Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Mini Makan-Makan Geng IEM

Semalam aktiviti pertama geng IEM selesai, meskipun yang hadir hanya 6 org tp aku bersyukur matlamat Mini Makan-Makan Geng IEM tercapai. Iaitu nak bertemu dengan geng-geng IEM sambil makan2 kat food court KL Sentral. Meskipun aku sedikit kecewa dengan sikap beberapa geng IEM yang hanya akan datang sekiranya majlis ini menjemput otai-otai tp aku tak kisah sgtpun sebenarnya. Kerana aku mempunyai visi yang lebih tulus bersama IEM, keutamaan aku ialah ahli IEM sendiri tidak kira mereka otai, newbie, peniaga, pelajar atau bekerja sendiri.

Antara mereka yang hadir ialah:

1. Amirul Faisyal – Pakar SEM

2. Zamri Mohamad – Penulis 10 Buah Buku

3. Kodin – Budak baru grad tp dah mantap gile ada bisnes dan opis sendiri ni!

4. Sham – Pencari Duit Online Yang Malu2 meow

5. Fatin – Budak Mechy UiTM, Junior Enginnering aku Yang minat gile bisnes

Kepada adar aku fhm kesibukan ko dengan baby yg comei lote tu..Then beberapa orang lagi yg tak dpt hadirkan diri disaat2 akhir.

Insya-allah aktiviti mini makan-makan bersama geng IEM akan menjadi aktiviti bulanan untuk komuniti IEM. Makan-makan bukan di hotel pun, kami melantak di food court KL sentral sahaja. So sesiapapun mampu membayar kurang RM10 untuk mkn. Tiket Komuter aku dr Shah Alam pergi balik RM5 sahaja. So total aku spend hanya RM15, jadi sesiapa yg bg alasan takde duit sbb ekonomi down agak kureng berkesan kepada aku.

Apa yg kami bualkan selepas menelan menu mknn dan minuman masing:-

1. Pendedahan pengalaman perniagaan yang pernah di pelopori atau sedang dipelopori oleh 6 org ini (termasuk aku)

2. Pembentangan idea bernas untuk menambah baik komuniti IEM.

3. Luahan pahit manis di tipu oleh program-program atau ketidakpuasan hati dengan pemasaran internet. Untuk berjaya kita kena tahu punca kegagalan.

4. Perkongsian pintar antara mereka2 yg dtg. Termasuk berkongsi mknn yang dibeli oleh Fatin (2nd round)

Insyaallah aku akan berusaha untuk menambah baik komuniti IEM, thanks pada kengkawan yg dtg dan memberikan feedback.

Segala maklumat ttg mini makan2 disini:

Mini Makan-Makan Geng IEM

I’m sorry, I Quit

Sorry sbb menghilang agak lama dalam dunia blogging ni. Actually aku agak sibuk menguruskan persediaan utk kursus jangka pendek selama setahun. Start 13hb hari tu aku officially busy dengan kursus jangka pendek ni jadi sorry kengkawan jika tiada lagi kelibat aku dlm dunia internet marketing, forum, blogging, gathering dan apa-apa sahaja yang related dengan kehidupan maya aku. Aku akan cuba berblog spt biasa tetapi mungkin tak byk cerita spt dulu..mungkin lebih kepada teknikal sbb aku rasa aku patut share ilmu yg aku ada takut nanti lama2 aku lupa plak..so boleh aku rujuk blog sendiri.

Terima kasih pada mereka yg tidak jelek menyokong aku sepanjang blog ini wujud dan pada rakan-rakan IM yang sudi terlibat memeriahkan projek terbaru aku iaitu IEM Social Networking. Tujuan utama aku mewujudkan site tersebut adalah untuk memudahkan aku mencari rakan2 IM ni balik bile aku kembali semula nanti..(Even mungkin aku akan berada di field yg lain IM tetap di dalam hati). Aku akan memperlahankan aktiviti aku demi memberikan byk ruang pada kursus tersebut. Korang still akan nampak aku post benda yg bukan2 disini so jgn lari mana2..Im a blogger yg sengal.

Sekali lagi “Arigato Gozaimasu” ..aku tak mampu nak janjikan apa2 pada korang but yg aku pasti even aku tak kembali sebagai internet marketer tp aku akan kekal sebagai seorang blogger. Aku rindu nak baca komen-komen korang. Before aku betul2 focus dengan kursus tersebut aku akan cuba released mana2 plan aku mcm report percuma dan sebagainya. Aku tak mo simpan lama2 dlm hard disk aku ni. Aku harap selepas aku habis kursus tersebut aku akan kembali sebagai seorang yg lebih baik physical dan mental. Ops, ni takde kaitan dengan PTD tau aku yg pi applied sendiri kursus ni dan berbyr.Aku berhijrah dari keadaan sekarang ke arah yg lebih baik..Insya-allah..doakan aku tau.

Sabtu ni birthday Wayer, rakan sebilik aku dan sahabat sejak 8 thn lps. Hari ni kami serumah plan nak pi tgk wayang di KLCC pukul 9pm. Kawan-kawan bahagiakanlah mereka yg dekat dengan kamu, berikanlah mereka kebahagiaan sebagai seorang sahabat, adik, abg, kakak, mak dan abah..kekasih…etc..

