Tips Cemerlang Exam PTD

by catzer on August 25, 2008

Aku dpt surat panggilan ke exam ptd yang berlangsungsabtu lepas, persiapan untuk exam sgt tidak best kerana sedia maklum keadaan kesihatan yang sgt goyah. Saat aku menulis post kali ini, aku masih batuk walaupun tidak teruk spt sebelum ini. Percaya atau tidak mmg tiada ubat utk batuk even ko teguk ubat batuk seperti minum air masak setiap hari. Namun, syukur aku tidak perlu menghadirkan diri untuk ujian x-ray. Tp aku rasa bila kelapangan nanti aku akan pergi buat juga. Cuma aku perlukan masa untuk memberikan badan aku sedikit masa untuk berehat sebelum ujian x-ray.

Sabtu lepas aku ditemani kawan serumah ke SMK Seksyen 10 Kota Damansara untuk exam ptd. Exam bermula pukul 9 am dan berakhir selewat pukul 4.30 pm. Aku keletihan byk temu janji terpaksa aku cancel, sorry kengkawan serius mmg penat bila otak “google” seperti aku ini perlu memerah otak untuk menanda borang OMR dan menulis esei. Adakah internet melemahkan daya penaakulan aku? Mungkin.

Meskipun exam ptd kali ini adalah pertama kali yg aku hadiri tp mungkin tips2 ini nanti mampu membantu mereka yang bakal menduduki exam ptd walaupun buat kali yang ke berapa. Walaupun peratus kejayaan dan kegagalan aku dalam exam kali ini ialah 50-50 tp aku percaya aku agak bagus dlm menganalisis tips kejayaan untuk setiap exam yang aku duduki.

Tips pertama – Jika kalian memohon jawatan ini semasa mengisi borang SPA. Pastikan anda sentiasa alert pada persekitaran dan isu semasa dengan memperbanyakkan membaca surat khabar dan melihat berita. Mulakan skang, ya hari ni. Jika post ini kalian baca seminggu sebelum exam, aku syorkan baca blog yang sentiasa update dengan isu semasa. Serius, untuk exam kali ini blog-blog tentang isu semasa byk membantu dan jgn buang masa membaca blog politik..Mahu jadi PTD kita perlu berfikir untuk berkhidmat utk negara tidak kira di bawah kepimpinan siapa.

Tips kedua – Beli buku “Malaysia Kita”, percaya atau tidak buku ini merupakan sumber soalan hampir 60% dari soalan pengetahuan am dan alam sekitar. Aku gagal dlm mendapatkan jawapan untuk kertas ini kerana sedia maklum aku beli buku tersebut seminggu sebelum exam dan dlm keadaan goyah, x mampu aku utk menelan sume 600 muka surat. Edisi baru berwarna pink, harga dlm RM37.50 di MPH. Aku beli di MPH Bukit Raja, Klang. Jika kalian sudah expert bab sejarah tahniah..anda boleh skip 300 muka surat pertama. Untuk exam ini aku hanya membaca kurang 100 muka surat.

Tips ketiga – Pastikan cukup tido sehari sebelum exam, aku tido jam 3.00 am kerana hari itu aku mmg terlebih tido sbb mkn ubat batuk. Hanya mereka yang biasa menghadiri exam dengan keadaan tidak cukup tidur sahaja yang boleh meniru lagak gaya aku ini. Pastikan cukup tido kerana exam tersebut akan buat kalian bosan,ngantuk dan 100% penat. Satu hari mengadap borang OMR buat aku muntah.

Tips keempat – Telefon parent, mintalah doa restu mereka. Ya, aku phone mak dlm pukul 8.00 pm sehari sebelum exam. Nyata aku mengharapkan agar mereka berdua tidak menaruh harapan apa2 untuk exam kali ini. Mak hanya gelak dan aku tahu dlm hatinya ada perasaan percaya aku boleh berjaya.

Tips kelima – Sediakan pakaian dan kelengkapan untuk exam sehari sebelumnya. Pastikan anda memakai pakaian yg kemas..Rata-rata gadis lebih ayu memakai baju kurung dan lelaki lebih segak dengan kemeja dan slack. Ya, skema..Mahu keje gomen mmg skema. Alat tulis mesti lengkap pastikan bawa lebih dr sebatang pen dan pensil. Jgn menyesal jika tiada siapa mahu pinjam kan alat tulis kerana rata-rata yg menduduki peperiksaan memang mahukan jawatan yang sama.

