Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Terima Kasih Abang Zamani

Hari ini aku terkejut bila The Reds tanya betul ke Abang Zamani meninggal dunia? Dia rujuk aku pada thread di Bicara Jutawan.

Sejurus selepas membaca thread aku terus call no phone Abang Zamani, masuk voicemail..aku call Pian pun sama. Perasan ini sama seperti masa kawan baik aku meninggal dulu. Aku tertunduk dengan air mata bercucuran tak dpt aku tahan. Hati aku sebak kerana sebagai rakan yang rapat aku tidak mengetahui dia sudah pulang ke Rahmatullah di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada pukul 8pm, 13 Feb 2009, Jumaat. Aku bersyukur permintaan arwah untuk kembali ke pangkuan Ilahi pada hari Jumaat terkabul. Dalam sebak dada menahan sedih aku meniti setiap komen2 dari arwah.

Last perbualan kami pada bulan lepas sebelum arwah di masukkan ke PPUM. Kebiasaannya arwah mmg akan ckp lama bila membuat panggilan, byk perkara yang di kongsikan sehingga aku risau dengan bil telefon dia nanti. Bila aku ingat kembali perbualan tersebut banyak nasihat dan kata-kata hikmah dari arwah untuk aku. Dulu diawal perkenalan aku ngan efun dan pian selalu borak2 kat YM bersama-sama dia. Dengan kesibukan masing-masing kadang kala kami sendiri tiada masa untuk berborak kecuali Abang Zamani call aku.

Perjumpaan di Gathering WC, merupakan kali pertama dan terakhir kami bertemu. Aku keberatan untuk meninggalkan dia sebab rasanya mcm terlalu banyak yang ingin disembangkan. Namun sudah lewat petang aku mengagah diri pulang dari Gathering WC dengan pesanan jaga diri baik2 nanti kita jumpa lagi.

Disini aku kongsikan beberapa comment dari arwah. Terima kasih Abang Zamani untuk segala nasihat dan panduan yang abang curahkan selama kita sempat bersama. Doa aku moga Abang Zamani di himpunkan bersama golongan-golongan terpuji disana. Salam sayang dari adikmu.

Salam…

Abang ucapkan SELAMAT BERJAYA… doa banyak – banyak. Dan semoga cepat sembuh. Doa kepada-NYA dan berusaha makan ubat ikut sukatan yang dah ditetapkan. (jangan terbalik pula tempoh masa dengan bilangan sudu tu pula). :)

Semoga rehat cukup – cukup dan jangan fikir banyak sangat. Peristiwa semalam sudah menjadi lipatan kenangan / sejarah. Yang penting adalah saat ini dan apa yang perlu dibuat esok. Ada plan ka? Nak tip tradisional bagi melegakan batuk tak?

Idea yang hebat ibarat biji benih yang lemah yang perlu di semai, di tanam, dibaja, disirami, dicahayakan dan sebagainya untuk menjadi pohon yang gagah, akar yang kuat, pohon yang rimbun (dapat meneduhkan orang lain) dan memberi buah yang manis tatkala dilontar dengan batu / kayu…

Mengenali awak sesaat tadi membuatkan kenalanmu ini ingin mengenalimu lagi. Boleh ka? :)

Terima kasih Catz@Zam kerana info tentang abang. Abang dah keluar wad dan sekarang berada di Anjung Rahmat, Batu 6, Jalan Gombak, KL.

‘Downsizing’ tu bukan rawatan la… :) Ia istilah dalam salah satu game untuk IM. Maksudnya sedang ‘bertapa’. :D. Saya stop sekejap dari dunia online sejak Januari tahun ni sehingga 6 bulan sebab datang menjenguk arwah ayah di IJN bulan Febuari. Kemudian, kawan arwah ayah kira masuk HUKM. Jadi, sekarang masih terima rawatan kat HUKM…

Sementara tunggu kat Anjung Rahmat ni, seorang Pengarah Urusan Herba Traditional Sdn. Bhd. offer saya kerja pada 19 Jun lepas untuk bekerja di syarikat sebagai Penolong Pengurus.

Pada 1 Julai, disebabkan kekosongan jawatan sebagai Pengurus (pengurus letak jawatan), saya dilantik sebagai Pengurus syarikat Herba Traditional Sdn. Bhd.