Belajar SEO-Keperluan Atau Kehendak

Baru-baru ini ada competition untuk keyword “belajar seo”, honestly post ini tidak bermakna aku terselit dlm pertandingan tersebut. Sedia maklum ilmu SEO aku masih cetek, aku belum klimak dlm mendalami ilmu seo ni. Jadi sesiapa yg sudak klimak tu, wah..aku rasa korang masih ingin lakukannya berulang kali sehingga klimak berjuta kali. Masyuk dan khayal bukan melayan keyword “belajar seo” ni. Sekali lagi amaran ini bukan post utk mengejar keyword tersebut. Just pagi2 ni aku lihat semakin ramai yang memahami keperluan “belajar seo” sebagai satu binaan landasan untuk website atau pun weblog.

Pertandingan itu aku harap akan mengajar mereka-mereka tentang apa itu whitehat, greyhat dan blackhat seo. Malahan aku harap “belajar seo” terus di monopoli oleh site-site yang berinformasi tentang search engine optimization yang sebenar. Bukannya merojak spt rojak ice cream vanila, erm..teruskan usaha menjadi pakar dlm seo jika kalian betul2 seorang yg ikhlas utk menjaga takhta SERP untuk keyword tersebut.

Pertandingan yg akan tamat esok, Ya..Esok..Akan menjadi milik siapa..? Jeng Jeng..

belajar seo

Tempat 1 dan ke 2 masih dimonopoli seo player dari negara jiran..erm dukacita juga kerana kita bukan jerk selalu kalah dengan mereka bila bab badminton dan sepak takraw..malah arena musik kitapun kalah..adei..SEO pun kalah…adei…Takpe, kita kan menjaga jiran tetangga..Lagipun isi kandungan blog dia mmg bagus dan perlu dilihat bahawa blog bukan berbahasa englishpun mampu bersaing secara global.

Then no. 3 ~ Mr. Halim Belajar Seo | Learn Seo

no. 4 ~ Bro Inspiration Belajar SEO – SEO Expert Advice in Malaysia

Kedudukan seterusnya korang boleh tgk sendiri mengunakan mata telanjang korang. Erm, naked eyes..kekeke..apalah teruknya bile english ditranslate ke melayu..atau aku yg failed bab tu. Kalian masih tertanya apa competition yang akan aku buat? Muahahahahah, competition makan rojak..Sape mau join?

GayaRuangKepelbagaian Live Now!

GayaRuangKepelbagaian” Blog milik chot ni mmg dah lama aku nantikan utk di up sepenuhnya oleh pemiliknya yg chomei tu..dgn kete vios nya yg macho. Mengapa aku cintakan chot dan blog milik beliau. Actually gayaruangkepelbagaian mmg mempunyai satu pukulan yg kuat bukan dr segi penulisan sahaja malahan topic yang dibincangkan oleh chot mmg ada ummph..

Siapa Chot, selain dr chomei dan vios..Oklah chot yg aku kenal merupakan seorang photoshooter yang telah berpaling tadah dr canon ke nikon..syabas kawanku..kekeke..akhirnya racun itu merebak juga. Perkenalan singkat aku ngan chot telah membawa kami ke gerbang cinta yg agung terhadap photoshoot.Muahahaha..Chot bile mau lompat2 lagi..aku sudah rajin training main skipping hari2.

Actually aku nak snapshot image blog gayaruangkepelbagaian (GRK) milik chot ni..tp memandangkan aku tahu dia akan ubah gak nanti sbb biasalah..chot yg aku kenal tak kan pernah letih mengodek2.

So, terima kasih chot kerana menggunakan khidmat website/weblog servis dari aku. Jika ada yg kau keliru jgn segan2 htr sms..jika lambat reply..sedia maklum, cinta aku pada internet menyebabkan aku sering tido awal dr org lain..hehehehe..

Kawan2, tepuk tgn utk part time blogger tersohor Malaysia.. Chot..(tepuk-tepuk)

gayaruangkepelbagaian

Kembali Membina Empayar

thesecret

Agak lama aku membiarkan “newbie webmaster” terbiar, sorry process transfer sepatutnya tidak memamah masa yang lama tp kesibukkan yg lain menyebabkan blog ini terkorban di SERP begitu juga dengan adik beliau si “Internet Entrepreneur Life” tu. Sejak ke 2 2 blog isi di tampar manja oleh google dan kini berapa di PR paling hensem yang pernah korang tgk.

Oklah, aku juga mahu memulakan larian ini semula sama spt ixora. Actually aku ingin yang terbaik utk blog ini..so sedikit preview terbaru ttg penulisnya kalian patut baca. Alexa ranking blog ini juga menjunam teruk..argh kalau difikirkan itu semua mmg aku tak akan renew domain blog ini dan biarkan ianya menjadi sejarah sahaja.

Banyak benda aku perlu lakukan untuk blog ini merampas kembali hak dr google dan membina empayarnya kembali. Jadi cukuplah aku membebel sorang2 buat masa ini. Aku perlu betulkan byk lagi ttg blog newbie webmaster ini. Sesiapa yg mahukan servis membina blog sebegini utk kalian..Ya, hubungi aku..Aku dah kemaruk install blog sekarang..

Blog Widget by LinkWithin