Tips keenam – Semasa mengambil peperiksaan, masa amat berharga kerana jujur aku katakan pengawas peperiksaan yang menjaga tidak berapa arif tentang pengurusan masa. Yang mereka tahu bg kertas, set masa dan kutip semula kertas jawapan dan soalan peperiksaan. Kalian kena sentiasa bersedia, even borang omr belum siap diisi dengan maklumat menduduki peperiksaan. Biasanya kita akan diberikan peluang memeriksa kertas soalan 5 minit sebelum peperiksaan dimulakan, harap maaf itu tidak berlaku. Pastikan isi maklumat peperiksaan secepat mungkin dan bersedia utk menjawap soalan pada bila-bila masa. Pastikan juga anda menanda jawapan terus ke borang jawapan OMR jgn buang masa menanda jawapan di kertas soalan.

Tips ketujuh – Jangan sesekali meninggalkan ruang kosong tidak berjawap..Ya, “tembak” janji anda menjawap..Cool bukan tips ini..Kalau tidak mahu ikut terpulang sbb kalian mmg terror jika tidak menembak dan lebih suka tinggalkan ruang kosong.Untuk kertas sahsiah rupa diri, 200 soalan dalam masa 40 minit. Aku siapkan dalam 10 minit sahaja. Paper ini menunjukkan siapa anda. Contoh soklan ” adakah anda pernah terfikir untuk memaki org ketika marah?” Ya atau Tidak..So, jadilah diri sendiri utk paper ini. Tp jika diri anda byk sifat2 kurang murni kekalkan sikap itu dengan tidak jujur semasa menjawap paper ini. Untuk paper math, praktis dari sekarang mencongak sebarang kiraan dlm titik perpuluhan.

Tips kelapan – Tawakal..Balik rumah dan tido..Jgn sesekali check jawapan untuk soalan yang tidak boleh dijawap. Teruskan hidup anda seperti biasa.

Kalau ada PTD yang membaca tips ini aku jamin 90% akan setuju dengan tips yang aku berikan. Ya, mahu jadi PTD kena ada sikap percaya pada diri sendiri. Hahahaha..

Jika anda berjaya dlm exam ini, anda akan ke (Program Assessment Centre) PAC selama 3 hari, dan jika berjaya mencerminkan diri sebagai bakal ptd baru anda akan di interview..Jika berjaya dlm interview..kalau tak silap aku anda wajib mengambil Diploma Pengurusan Awam di Intan selama 6 bulan dan selepas itu baru diserapkan ke jabatan2 berkenaan.

Blog Widget by LinkWithin
Spread The Words:
  • del.icio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • YahooMyWeb
  • Mixx
  • Facebook

Wow..Post Ni Pun Menarik!:

  1. Tips Menghalau Pembaca Blog submit_u

{ 1 trackback }

Newbie Webmaster » Blog Archive » Misi Exam PTD
02.06.09 at 6:48 am

{ 73 comments… read them below or add one }

taukey 08.25.08 at 10:57 am

tak pernah g PTD nyer exam. hehehe. susah jugak la sebenarnya exam SPA sekarang ni. Tak cam dulu interview jer terus. tak byk test. hehe. Byk persaingan sekarang

Abang Zamani 08.25.08 at 2:33 pm

Salam…

Abang ucapkan SELAMAT BERJAYA… doa banyak – banyak. Dan semoga cepat sembuh. Doa kepada-NYA dan berusaha makan ubat ikut sukatan yang dah ditetapkan. (jangan terbalik pula tempoh masa dengan bilangan sudu tu pula). :)

Semoga rehat cukup – cukup dan jangan fikir banyak sangat. Peristiwa semalam sudah menjadi lipatan kenangan / sejarah. Yang penting adalah saat ini dan apa yang perlu dibuat esok. Ada plan ka? Nak tip tradisional bagi melegakan batuk tak?

Abang Zamani 08.25.08 at 2:44 pm

Kalau nak cuba salah satu / semua sekali petua kat laman ni :

http://sheisagirl.wordpress.com/2008/07/18/batuk-oh-batuk/

boleh juga. Yang penting setiap penyakit ada ubat. Allah cuma suruh kita berusaha.

Kalau ada kahak, jangan telan… Ludah tau… :) Kalau boleh, pantang sikit makanan yang berbisa buat masa ni. Jangan pantang nampak tau.

