Tips Menghalau Pembaca Blog
Sebenarnya aku byk mendapat soalan bagaimana aku mengekalkan pembaca blog ini sedangkan tahap kemalasan aku mengupdate blog ini korang sudah sedia maklum. Ada yg dah sampai tahap menyampah menunggu aku mengupdate blog ni. Bukan lah aku malas atau penat..tp minda aku kadang2 tersekat dek kerana terlalu byk benda yg kononnya aku nak share tp hampeh tak dpt aku kongsikan dengan penulisan sengal aku di blog ini. Ianya berpunca dari sifat kesempurnaan yang menyebabkan aku rasa penulisan aku bagaikan irama tanpa lagu..jadi post2 yg konon mcm bagus tu tersimpan sebagai draft.
Kali ini dek kerana aku bosan untuk menjawap soalan yg sama jom lah aku share ngan korang tips untuk menghalau pembaca blog. Sebenarnya ramai yg akan ckp apa kebangangnya si Catzer ni nak menyuruh org menghalau pembaca blog,patutnya sharelah tips mendapatkan pembaca blog yang tegar..Jawapan aku mudah..Nak baca teruskan membaca..tak mo sudah..boleh blah.. (ini tips menghalau pembaca blog gak ni).
Sebenarnya kita perlu tau mengapa pembaca jarang habis baca post blog kita. Aku berani cakap korang sendiri pun mungkin tak baca habispun post aku ni dan terus komen..paling best korang tutup terus blog ni..Bagus itu menunjukkan tanpa tips post ni dah boleh bikin org berambus dr blog aku secepat mungkin..hehehehe
Baiklah..tips aku paling senang nak bagi orang bosan dan cepat blah dr blog aku ni ialah dengan menulis benda yg paling tak menarik dimata aku sendiri. Aku tau post tu tak hape2..tp dek kerana time aku tulis tu minda akupun tgh tingtong so aku post gak..kesannya org nak baca perenggan pertama pun tak mo terus blah..so..sukses!
Tips seterusnya ialah dalam tempoh seminggu aku dok buat post pasal bengkel wordpress aku jerk..Confirm korang akan ckp..Catzer sengal, tak habis2 promote bengkel wordpress dia..mcm bagus jerk!..So confirm tips aku ni berkesan kalau korang ada produk sendiri/affiliate..cubalah promote produk yg sama dalam tempoh seminggu di blog korang..Confirm awal2 org tgk title pun dah cabut. Tahniah..sukses lagi..
Tips paling sempoi ialah..tempek iklan di merata2 bahagian blog korang..kalau boleh banner tu lebih byk dr post korang. Lebih bagus lagi, kat sidebar tu sepenuh2nya, then buatlah post barang sekerat dua. Aku berani potong kuku pembaca blog akan terpingga2 sambil menggaru kepala “Ni blog ke atau portal iklan” dan percayalah besar kemungkinan pembaca blog tu nak dtg balik blog korang mmg superb tipis..Huh..Sukses!
Sebenarnya disebalik tips2 ini korang boleh rungkaikan lagi tips2 yang lain. Pada aku mendapatkan pembaca blog tidaklah sesukar mana kalau korang tau apa yg korang ingin kongsikan. Untuk blog peribadi sesiapa juga berhak merakah yg kebukan2 kerana ianya lebih rational sebegitu. Jika korang ingin membaca penulisan yang lebih serius berkaitan pemasaran internet boleh ke blog manual newbie aku. Ya..pelik..Kadang kala aku sendiri dpt merasakan menjadi blogger ini memang unik korang mampu mempunyai identiti berbeza secara maya..Seronok!
No related posts.







Haha.. unik.. Lagi satu bile ade auto play widget.. mcm lagu, mp3, radio yg auto play.. Saye x faham kenape mesti ade autoplay.. Setiap kali refresh page je die ulag semule.. naik lemak da telinga dengar.. ngerrr
itu paling aku menyampah..paling stress bile time tu ko pakai headphone volume tinggi..:)
hehe…tips2 yg berguna. so, kita takleh wat menda tue sumer, tuk kekalkan pembaca. yayy!