Jadi, kalau dulu saya bekerja sepenuh masa dalam online sahaja, sekarang terpaksa membahagi masa antara kerja offline dan online…

Sebab tu, dalam masa 3 minggu ni, mata saya sembap sikit sebab tak cukup tidur. Asyik terkejar – kejar ke sana sini aja.

Terima kasih pada semua yang mendoakan saya… Insyaallah… kita akan bertemu lagi…

Hidup ini memang penuh cabaran dan dugaan. Namun, ia memerlukan penyelesaian dengan sabar dan tabah. Setiap kejadian pasti ada hikmah. Banyakkan solat sunat istikarah, semoga DIA ‘membuka jalan’ untuk menemui kejayaan.

Good luck ! If you need help, we here always want help you. Don’t shy to ask :).

Miaw…miaw… :)

Tidor lagi ka? Wake up …wake up…oooiii !!!

Jangan tido banyak sangat… Ambil vitamin C tu sikit :)

Ni mesti badan terlalu letih ni. Apa kata cuba berendam dalam tab mandi?

Semoga dapat semangat baru nanti. :) See you again…

Blog Widget by LinkWithin

No related posts.


About the Author

Catzer seorang penulis blog syok sendiri yang suka merayap ke lokasi yang sentiasa dirahsiakan. Hanya tahu makan, tidur, main games dan blogging menggunakan Wordpress. Pakar masak megi dengan kimchi,yosh!!

13 Responses to “Terima Kasih Abang Zamani”

  1. kakeru says:

    Thanx utk cerita ini. Tak tahu pula saya ada seorang insan yang luar biasa di dalam even bukan sempurna di luaran.

    Al-Fatihah…

  2. WaidaKmy says:

    Al fatihah..

    Teringat pesanan arwah yang pertama ketika berjumpa (dan nampaknya yang terakhir :( ) di WC Gath dulu..

    Semoga roh arwah dicucuri rahmat-Nya Insya Allah..

  3. TheReds says:

    Al fatihah….
    Kali pertama dan terakhir jumpa semasa gath WC…
    Kagum dgn semangat dan ketabahan beliau..
    Semoga roh abg zamani ditempatkan di kalangan mereka yg beriman..

    Memang menyedihkan…

  4. Afzai Afandi says:

    terkejut bila terbaca twitter Abooain memaklumkan tentang kematian allahyarham…. semoga ditempatkan bersama org2 yang beriman.

    p.s kali pertama jumpa kat WC Gathering dan rupanya itu yang terakhir.

  5. Seorang pendukung kuat buku saya kini kembali kepada pencipta.

    Moga kekuatan beliau berada dalam diri saya.

    Al Fatihah

  6. [...] Februari 19, 2009 Inspirasi Penulis | Kisah pembaca karyaku allahyarham Badruzamani Posted by aliman under Diari Penulis Bebas | Label: badruzamani, internet marketer, oku |   “Idea yang hebat ibarat biji benih yang lemah yang perlu di semai, di tanam, dibaja, disirami, dicahayakan dan sebagainya untuk menjadi pohon yang gagah, akar yang kuat, pohon yang rimbun (dapat meneduhkan orang lain) dan memberi buah yang manis tatkala dilontar dengan batu / kayu” petikan kata saudara Badruzamani (sumber) [...]

  7. [...] memberi buah yang manis tatkala dilontar dengan batu / kayu” petikan kata saudara Badruzamani (sumber)Pertama kali saya mengenalinya ialah ketika beliau memberi komen mengenai buku saya Cari Duit Cara [...]

  8. [...] sahabat lain juga ada menulis, Catzer, dan Bro Zamri. Sila bookmark jika [...]

  9. Raja Kamil says:

    Moga Allah menerima amalannya

  10. BAGAK says:

    saya pun begitu juga

    pertama dan terakhir di perjumpaan WC

    Namun terkilan sebab tertangguh-tangguh untuk main chess di YM.Akhirnya tak kesampaian juga.

    Sebelum ini main juga chess dengan dia tapi sambungan internet yang begitu lembap, kadang2 tak habis pun.
    Sambil main banyak cerita pasal projek arnabnya.
    Nantilah senang2 saya cari balik gambar arnabnya.

  11. samdaddycool says:

    AlFatihah… Semoga ronya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman… Amin,.

  12. EiNS says:

    Al-fatihah…moga rohnya dicucuri rahmat…Amin…

Leave a Reply

CommentLuv badge