Kalau boleh baca zikir sembuh penyakit. Abang ada dalam bentuk MP3. Nak ka? Kalau nak YM, abang nanti.

chot 08.26.08 at 3:44 am

lama xdengar khbar berita ko catz…ko sihat? mcmana kamera ko? dah terer ke?

catzer 08.27.08 at 12:04 am

catz2taukey~erm mmg perit jerih nak jadi ptd ni

catz2zamani~thanks, byk betul petua yg boleh di perturunkan erk :D

catz2chot~aku still nobie bab camera..hahahah

zool 08.27.08 at 1:58 am

Aku dah 5 kali ambil exam ni..Tak penah lulus..
Last sekali soalan sahsiah tu.
kena jujur pada diri sendiri..
Boleh detect kalau kelentong..

Jadi PTD memang cepat naik pangkat tapi keje paham2 lah,..

catzer 08.27.08 at 5:46 am

catz2zool~betul tu zool..soklan sahsiah tu aku mmg jawap sejujurnya..susah mahu siap awal jika kelentong :p

Bukan jawatan yg aku kejar tp niat untuk berkhidmat kepada negara.

aeropama dot com 08.27.08 at 8:54 am

semoga ko berjaya hendaknye bro! dah jadi PTD makin meningkat la darjat ko dlm masyarakat nanti

taukey 08.27.08 at 12:51 pm

syam…..bro? :D

paan 08.27.08 at 5:12 pm

tips nie boleh guna untuk amik exam kat u ker???hehehe

nuaeman 08.29.08 at 12:50 am

Aik! camne catz jadi bro nih.. hehehe bolehlaa kot.. kira ko ganas gak kan..

catzer 08.29.08 at 9:10 am

catz2aeropama~yer aku pun berharap dptlah jawatan tu dan meningkatkan integriti diri..hehehe

catz2taukey~hahahah..fhm2

catz2paan~boleh jerk kalau ko mau

catz2peroz~adei peroz..aku ni ganas jerk tp jiwa masih hawa :D

Mohd Hafifi 08.29.08 at 9:55 am

aku lepas tamat belajar pun nak try minta PTD..harap2 lepas..:-)

eri 08.29.08 at 1:05 pm

hehe. semoga berjaya untuk ujian PTD ni. :D

BAGAK 09.01.08 at 2:56 am

Tips kesembilan – sediakan kabel yang sepatutnya.

Pengalaman aku tahun 2001, semua exam lepas. Hanya interview di Putrajaya jer yang sangkut. Mungkin aku sombong atau mungkin aku tak guna kabel. Sebenarnya tak de rezeki untuk kerja dengan gomen.

PAC adalah sesuatu yang menarik sebab dapat ramai kawan dan ilmu yang berguna. Bersedialah untuk buat ‘public speaking’ dalam 2 bahasa.

Baca buku (beli lagi kalau boleh) dan jangan ketinggalan dalam mengikuti isu semasa. Walau apa pun bentuk ujian yag dihadapi, jawapan mestilah memihak/menyokong kepada kerajaan yang sedia ada.
Selamat Berjaya

WaidaKmy 09.02.08 at 2:12 pm

tak baik2 lagi batuk? kena x-ray tu patutnye heh..(teringat pesan doktor masa batuk dulu :P )

susah juga nak jadi PTD ni..hmm..rasa2 bab Sejarah Malaysia mesti kantoi..hehe..buka satu page “Malaysia Kita”..tidur 5 page :P

cikyin 09.09.08 at 12:41 pm

agreed dgn semua tips tu ^_^
percaya pd diri sendiri is a must, cuma jgn terlajak over konfiden hehe
gud luck catz ! nnti hapdate la camne resultnye.

paktam 09.17.08 at 5:31 am

Banyak-banyak tips utk exam PTD yg diberi…tang tips no. 9 tu yg boleh pakai…pakai buang la…coz kita xleh letakkan persepsi gitu kpd semua PTD. ada ke sesapa boleh assure yg semua PTD kat Malaysia nie dpt keje gomen sbb dorg ade kabel besar…budak kg, anak nelayan, anak petani, anak pesawah, budak miskin yatim piatu, ada sedara mara yg plg tinggi jd tukang rumah pon ramai giler dah berjaya jd PTD. Apepun, berbalik lah pada konsep semua rezeki adalah dari Allah. Brp byk pun usaha yg kita dah buat, kalo Allah masih belum perkenankan, kita xkan dpt rasa gak apa yg kita hajatkan.
Yg ptg, usaha tanpa jemu dan panjatkan doa…