Kalau buatpun boleh amanz..tgk pembaca blog mana paling tegar sanggup tahan..hehehe
hi nice tips.aku suka blog yg laju dan x bnyk widget yg melembabkan loading pages he3.nak baca pun nak kne tunggu mcmana.baru klik dah popups itu iniler.
sebenarnya kalu nak senang, letak je password kat blog tu..yang tak leh buka tu lari la diorang
Hihi..best gak camnih eh.. ;)
haha..aku tgk post ni cam ada tips tersembunyi plak..kekeke…
tips menghalau lipas xde ke, sejak dua menjak ni banyak plak lipas mcm2 ubat dah try , spray sudah, perangkap sudah, ubat dari china pun dah…
tensen tul, nak kata banyak sampah xde plak.
muskil
cara mudah buat duit
wah..tersirat di sebalik yang tersurat..hahaha
aku tengok post gak
kalau sesetengah post tu cam kurang best aku bace sket je then trus komen
tapi d sesetengah blogger yang penulisan nya memang mantop memang bace sampai abes la
@Adney
tau takpe
kalau pakai IDM nanti otomatik kuar download box lagu tu
leceh sungguh
apa ke mangkuk lah ko ni… ini mesti gaya buat post kul 4 pagi… :P nape ko x suh uninstall je wordpress tu? baru best…. lpas tu, kalo nak lagi best, domain korang tu, redirect ke http://fikridotcom.com/blog
memang masuk2x trus diorang blah… aku lah untung! wahahahahahahah! :P
Hehe..tips yang diberi tu, penah test dan ada yang berkesan. by the way, kekadang masih ada yang sudi berkunjung jugak coz terbit ‘rasa rindu’ yang melampau :-D
nice article!
salam kenal dari Syukran…heheh..
entry ni buat saya baca smpai habis sbb lain dari yang lain. Ini yang membuatkan pembaca ternanti-nanti entry yang seterusnya..(ye ker?..aku rasa mcm tu la.)
Kali pertama baca posting nak halau pembaca blog..:)
ramai yg baca daripada yg mengomen. itupun aku dah cukup bersyukur..dulu. sekor dua je yg datang..
Salam,
Tips nak tarik blog plak, buat tajuk yang unik.hehe.Mcm catzer buat ni. Tajuk yang pelik dan rasa nak baca sampai habis.
Betul tu. Kena improve apa yang kurang. Saya pun lama dah tak update blog ni.Kena aktif semula.Kang beku habis ilmu di dada.hehe..
memang terbaek!!! =p
teks post pula suma ALL CAPS dan warna pening2. memang muntahla kalau nak lawat. haha.
hahahah..byk benda2 aku boleh halau tp aku nak halau pembaca blogger erk..tak senonoh tul aku ni..apapun ini sekadar luahan perasaan geng2 blogger yg lain gak..we all rocks kan kan kan
pergh.. pedas entri. terasa aku. hua3x…..
nengok tajuk je dah dapat tangkap maksud tersirat di sebalik post ni. Kalau yang jenis x paham bahasa tu, sah sah dia anggap si catzer ni seorang blogger yang minta dilempang berkali2.. wahahaha..
nice entri!
nice tips.aku perhatikan,kebanyakan pengguna blogspot banyak yg buat benda2 yg annoying ni.kebanyakan la,bukan semua.
Salam singgah catzer..erm…x sangka erk..atas sebab tip menghalau pembaca la yg buat saya terasa nak komen kat sini..sebelum nie just jadi silent reader je la..hihi..Rase2 tak menjadi tips yang catzer bg nie..hihi..tersirat jugak erk post nie..tahniah..terima kasih la ..kerana tips tue la yang buat saya terasa nak komen n nak terus baca kat sini huhu…i like….hhihii
aku selalu baca abis sbb masa kat opis banyak miahahaha
kalau korang nak tau, aku buat macam tu la kat blog aku….patut la ranking dah merudum tahap gaban dah ni…
haha..memang confirm menhalau…
Tapi cam terkena kat dahi sendiri ni..adoi..
kikiki
ini 1st time aku dengan tentang tips untuk menghalau pembaca, pasni boleh aku amalkan ni, hahah
mijie berjaya mengarang..HIDUP SEORANG BLOGGER PART 2