
Sebenarnya ketika aku mengayuh beskal tadi, aku sibuk nak membaca tampalan2 iklan di tiang letrik, pondok bas dan mana2 yg aku nampak tertampal. Tapi sama ada aku mmg rabun jauh ataupun tulisan itu sendiri samar2 aku sendiri kurang pasti. Tapi pos kali ini bukan berkaitan dengan apa yg aku mau baca tetapi lebih kepada penghayatan kepada perkara yang samar sememangnya akan meragukan kita. Betul tak?
Semalam aku ada send email ke subscriber aku ber isu kan tentang “wishlist”. Ada yang membalas dengan menyatakan bahawa tidak semua org mampu memiliki apa yang mereka mahukan. Aku tak pasti latar belakang subscriber aku ini, tapi jujur aku ckp dlm hidup kalau ko sendiri masih samar dengan apa yg kau mahu dan sentiasa was-was dalam kehidupan sesungguhnya ko akan mensia-siakan kehidupan ko tanpa memiliki apa2!
Biar aku berterus terang sehingga ke saat ini aku memang sedih kerana tidak mampu mencapai cita-cita aku untuk menjadi seorang engineer. Cita2 tu aku tanam sejak aku di bangku sekolah rendah lagi. Itu “wishlist” yang tak tercapai dan adakah aku dikategorikan sebagai “LOSER”? Tentulah tidak kerana aku dah berusaha dan sesungguhnya Allah lebih tau apa yg lebih baik untuk aku sekarang,esok dan dimasa hadapan.
“Yang Samar Sukar Dibaca” juga mengambarkan ketidak sungguhan merealisasikan apa yg mereka idam2kan. Seolah mereka berdoa kepada-Nya tetapi tidak berniat dengan betul, mungkin aku boleh katakan mereka nak solat subuh tapi pi baca niat solat magrib! Jadi, jangan salahkan keadaan kenapa mereka tak pernah dapat apa yang telah di “wishlist” kan.
Jangan tipu diri sendiri dengan meminta sesuatu yg diri sendiri tak mampu berikan, dalam kehidupan ada “give and take” kalau sesiapa layan anime Fullmetal Alchemist, hukum keseimbangan alam itu mesti korang akan faham. Kalau korang mahukan sesuatu korang juga perlu memberi, jgn hanya tau meminta. Selalu aku dengar org dok mengumpat golongan buta yg dok menadah tangan di kedai makan dan merungut mereka2 ini tidak mau berusaha lebih. TAPI..apa beza si pengomel yang tak mahu berusaha dengan mereka dan hanya tunggu disuap dalam byk perkara..especially bab duit!
Aku bukan ada Doraemon yang boleh memberikan apa sahaja yang aku nak. Aku sama mcm org lain yang berusaha untuk cari duit menampung kehidupan harian dan juga memenuhi impian. Tolong jgn seksa diri sendiri dengan mengimpikan kereta Ferrari sebiji padahal nak bangun tido untuk solat subuh pun liat. Malahan nak pergi kerja sepanjang perjalanan menyumpah seranah boss yang akan memaki kerana lewat sampai opis hari ni!
Kalau betul2 nak jelas lagi bersuluh, aku syorkan binalah “wishlist” yang nyata mampu di lunaskan, angan2 perlu ada tp berangan2 tu membuang masa!
p.s – korang boleh gunakan web dibawah untuk create angan2:
Dan aku nak layan lagu Pearl Jam jap..hehehehe