wan kuala gris 09.17.08 at 7:55 am

saya seronok baca semua komen diatas. Semuanya ditulis oleh insan-insan yang cukup matang dalam gaya berfikir dan wawasan keagamaan.Ini tandanya ada nilai kesarjanaan. Bukan apa, ada sebahagian orang yang cukup benci dengan PTD terutamanya daripada orang yang telah menjawat kerjaya dalam bidang perguruan contohnya. Kebencian atas alasan bahawa PTD cepat naik pangkat. Mereka tak tahu ada juga PTD yang tak naik pangkat sampai tarikh pencen. Mereka melihat sebahagian kecil sahaja. sudah menjadi adat, jika ada kekosongan jawatan yang lebih tinggi maka ia perlu diisi oleh pegawai yang ada. Begitu juga dalam bidang kerjaya yang lain. kenapa kita membenci orang lain walhal kita tidak mampu untuk mengharung rintangan untuk menjawat PTD. Mungkin juga keterampilan kita dan ujian kita tak mencapai piawai yang ditetapkan. Salah siapa. Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang memberi komen yang cukup baik dan matang. Itu tanda kematangan bangsa kita.

kaknab 01.30.09 at 3:19 pm

salam, terimakasih, bagi tips cemerlang peperiksaan ptd. anak kaknab nak pi exam pada 21/1/09. sikit2 boleh lah dia prepare. dia la ni kerja quantity surveyor kat shah alam gaji okay juga, tapi kalau keje gomen lagi better. tks anyway.

catzer 01.31.09 at 4:40 am

Aku harap tips2 ni boleh digunakan…heheheh..erm untuk pengetahuan korang aku gagal exam ni. Takde benda yg hendak dimalukan sbb aku mmg tak kebah dr demam lagi masa tu tp pegi gak sbb nak tgk contoh2 soklan..

nadia 02.02.09 at 1:44 am

salam..

saya tgk internet ada exam ptd on this 21/02/09..tapi tunggu punye tunggu still tak dapat surat lagi..ada tak yg dah dapat surat panggilan exam for 21 feb 2009??sape2 tolong bagitau…risau jugak coz tahun lepas ada 2 kali derang panggil tapi 2-2 tak pegi sebab yg first still dlm pantang then yg second sama hari dgn adik kenduri kawin…agak2 derang panggil lagi tak??ke derang black list je nama??…anybody sape tahu??tolong bitau yerk??..dah habis 2 buku dah study.Malaysia kita dgn Kengaraan Malaysia..kalau tak dipanggil..huhu!!..sia2 jerk..

adlizan 02.02.09 at 2:39 pm

salam.
saya dh trima surat panggilan exam..
first time nk p exam 2.memang x tau ape2.tanyer kwn2 yg dah amik,,semua kata susah..huhuhu..x tau la mcmane nk cakap..cube jela..exam 21.02.09 kat seremban

adlizan 02.02.09 at 2:42 pm

good luck utk semua yg bakal amik exam mcm aku

kentang 02.02.09 at 5:02 pm

salam..
leh tlg suggest web/blog yg berunsurkan isu2 semasa?

catzer 02.02.09 at 6:53 pm

catz2nadia~erm ramai jerk yg reject then di panggil balik berulang kali. isu blacklisted ni susah nak ckp sbb kalau depa nak blacklisted awal2 dah blacklist.

catz2adlizan~goodluck utk exam tu nanti. Susah gak nak bg tips sbb actually kalau kita mmg rajin dan aware ngan isu semasa ok jerk. Aku bermasalah masa jawap soklan math sbb masa tu otak dah tepu penat dan kena kira2 cepat.

catz2kentang~blog berkonsepkan isu semasa ni lebih kepada personal blog. Kalau ko rajin boleh baca kat arkib berita harian ke metro ke. Just pada aku tekankan lebih kepada karangan bahasa english dan jawap soklan math cepat2.

wehoo80 02.04.09 at 5:08 am

salam, aku pun dh dpt surat tuk intebiu PTD 21/2 ni tp kt kl ler, klu ade sape2 amik kt kg pandan tu bole ler jumpe aku nnti ekk…

catzer 02.05.09 at 1:41 am

catz2wehoo80~aku br tau aku dpt gak interview ptd 21hb ni..kekek..gile sengal sbb lambat check. Aku exam kat shah alam

wehoo80 02.05.09 at 3:03 am

catzer…. ko first time exam ke? aku ni mmg kali pertama ler, so mmg tak tau ape2 ni, klu bole ko guide ler aku ekkk, TQ

catzer 02.05.09 at 5:27 am

catz2wehoo~ni 2nd time, ko ni tak baca blog aku ke wei.. :P

aku tak tau nak guide camne tp aku failed bab kiraan matematik (mmg kena speed), then sejarah2 perlembagaan, karangan BI.

contoh soalan matematik:

Abu, ali dan karim memetik 1000 biji rambutan. Abu mendapat 5% lebih byk dari rambutan Ali, manakala Karim mendapat 2x lebih daripada rambutan Abu. Berapa rambutan Abu?

