

  7. MEKAR says:

    Mula2 meroyan la sekejap! Tapi jgn seksa diri sendiri (sampai xmakan/ nk bunuh diri..itu b_d_h namanya).
    Kita muhasabah diri.Kaji apa kekurangan yg mbuatkan si dia tinggalkan kita. Lepas tu lakukana perubahan supaya suatu masa si dia rasa myesal krn meninggalkn kita dulu.
    MEKAR recently posted..Malaysia Terpaksa Akur…My Profile

    • Jovem says:

      Salam Aiman, tolong aku sejaekp, aku dah minat dgn theme nih. Aku dapat yg pro 3. Tapi nape bila aku upload pic, takde pic kat kiri cam ko. Kat setting theme aku tick mcm2. tak jadi gak. Ada text jer. Bila bukak semua post baru nampak pic. Boleh tak ko bagi theme nih kat aku. Aku buat blog peribadi. Satu lagi ko tukar ayat footer bawah boleh. Aku tgk kat setting takde. kat widger bahagian 3 footer tu. Harap ko dapat bantu aku bro. Thanks. Really need ur help.

  8. Sir Marcello says:

    aku pernah terbodohkan diri kerana cinta…macam bangang mengharungi kehidupan…suddenly, I found something yang valuable…

    yup, aku dah berjaya lari dari kisah lama…kalo tak busykan diri di office…aku travel..kalo tak travel..aku buat benda2 yang mencabar…hehehe

    tapi, malas gak kadang2 ada yang cakap yang xsedap didengar kalau sebut ttg “kahwin” “girlfriend”…hahaha
    Sir Marcello recently posted..Day 3/4/5 – My Krabi Escapade 2011My Profile

  9. Memang kesian la kalau yang terpaksa hadapi masalah putus cinta.. lagi-lagi untuk mereka-mereka yang kurang berpengalaman.. nak jadi bodoh tu mudah bebenor sudahnya nanti
    sabree hussin recently posted..Dah Besar Nanti Nak Jadi Apa?My Profile

  10. afiq aiman says:

    salam kenal dari saya, 1st time datang sini :)

    teringat artikel yang ditulis oleh Ustaz Pahrol di genta rasa, Cinta Bukan Tuhan…

    dalam maknanya…
    afiq aiman recently posted..Forum Sebagai Penjana Trafik Kedua TerbesarMy Profile

  11. MR.Z says:

    mungkin tiada jodoh.. kalau dah clash lepas tu tak lama kemudian, kaple balik.. peluang nak setia tu rasanya dah kurang dah…
    MR.Z recently posted..Bahasa Melayu Versi Apa Ini?My Profile

  12. sayacomel says:

    bila bercinta ni..macam-macam la perangai buruknya keluar..
    sayacomel recently posted..Happy Eid Mubarak 2011 – Selamat Hari Raya!My Profile

  13. Cikgu Hairul says:

    Nasihat yang best.. Kadang-kadang orang frust ni tak boleh diberi nasihat sangat. Cuma makian je yg paling layak untuk menyedarkan mereka. Sebenarnya meka cuma nak kita menyebelahi mereka jer. So maki je la..
    Cikgu Hairul recently posted..Sekitar Majlis Konvokesyen 47 UTM 23-26 September 2011My Profile

  14. orang asyik pandang ke bumi sebab tu la boleh sampai nak meroyan, sesekali tengok lah ke langit, bukan kah dunia ni luas..

  15. Derok says:

    artikel yg sempoi…hehe

  16. dinsblog says:

    buang masa jer frust..baik cari yg lain..ade hikmah disebalik kejadian.
    dinsblog recently posted..Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)My Profile

  17. shafaric says:

    Jodoh pertemuan tu di tangan Allah .. Tak ke mananya jodoh tu jika memang dah tertulis. Banyakkan bersabar je okey!
    shafaric recently posted..Koleksi Maira Tudung Corak Terbaru (Saiz L) – (12.1.2012)My Profile

  18. Muna pun pernah juga frust. hee.. malu plak kalau dikenang kan balik :p

    • mamasayang says:

      Org tu klau btol2 nak kat kita,tak yah kita ni susah2 pun dia akan jadi milik kita jugak.dan dia akan
      Memperthnkn cinta yg ada semampu yg dia boleh.tp cinta mcmni kna lah cinta yg suci&strong.memanglah jodoh sudah dtakdirkn tp kedua pihak yg saling mncintai ni kena ikhtiar mempertahan cinta bukn setakat nak untuk dunia ni ja tp akhirat.lbih2 g utk yg beragama islam.jangan lupa Allah s.w.t yg memberi nikmat pada manusia untuk merasa prasaan cinta&berkahwin.kita ni pulak hambanya mestilah mensyukuri nikmatnya tu.jadi kalau setakat nak bercinta jugak sbab tengok org lain brcinta.fikirkn btul2 adakah tu yg kita mahukan ataupun kita hanya sekadar terdesak nanti sudahnya menyesal dan terpaksa berpisah dkemudian hari sbab prasaan cinta yg ada tu pun xlah skuat mana.ahernnya akan ada pihak yg terluka.saya ckp ni pun bukn pendpt ksg tp bblajar mlalui ksilapan org lain dan klau sbolehnya kita x nak buat ksilapan yg sama.

  19. cyberarmy says:

    artikel yang sangat hensem dan sungguh bermakna :)
    cyberarmy recently posted..Lifestyle : Apa Yang Lelaki Mahukan?My Profile

  20. Melayu Bijak says:

    jangan lah frust pulak..kita banyakkan bersabar..ini semua cuma dugaan

  21. JomJalan says:

    Orang yg mengecewakan, satu hari nanti pun akan dikecewakan juga.

    Dan telah dikecewakan, juga mungkin akan kecewakan org lain.

    So, takyah sedey2.
    JomJalan recently posted..Beli belah ke-2My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge