Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Tips Cemerlang Exam PTD

Aku dpt surat panggilan ke exam ptd yang berlangsungsabtu lepas, persiapan untuk exam sgt tidak best kerana sedia maklum keadaan kesihatan yang sgt goyah. Saat aku menulis post kali ini, aku masih batuk walaupun tidak teruk spt sebelum ini. Percaya atau tidak mmg tiada ubat utk batuk even ko teguk ubat batuk seperti minum air masak setiap hari. Namun, syukur aku tidak perlu menghadirkan diri untuk ujian x-ray. Tp aku rasa bila kelapangan nanti aku akan pergi buat juga. Cuma aku perlukan masa untuk memberikan badan aku sedikit masa untuk berehat sebelum ujian x-ray.

Sabtu lepas aku ditemani kawan serumah ke SMK Seksyen 10 Kota Damansara untuk exam ptd. Exam bermula pukul 9 am dan berakhir selewat pukul 4.30 pm. Aku keletihan byk temu janji terpaksa aku cancel, sorry kengkawan serius mmg penat bila otak “google” seperti aku ini perlu memerah otak untuk menanda borang OMR dan menulis esei. Adakah internet melemahkan daya penaakulan aku? Mungkin.

Meskipun exam ptd kali ini adalah pertama kali yg aku hadiri tp mungkin tips2 ini nanti mampu membantu mereka yang bakal menduduki exam ptd walaupun buat kali yang ke berapa. Walaupun peratus kejayaan dan kegagalan aku dalam exam kali ini ialah 50-50 tp aku percaya aku agak bagus dlm menganalisis tips kejayaan untuk setiap exam yang aku duduki.

Tips pertama – Jika kalian memohon jawatan ini semasa mengisi borang SPA. Pastikan anda sentiasa alert pada persekitaran dan isu semasa dengan memperbanyakkan membaca surat khabar dan melihat berita. Mulakan skang, ya hari ni. Jika post ini kalian baca seminggu sebelum exam, aku syorkan baca blog yang sentiasa update dengan isu semasa. Serius, untuk exam kali ini blog-blog tentang isu semasa byk membantu dan jgn buang masa membaca blog politik..Mahu jadi PTD kita perlu berfikir untuk berkhidmat utk negara tidak kira di bawah kepimpinan siapa.

Tips kedua – Beli buku “Malaysia Kita”, percaya atau tidak buku ini merupakan sumber soalan hampir 60% dari soalan pengetahuan am dan alam sekitar. Aku gagal dlm mendapatkan jawapan untuk kertas ini kerana sedia maklum aku beli buku tersebut seminggu sebelum exam dan dlm keadaan goyah, x mampu aku utk menelan sume 600 muka surat. Edisi baru berwarna pink, harga dlm RM37.50 di MPH. Aku beli di MPH Bukit Raja, Klang. Jika kalian sudah expert bab sejarah tahniah..anda boleh skip 300 muka surat pertama. Untuk exam ini aku hanya membaca kurang 100 muka surat.

Tips ketiga – Pastikan cukup tido sehari sebelum exam, aku tido jam 3.00 am kerana hari itu aku mmg terlebih tido sbb mkn ubat batuk. Hanya mereka yang biasa menghadiri exam dengan keadaan tidak cukup tidur sahaja yang boleh meniru lagak gaya aku ini. Pastikan cukup tido kerana exam tersebut akan buat kalian bosan,ngantuk dan 100% penat. Satu hari mengadap borang OMR buat aku muntah.

Tips keempat – Telefon parent, mintalah doa restu mereka. Ya, aku phone mak dlm pukul 8.00 pm sehari sebelum exam. Nyata aku mengharapkan agar mereka berdua tidak menaruh harapan apa2 untuk exam kali ini. Mak hanya gelak dan aku tahu dlm hatinya ada perasaan percaya aku boleh berjaya.

Tips kelima – Sediakan pakaian dan kelengkapan untuk exam sehari sebelumnya. Pastikan anda memakai pakaian yg kemas..Rata-rata gadis lebih ayu memakai baju kurung dan lelaki lebih segak dengan kemeja dan slack. Ya, skema..Mahu keje gomen mmg skema. Alat tulis mesti lengkap pastikan bawa lebih dr sebatang pen dan pensil. Jgn menyesal jika tiada siapa mahu pinjam kan alat tulis kerana rata-rata yg menduduki peperiksaan memang mahukan jawatan yang sama.

Tips keenam – Semasa mengambil peperiksaan, masa amat berharga kerana jujur aku katakan pengawas peperiksaan yang menjaga tidak berapa arif tentang pengurusan masa. Yang mereka tahu bg kertas, set masa dan kutip semula kertas jawapan dan soalan peperiksaan. Kalian kena sentiasa bersedia, even borang omr belum siap diisi dengan maklumat menduduki peperiksaan. Biasanya kita akan diberikan peluang memeriksa kertas soalan 5 minit sebelum peperiksaan dimulakan, harap maaf itu tidak berlaku. Pastikan isi maklumat peperiksaan secepat mungkin dan bersedia utk menjawap soalan pada bila-bila masa. Pastikan juga anda menanda jawapan terus ke borang jawapan OMR jgn buang masa menanda jawapan di kertas soalan.

Tips ketujuh – Jangan sesekali meninggalkan ruang kosong tidak berjawap..Ya, “tembak” janji anda menjawap..Cool bukan tips ini..Kalau tidak mahu ikut terpulang sbb kalian mmg terror jika tidak menembak dan lebih suka tinggalkan ruang kosong.Untuk kertas sahsiah rupa diri, 200 soalan dalam masa 40 minit. Aku siapkan dalam 10 minit sahaja. Paper ini menunjukkan siapa anda. Contoh soklan ” adakah anda pernah terfikir untuk memaki org ketika marah?” Ya atau Tidak..So, jadilah diri sendiri utk paper ini. Tp jika diri anda byk sifat2 kurang murni kekalkan sikap itu dengan tidak jujur semasa menjawap paper ini. Untuk paper math, praktis dari sekarang mencongak sebarang kiraan dlm titik perpuluhan.

Tips kelapan – Tawakal..Balik rumah dan tido..Jgn sesekali check jawapan untuk soalan yang tidak boleh dijawap. Teruskan hidup anda seperti biasa.

Kalau ada PTD yang membaca tips ini aku jamin 90% akan setuju dengan tips yang aku berikan. Ya, mahu jadi PTD kena ada sikap percaya pada diri sendiri. Hahahaha..

Jika anda berjaya dlm exam ini, anda akan ke (Program Assessment Centre) PAC selama 3 hari, dan jika berjaya mencerminkan diri sebagai bakal ptd baru anda akan di interview..Jika berjaya dlm interview..kalau tak silap aku anda wajib mengambil Diploma Pengurusan Awam di Intan selama 6 bulan dan selepas itu baru diserapkan ke jabatan2 berkenaan.

Blog Widget by LinkWithin

No related posts.


About the Author

Catzer seorang penulis blog syok sendiri yang suka merayap ke lokasi yang sentiasa dirahsiakan. Hanya tahu makan, tidur, main games dan blogging menggunakan Wordpress. Pakar masak megi dengan kimchi,yosh!!

88 Responses to “Tips Cemerlang Exam PTD”

  1. taukey says:

    tak pernah g PTD nyer exam. hehehe. susah jugak la sebenarnya exam SPA sekarang ni. Tak cam dulu interview jer terus. tak byk test. hehe. Byk persaingan sekarang

  2. Abang Zamani says:

    Salam…

    Abang ucapkan SELAMAT BERJAYA… doa banyak – banyak. Dan semoga cepat sembuh. Doa kepada-NYA dan berusaha makan ubat ikut sukatan yang dah ditetapkan. (jangan terbalik pula tempoh masa dengan bilangan sudu tu pula). :)

    Semoga rehat cukup – cukup dan jangan fikir banyak sangat. Peristiwa semalam sudah menjadi lipatan kenangan / sejarah. Yang penting adalah saat ini dan apa yang perlu dibuat esok. Ada plan ka? Nak tip tradisional bagi melegakan batuk tak?

  3. Abang Zamani says:

    Kalau nak cuba salah satu / semua sekali petua kat laman ni :

    http://sheisagirl.wordpress.com/2008/07/18/batuk-oh-batuk/

    boleh juga. Yang penting setiap penyakit ada ubat. Allah cuma suruh kita berusaha.

    Kalau ada kahak, jangan telan… Ludah tau… :) Kalau boleh, pantang sikit makanan yang berbisa buat masa ni. Jangan pantang nampak tau.

    Kalau boleh baca zikir sembuh penyakit. Abang ada dalam bentuk MP3. Nak ka? Kalau nak YM, abang nanti.

  4. chot says:

    lama xdengar khbar berita ko catz…ko sihat? mcmana kamera ko? dah terer ke?

  5. catzer says:

    catz2taukey~erm mmg perit jerih nak jadi ptd ni

    catz2zamani~thanks, byk betul petua yg boleh di perturunkan erk :D

    catz2chot~aku still nobie bab camera..hahahah

  6. zool says:

    Aku dah 5 kali ambil exam ni..Tak penah lulus..
    Last sekali soalan sahsiah tu.
    kena jujur pada diri sendiri..
    Boleh detect kalau kelentong..

    Jadi PTD memang cepat naik pangkat tapi keje paham2 lah,..

  7. catzer says:

    catz2zool~betul tu zool..soklan sahsiah tu aku mmg jawap sejujurnya..susah mahu siap awal jika kelentong :p

    Bukan jawatan yg aku kejar tp niat untuk berkhidmat kepada negara.

  8. semoga ko berjaya hendaknye bro! dah jadi PTD makin meningkat la darjat ko dlm masyarakat nanti

  9. taukey says:

    syam…..bro? :D

  10. paan says:

    tips nie boleh guna untuk amik exam kat u ker???hehehe

  11. nuaeman says:

    Aik! camne catz jadi bro nih.. hehehe bolehlaa kot.. kira ko ganas gak kan..

  12. catzer says:

    catz2aeropama~yer aku pun berharap dptlah jawatan tu dan meningkatkan integriti diri..hehehe

    catz2taukey~hahahah..fhm2

    catz2paan~boleh jerk kalau ko mau

    catz2peroz~adei peroz..aku ni ganas jerk tp jiwa masih hawa :D

  13. Mohd Hafifi says:

    aku lepas tamat belajar pun nak try minta PTD..harap2 lepas..:-)

  14. eri says:

    hehe. semoga berjaya untuk ujian PTD ni. :D

  15. BAGAK says:

    Tips kesembilan – sediakan kabel yang sepatutnya.

    Pengalaman aku tahun 2001, semua exam lepas. Hanya interview di Putrajaya jer yang sangkut. Mungkin aku sombong atau mungkin aku tak guna kabel. Sebenarnya tak de rezeki untuk kerja dengan gomen.

    PAC adalah sesuatu yang menarik sebab dapat ramai kawan dan ilmu yang berguna. Bersedialah untuk buat ‘public speaking’ dalam 2 bahasa.

    Baca buku (beli lagi kalau boleh) dan jangan ketinggalan dalam mengikuti isu semasa. Walau apa pun bentuk ujian yag dihadapi, jawapan mestilah memihak/menyokong kepada kerajaan yang sedia ada.
    Selamat Berjaya

  16. WaidaKmy says:

    tak baik2 lagi batuk? kena x-ray tu patutnye heh..(teringat pesan doktor masa batuk dulu :P )

    susah juga nak jadi PTD ni..hmm..rasa2 bab Sejarah Malaysia mesti kantoi..hehe..buka satu page “Malaysia Kita”..tidur 5 page :P

  17. cikyin says:

    agreed dgn semua tips tu ^_^
    percaya pd diri sendiri is a must, cuma jgn terlajak over konfiden hehe
    gud luck catz ! nnti hapdate la camne resultnye.

  18. paktam says:

    Banyak-banyak tips utk exam PTD yg diberi…tang tips no. 9 tu yg boleh pakai…pakai buang la…coz kita xleh letakkan persepsi gitu kpd semua PTD. ada ke sesapa boleh assure yg semua PTD kat Malaysia nie dpt keje gomen sbb dorg ade kabel besar…budak kg, anak nelayan, anak petani, anak pesawah, budak miskin yatim piatu, ada sedara mara yg plg tinggi jd tukang rumah pon ramai giler dah berjaya jd PTD. Apepun, berbalik lah pada konsep semua rezeki adalah dari Allah. Brp byk pun usaha yg kita dah buat, kalo Allah masih belum perkenankan, kita xkan dpt rasa gak apa yg kita hajatkan.
    Yg ptg, usaha tanpa jemu dan panjatkan doa…

  19. wan kuala gris says:

    saya seronok baca semua komen diatas. Semuanya ditulis oleh insan-insan yang cukup matang dalam gaya berfikir dan wawasan keagamaan.Ini tandanya ada nilai kesarjanaan. Bukan apa, ada sebahagian orang yang cukup benci dengan PTD terutamanya daripada orang yang telah menjawat kerjaya dalam bidang perguruan contohnya. Kebencian atas alasan bahawa PTD cepat naik pangkat. Mereka tak tahu ada juga PTD yang tak naik pangkat sampai tarikh pencen. Mereka melihat sebahagian kecil sahaja. sudah menjadi adat, jika ada kekosongan jawatan yang lebih tinggi maka ia perlu diisi oleh pegawai yang ada. Begitu juga dalam bidang kerjaya yang lain. kenapa kita membenci orang lain walhal kita tidak mampu untuk mengharung rintangan untuk menjawat PTD. Mungkin juga keterampilan kita dan ujian kita tak mencapai piawai yang ditetapkan. Salah siapa. Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang memberi komen yang cukup baik dan matang. Itu tanda kematangan bangsa kita.

  20. kaknab says:

    salam, terimakasih, bagi tips cemerlang peperiksaan ptd. anak kaknab nak pi exam pada 21/1/09. sikit2 boleh lah dia prepare. dia la ni kerja quantity surveyor kat shah alam gaji okay juga, tapi kalau keje gomen lagi better. tks anyway.

  21. catzer says:

    Aku harap tips2 ni boleh digunakan…heheheh..erm untuk pengetahuan korang aku gagal exam ni. Takde benda yg hendak dimalukan sbb aku mmg tak kebah dr demam lagi masa tu tp pegi gak sbb nak tgk contoh2 soklan..

  22. nadia says:

    salam..

    saya tgk internet ada exam ptd on this 21/02/09..tapi tunggu punye tunggu still tak dapat surat lagi..ada tak yg dah dapat surat panggilan exam for 21 feb 2009??sape2 tolong bagitau…risau jugak coz tahun lepas ada 2 kali derang panggil tapi 2-2 tak pegi sebab yg first still dlm pantang then yg second sama hari dgn adik kenduri kawin…agak2 derang panggil lagi tak??ke derang black list je nama??…anybody sape tahu??tolong bitau yerk??..dah habis 2 buku dah study.Malaysia kita dgn Kengaraan Malaysia..kalau tak dipanggil..huhu!!..sia2 jerk..

  23. adlizan says:

    salam.
    saya dh trima surat panggilan exam..
    first time nk p exam 2.memang x tau ape2.tanyer kwn2 yg dah amik,,semua kata susah..huhuhu..x tau la mcmane nk cakap..cube jela..exam 21.02.09 kat seremban

  24. adlizan says:

    good luck utk semua yg bakal amik exam mcm aku

  25. kentang says:

    salam..
    leh tlg suggest web/blog yg berunsurkan isu2 semasa?

  26. catzer says:

    catz2nadia~erm ramai jerk yg reject then di panggil balik berulang kali. isu blacklisted ni susah nak ckp sbb kalau depa nak blacklisted awal2 dah blacklist.

    catz2adlizan~goodluck utk exam tu nanti. Susah gak nak bg tips sbb actually kalau kita mmg rajin dan aware ngan isu semasa ok jerk. Aku bermasalah masa jawap soklan math sbb masa tu otak dah tepu penat dan kena kira2 cepat.

    catz2kentang~blog berkonsepkan isu semasa ni lebih kepada personal blog. Kalau ko rajin boleh baca kat arkib berita harian ke metro ke. Just pada aku tekankan lebih kepada karangan bahasa english dan jawap soklan math cepat2.

  27. wehoo80 says:

    salam, aku pun dh dpt surat tuk intebiu PTD 21/2 ni tp kt kl ler, klu ade sape2 amik kt kg pandan tu bole ler jumpe aku nnti ekk…

  28. catzer says:

    catz2wehoo80~aku br tau aku dpt gak interview ptd 21hb ni..kekek..gile sengal sbb lambat check. Aku exam kat shah alam

  29. wehoo80 says:

    catzer…. ko first time exam ke? aku ni mmg kali pertama ler, so mmg tak tau ape2 ni, klu bole ko guide ler aku ekkk, TQ

  30. catzer says:

    catz2wehoo~ni 2nd time, ko ni tak baca blog aku ke wei.. :P

    aku tak tau nak guide camne tp aku failed bab kiraan matematik (mmg kena speed), then sejarah2 perlembagaan, karangan BI.

    contoh soalan matematik:

    Abu, ali dan karim memetik 1000 biji rambutan. Abu mendapat 5% lebih byk dari rambutan Ali, manakala Karim mendapat 2x lebih daripada rambutan Abu. Berapa rambutan Abu?

    Gitu2lah soklannya itu aku tibai jerk,soklan seakan2..

    Sejarah perlembagaan mcm, kalau org ni dpt pingat apa2, then apa pangkat yg akan disandang?

    Siapa antara list dibawah yang jika melakukan 4 perkara di bawah hanya yang dipertua Agong berhak melucutkan jawatan.

    Erm, soklan kali ni aku pun tak berani nak ckp la..sbb akupun failed. But, itu yg aku nak share ngan korang. Math 60% aku tibai jawapan sbb tak sempat aku nak mengira. Soklan yg mcm sejarah tu byk aku tembak sbb jenis aku tak suke tinggal ruang kosong.

    BI aku tak terror sgt even karangan just 500 words tak silap aku tp mungkin point dan grammar aku teruk.

  31. nElle says:

    salam seme
    mmm
    aku pon dpt gak srt utk test ptd on 21 feb ni
    seme cte bab2 payah je
    waaaa
    tensennye
    is it really dat hard?
    aku mmg x amek kesah psl isu2 semasa ni
    bz sgt ngan keje n xde ms nk belek paper
    neway, pe tips lg ek?

  32. wehoo80 says:

    sori ler cat….aku baru nak baca ko nyer blog ler… tadi aku ade kol mmbr aku PTD, tanye dia camne nak ngadap exam ni kn, dia ckp klu soklan penaakulan mantik tu ko buat last2 aje, baik ko terus g buat dulu soklan math yg kire2 biasa ni dulu, takut nnti tak sempat ler..
    Pastu dia ckp lagi kite kena byk tau pasal isu2 semasa skang ni, buku2 kerajaan tu kite kena belek skit2 ler, mcm isu hangat skang ni pasal tanah runtuh, isu subjek sains n math dlm english, masalah ekonomi skang ni…dan kena belek2 semula sok khabar dlm past 1 month…
    lagi satu dia pesan esei BI tu tak payah ler nak ayat bombastik london sgt, sekadar grammar betul pastu ikut je panjang mane dia nak, x payah nak wat panjang2…buat byk slh je nnti….cat..aku ni pun tak terror BI ler, bab tu ler yg aku paling risau lerrrr

  33. catzer says:

    catz2nelle~aku rasa kena ready dr segi masa jerk sbb masa dia mmg limit.kalau korang tgk jadual tu dia punya selang masa tu mmg pendek jerk. So kepala kita bile dah penat even ready utk jawap soklan pun kengkadang tak boleh nak jawap sbb penat.

    Aku br bawak kuar buku malaysia kita dr bilik stor. So aku just akan baca balik bab perlembagaan malaysia kot. Then nak focus kat bhgn Matematik aku yg lemah tu.

    catz2wehoo80~thanks for the tips, skang ni kena ready utk soklan math ..aku ni lemah bab tu.

    p.s – sape exam kat shah alam lagi?

  34. [...] PTD. Erm nampak ni ni panggilan ke dua setelah aku gagal dlm exam kali pertama.Alahai patutpun post tips cemerlang exam ptd aku dihujani dengan pelbagai soalan rupanya exam ptd datang lagi..kekek.Aku akan amik exam ptd [...]

  35. nini says:

    nini exam ptd kat shah alam. kat sek men keb sec 16.. nak tanye la, slalunye bape lama tempoh antara exam ptd ngn PAC (katela kalo lulus exam tu ngn cemerlangnya, heheh)

  36. catzer says:

    erm, biasa result dlm 1-3 bulan juga. Dlm tempoh tu kalau SPA rajin update result exam kita boleh tgk lulus ke tak? kalau lulus tak silap dlm masa seminggu selepas result kuar dia akan send surat.

  37. Rose says:

    bila la nk dpt exam ptd niiii

  38. eizda says:

    aku pun exam ptd 21feb ni. ni 2nd time exam. harap aku lulus. kwn aku skali exam dah lepas. terror betul. org ckp kena power pengetahuan am ngan esei english.

  39. eizda says:

    aku exam kat s.alam. harap jupe kawan2 semua yg pekse kat sana. selamat bejaye.

  40. adlizan says:

    utk semua yg amik exam ptd 21/2…
    moga kita lulus dfgn cemerlang…
    esei tu biasanyer isu berat or ringan?

  41. catzer says:

    catz2rose~sabo sabo nanti dpt lah tu

    catz2adlizan~soklan masa aku amik dulu, isu rasuah..erm..apa tah lagi sorrylah tak ingat dah huh.

  42. lidia says:

    salam cat..
    sy bru dpt surat hrni..test kt shah alam gk..
    1st time..awk test kt mane ye?..

  43. catzer says:

    catz2eizda~ko kat pusat exam mana? good luck beb kita sama hari huh. kawan aku pun dah lulus PAC tunggu pi training 6 bulan tu..bestnya dia.

    catz2lidia~aku kat sek men sek 9. Ko kat mana?

  44. lidia says:

    ooo..gud luck eh..sy kat sek alam mega..nk cr buku Malaysia Kita tu da t’lmbt kot coz sume sold out..xstudy ape pn nih..kamikaze jek..huhu..

  45. Hairun says:

    hi all!
    good luck to all PTD candidates!
    saper2 kena dpt kt putrajaya?

  46. linda says:

    Assalamualaikum..
    Saya pon 1st time dpt panggilan exam PTD 21hb ni..tips2 awak mmg berguna n ramai yg bg nasihat yg serupa cm tu..terima kasih sgt2.. doakan sy berjaya dan saya pon doakan semua yg bakal ambil exam pon berjaya…;-)

  47. catzer says:

    catz2lidia~erm byk kan baca apa2 berkaitan pengetahuan am..boleh thn gak soklan pengetahuan am nanti.

  48. catzer says:

    catz2hairun~good luck utk ko gak..semoga kita semua lulus exam, pac..etc2

    catz2linda~yup, semoga berjaya. Kalau gagalpun jgn kecewa mungkin belum rezeki lagi.

  49. zariel says:

    salam. aku pun dpt surat exam ptd 21/2 ni.kira 1st time la :) .adik aku dah 3 kali amik xm,kantoii..huhu. dia ckp maths pasal nisbah.xleh guna kalkulator.member aku lak ckp, klau setakat 3-4 kali kantoi kira biasa la tu.gud luck utk semua yg nak amik xm sabtu ni

  50. lidia says:

    tenkiu catz..sy da berjaya bli buku Malaysia Kita tu..if ade sesape nk bli gk buku tu, try la kt Minerva Jln TAR..insya-Allah ade lg kot..MPH,Popular da abis da area slangor/KL nih..huhu..gud luck smua yer.. :D

Leave a Reply

CommentLuv badge