Gitu2lah soklannya itu aku tibai jerk,soklan seakan2..

Sejarah perlembagaan mcm, kalau org ni dpt pingat apa2, then apa pangkat yg akan disandang?

Siapa antara list dibawah yang jika melakukan 4 perkara di bawah hanya yang dipertua Agong berhak melucutkan jawatan.

Erm, soklan kali ni aku pun tak berani nak ckp la..sbb akupun failed. But, itu yg aku nak share ngan korang. Math 60% aku tibai jawapan sbb tak sempat aku nak mengira. Soklan yg mcm sejarah tu byk aku tembak sbb jenis aku tak suke tinggal ruang kosong.

BI aku tak terror sgt even karangan just 500 words tak silap aku tp mungkin point dan grammar aku teruk.

nElle 02.05.09 at 7:45 am

salam seme
mmm
aku pon dpt gak srt utk test ptd on 21 feb ni
seme cte bab2 payah je
waaaa
tensennye
is it really dat hard?
aku mmg x amek kesah psl isu2 semasa ni
bz sgt ngan keje n xde ms nk belek paper
neway, pe tips lg ek?

wehoo80 02.05.09 at 7:47 am

sori ler cat….aku baru nak baca ko nyer blog ler… tadi aku ade kol mmbr aku PTD, tanye dia camne nak ngadap exam ni kn, dia ckp klu soklan penaakulan mantik tu ko buat last2 aje, baik ko terus g buat dulu soklan math yg kire2 biasa ni dulu, takut nnti tak sempat ler..
Pastu dia ckp lagi kite kena byk tau pasal isu2 semasa skang ni, buku2 kerajaan tu kite kena belek skit2 ler, mcm isu hangat skang ni pasal tanah runtuh, isu subjek sains n math dlm english, masalah ekonomi skang ni…dan kena belek2 semula sok khabar dlm past 1 month…
lagi satu dia pesan esei BI tu tak payah ler nak ayat bombastik london sgt, sekadar grammar betul pastu ikut je panjang mane dia nak, x payah nak wat panjang2…buat byk slh je nnti….cat..aku ni pun tak terror BI ler, bab tu ler yg aku paling risau lerrrr

catzer 02.05.09 at 5:01 pm

catz2nelle~aku rasa kena ready dr segi masa jerk sbb masa dia mmg limit.kalau korang tgk jadual tu dia punya selang masa tu mmg pendek jerk. So kepala kita bile dah penat even ready utk jawap soklan pun kengkadang tak boleh nak jawap sbb penat.

Aku br bawak kuar buku malaysia kita dr bilik stor. So aku just akan baca balik bab perlembagaan malaysia kot. Then nak focus kat bhgn Matematik aku yg lemah tu.

catz2wehoo80~thanks for the tips, skang ni kena ready utk soklan math ..aku ni lemah bab tu.

p.s – sape exam kat shah alam lagi?

nini 02.06.09 at 9:14 am

nini exam ptd kat shah alam. kat sek men keb sec 16.. nak tanye la, slalunye bape lama tempoh antara exam ptd ngn PAC (katela kalo lulus exam tu ngn cemerlangnya, heheh)

catzer 02.07.09 at 8:55 pm

erm, biasa result dlm 1-3 bulan juga. Dlm tempoh tu kalau SPA rajin update result exam kita boleh tgk lulus ke tak? kalau lulus tak silap dlm masa seminggu selepas result kuar dia akan send surat.

Rose 02.09.09 at 9:02 am

bila la nk dpt exam ptd niiii

eizda 02.11.09 at 3:01 am

aku pun exam ptd 21feb ni. ni 2nd time exam. harap aku lulus. kwn aku skali exam dah lepas. terror betul. org ckp kena power pengetahuan am ngan esei english.

eizda 02.11.09 at 3:03 am

aku exam kat s.alam. harap jupe kawan2 semua yg pekse kat sana. selamat bejaye.

adlizan 02.11.09 at 12:33 pm

utk semua yg amik exam ptd 21/2…
moga kita lulus dfgn cemerlang…
esei tu biasanyer isu berat or ringan?

catzer 02.11.09 at 1:50 pm

catz2rose~sabo sabo nanti dpt lah tu

catz2adlizan~soklan masa aku amik dulu, isu rasuah..erm..apa tah lagi sorrylah tak ingat dah huh.

lidia 02.11.09 at 4:42 pm

salam cat..
sy bru dpt surat hrni..test kt shah alam gk..
1st time..awk test kt mane ye?..

catzer 02.12.09 at 4:07 pm

catz2eizda~ko kat pusat exam mana? good luck beb kita sama hari huh. kawan aku pun dah lulus PAC tunggu pi training 6 bulan tu..bestnya dia.

catz2lidia~aku kat sek men sek 9. Ko kat mana?

lidia 02.12.09 at 10:20 pm

ooo..gud luck eh..sy kat sek alam mega..nk cr buku Malaysia Kita tu da t’lmbt kot coz sume sold out..xstudy ape pn nih..kamikaze jek..huhu..

Hairun 02.13.09 at 4:07 am

hi all!
good luck to all PTD candidates!
saper2 kena dpt kt putrajaya?

linda 02.13.09 at 5:39 am

Assalamualaikum..
Saya pon 1st time dpt panggilan exam PTD 21hb ni..tips2 awak mmg berguna n ramai yg bg nasihat yg serupa cm tu..terima kasih sgt2.. doakan sy berjaya dan saya pon doakan semua yg bakal ambil exam pon berjaya…;-)

catzer 02.13.09 at 5:49 am

catz2lidia~erm byk kan baca apa2 berkaitan pengetahuan am..boleh thn gak soklan pengetahuan am nanti.

catzer 02.13.09 at 6:17 am

catz2hairun~good luck utk ko gak..semoga kita semua lulus exam, pac..etc2

catz2linda~yup, semoga berjaya. Kalau gagalpun jgn kecewa mungkin belum rezeki lagi.

zariel 02.14.09 at 7:11 am

salam. aku pun dpt surat exam ptd 21/2 ni.kira 1st time la :) .adik aku dah 3 kali amik xm,kantoii..huhu. dia ckp maths pasal nisbah.xleh guna kalkulator.member aku lak ckp, klau setakat 3-4 kali kantoi kira biasa la tu.gud luck utk semua yg nak amik xm sabtu ni

lidia 02.14.09 at 3:08 pm

tenkiu catz..sy da berjaya bli buku Malaysia Kita tu..if ade sesape nk bli gk buku tu, try la kt Minerva Jln TAR..insya-Allah ade lg kot..MPH,Popular da abis da area slangor/KL nih..huhu..gud luck smua yer.. :D

adlizan 02.15.09 at 12:49 pm

dah beli buku malaysia kita 2 semalam.. tp tebalnyer…fuyoo… ntah blh faham ker x.
tawakal jer…
ape2 pun all the best 4 us..
tensionn!!! dgn keja lg..nk study lg..mmmm

catzer 02.15.09 at 1:28 pm

catz2zariel~goodluck utk ko beb. biasalah exam PTD ni kalau tak gagal tak best nak cite kat org..

catz2lidia~erm baguslah dah dpt buku tu tp jgn depend sgt tau. Yg penting bykkan tgk berita gak

catz2adlizan~biasalah tu akupun huru hara jadinya ni nya huh.Takde masa nak study

nurh@baby 02.17.09 at 9:34 am

saya pun exam 21 feb ni jugak…kat nilampuri KB, ada sape2 kt sini yg sama ngan i x….?

GR 02.18.09 at 4:06 am

aku pun dpt surat utk g exam 21 ni..tp tu la..aku berbelah bagi sgt nk g o x..coz skrg aku tgh peknen..agak2 kan..kesah ke x klu peknen g amik pekse tu..takot jek..mane ler tau rezeki aku lulus pekse tu kan..pastu kene pggl PAC..mase tu lak mmg tgh sarat..leh ke mintak penangguhan??takot jek..aku x g terus kene black list ker..xpun aku kene amik pekse lg sekali..pening tol..xtau nk g ke x ni..

yokai 02.18.09 at 5:49 am

aduii, penin dah dok bace buku malaysia kita ni… ari2 aku bace, tp tak jugak abes2.. pasni jawapnye wat sup la

eva@swk 02.19.09 at 5:26 am

aku pun exam 21.02.2009 ni kat kuching…buku “Malaysia Kita” separuh dah dibaca tapi pages yg depan dah lupa dah apa isi nye…news ku baca yg sebulan lepas ngan yg seminggu lepas. harap2 kita yg bakal menduduki exam ni berjaya… kalau tak berjaya pun, atleast ada pengalaman n pengalaman ni boleh dijadikan rujukan exam PTK kelak2 ka…atau kongsi ngan org2 yg bakal exam PTD kelak2… (jujur ku katakan…. tembak je kalau tak tahu…jgn biar kosong n berlagak cool n jaga becok sangat mulut frust ngan prestasi mjawab exam bila kuar dewan kelak… takut urg lain kata kite mengada2… tips utk semua…

catzer 02.19.09 at 7:47 pm

catz2kengkawan~goodluck beb..jgn risau pergi jerk amik dpt ke tak rezeki sume tu..doa byk2 lps ni huh..kalau desperate nak sgt jawatan kang tak dapat mulalah plak takde mood utk exam akan dtg..buat yg terbaik dan tawakal..akupun tak study sgt pun.skang ni musim kemarau cam nak demam dah aku ni..ke demam ptd..hahaha

buku malaysia kita baca depan dah masuk tgh2 lupe dah depan..kekek..

cik cindaizz 02.20.09 at 4:15 am

hye all…gud luck kepada sume yang nak amik exam PTD esok..aku pun akan amik di Melaka – first timer…
hehe cam biasa, preparation macam catz jugak – sgt x best..sebab bz ngan kerja..paper work n other stuff..tapi di saat2 last minute ni..nak mantapkan esei english…
mula2 malas gak nak amik sebab dah ada position yg tetap..tapi x salah mencuba kan hehe..nanti org tanyer pasal exam PTD..leh la berlagak sikit2 walaupun nak pass exam sangatlah tipis hehe.. :P

TheReds 02.20.09 at 7:09 am

Esok exam ptd kan?..
he..he..buat elok2..
all the best..

mama 02.22.09 at 11:45 am

salam.amacam exam semalam?susah gak yer. first time attend.math dapat a1 pun time spm , kalau lambat kira semalam, kira menembaklah…. :)

Azhariey 02.22.09 at 3:32 pm

A’kum,
Pada thn 2005 yg lalu buat pertama kali ambik exam PTD saya lulus->PAC Lulus-> Interview di KOMTAR,Penang( 2 kali interview). namun gagal.saya tidak terpikir langsung untuk menggunakan kabel walaupun kampung dekat dgn rumah Pak Lah.pada thn 2008 yg lepas ambik lagi exam -fail. dan exam 21-02-09 pun rasa2 fail pasal soalan Math/IQ dia itu agak melampau dari segi soalan dan masa.rasanya pembuat soalan math /IQ tu syok sendiri dan dia sorang yg paham soalan dia yg berpusing2 tu dan terlalu ingin mengelirukan calon..agak2 la ckit beb, bukan semua yg ambik exam ni guru Matematik, dan mungkin kita menutup ruang org yg benar2 berkebolehan bukan sekadar IQ kira mengira tetapi yg lebih penting moral dan keperibadian serta semangat untuk memartabatkan nasib anak bangsa .walau ada ckit rasa kecewa, namun lifes goes on. dan Insya Allah saya cuba lagi di masa depan.dan saya percaya rezeki tu Allah yang atoq, terimalah dengan redho. :D

catzer 02.22.09 at 7:45 pm

catz2cikcindaizz~hahaha…camne exam..pengsan tak ko sabtu lps?

catz2thereds~thanks beb..exam aku kali ni hancur sbb dpt pengawas exam sengal..tak pandai manage masa..masa dok edar2 kertas tu dia dah amik masa exam sebenar.

catz2mama~soklan math dan IQ dia tak sesuai di kuarkan masa exam ptd..sbb dah kira manual soklan IQ plak rotate2 pening.

catz2azhariey~yup mmg betul tu soklan math/IQ cam sial jerk aku sempat kira 15 soklan jekr huh..then the rest aku tembak jerk.Aku lebih rela jawap soklan sahsiah 200 soklan dr jawap soklan math. Tp thn ni soklan sahsiah takde plak.

yokai 02.23.09 at 1:00 pm

azhariey… tol ckp ko… soklan math tu hampes tol.. wat sakit ati je bace yg pernyataan2 tu.. last2 tanpa berpk 3, 4 kali, peluru berpandu pun ku lepaskan…. huahuahua…..

wehoo80 02.24.09 at 1:06 am

hahahaha korang sumer…ade jgk geng yg tension soklan math ekk, majoriti sumer soklan masalah yg bapaknyer panjang nak kire… dia igt kite ni ape nak kire laju2 tu kn… lg cam siot soklan keputusan tu…aku mmg tak tau langsung ler, pastu ape lagi ikut suke2 aku jelah…m16 ler… lagi satu soklan yg pasal nenas tu…aku tgk terus je senyum dgn sendiri…dan melepaskn tembakan yg bertalu2… lg 1 korang paham ke soklan pemahaman english yg 5 terakhir tu…aku baca 10 kali pun x dpt nak jawab ler…skang ni tawakal jelah ekkk…. harap kite sumer lulus ler ek dgn cemerlang… (harap2 jelah)

Razef Wa Lu 02.24.09 at 7:06 am

Soklan Maths tu xleh guna kalkulator kan?
Aku tgh minah sebelah aku tu tap tap tap tup tekan kalkulator kira.. pengawas tu rilex je tgk.. dia x sound pon…. aku nk ckp byk2 pun coz aku br 1st time amik.. kat seremban.. tp apa2 pun mmg tembak gak ar yg byk… elok je exam pg x migrain.. exam ptg terus migrain dah…

JIDU 02.25.09 at 7:10 am

Ini beberapa tips soalan yang berkaitan dengan peperiksaan PTD. Perlu tahu;
-adat-adat seperti adat temenggung dll
-jenis-jenis mahkamah
-Dasar-dasar kerajaan. objektif
-portal kerajaan
-dasar pendidikan
-Pertubuhan-pertubuhan dalam PBB seperti UNESCO dll dan fungsi mereka.
-Jenis-jenis cukai kerajaan. Lansung & tak langsung?
-Dewan rakyat, parlimen dsbnya. keanggotaan dan syarat.
-Akta, enekmen, peraturan persekutuan atau negeri.
- Prestasi ekonomi, bagaimana mengenalpastinya.
-Deklarasi-deklarasi spt deklarasi Langkawi.

PTD sucks 02.28.09 at 5:39 pm

third world mentality….sepatutnya golongan professional lebih di utamakan oleh kerajaan.ini keja 10 tahun sebagai doktor pun masih u41…whats so great about about PTD exam? its not even near to MRCP,FRCS or any other professional exams.Developed countries value their professionals while third world countries like malaysia,zimbabwe etc prioritise ptds …No wonder the PM is notoriously stupid..he is an ex ptd

chiko 07.25.09 at 3:07 pm

Contoh soklan ” adakah anda pernah terfikir untuk memaki org ketika marah?” Ya atau Tidak..So, jadilah diri sendiri utk paper ini. Tp jika diri anda byk sifat2 kurang murni kekalkan sikap itu dengan tidak jujur semasa menjawap paper ini..

bro sy x paham la.. bole jelaskan? Masa jawab jdk diri sendiri atau tipu? Anyway exam 8/8/09 kt SMK Agaseh Lahad Datu, Sabah. Thx..

Puspah 07.26.09 at 3:38 am

ada exam 8/8/09 ni kat SMK putrajaya. Mudah2an ada la rezeki aku

arm7882 07.28.09 at 2:05 pm

sesaper yg interested nk beli e-book panduan exam ptd sila email ke hanna_ashraf@yahoo.com

ilah 07.30.09 at 1:37 pm

Thanks cos sudi kgsi pngalamn n tip untk exam..sy nk g exam gak nnti…sape2 yg amik exam bln 8 ni gud luk k..buat yg terbaik…:)

Shah 08.07.09 at 4:25 am

thanks catzer

aku punya exam esok

lansung satu ape benda pun tak prepare….. masuk nie dah 3 kali aku pegi exam…..

apappun ku pergi kerna kedua orang tuaku dan yg nak aku kerja gorment……

lulus ke tak blakang kira…………

thanks

sya 08.15.09 at 1:31 pm

hi

untuk diploma pentadbiran awam 6 bulan di INTAN,adakah kita dibayar sebarang gaji atau insentif sepanjang kursus kita?

awim 10.12.09 at 2:08 am

sy x pnh p exam ptd..
but nxt week sy ade interview ptd…
hurmm…ptd nie memang apply under SPA je ke kwn2?
sy apply juz submit borang jew kt putrajaya…
anyway…wish me luck yeah..
1st time nk p interview gomen nie…
xtau camne rs..hehe…

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

« Back to text comment

Previous post: Are You Tough Enough? Prove it

Next post: Selamat Datang…Darul Naim