Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Pergh..Milo Kaw!!

Hari ni aku terjaga awal..alahai laponya perut aku ni. Just nice aku tgk kat mini pantry living room aku ada milo, cube sugar dan air panas. Pergh..mmg best, letak milo byk2 dan bancuh ngan air panas mmg boleh hilang bunyi2 dalam perut aku ni. Apa kes aku terjaga awal hari ni? Actually aku kena buat panggilan ke oversea pagi ni tp alahai tak dpt plak nak buat , aku tekan2 nombor tu tak dpt nak dail..ke sbb aku tak reti nak dail panggilan ke oversea. Tp thn lps masa paypal aku kena limitation dan aku kena buat call ke Paypal Singapore ok jerk huh..Sengal tul TMnet ni..Dah lah streamyx slow.

Jadi akupun tekan channel 715, aiyak takde anime best plak..music bank pun aku dah terlepas..huhuhu..Em takpe aku layan tgk cite lain. Streamyx still hampeh, apa masalahnya streamyx ni aku pun tak tau. Sepatutnya kena aplikasikan konsep Milo Kaw gak..kalau dah pekat sgt tambah air, kurang manis tambah gula. So begitulah gak ngan Streamyx ni, kalau dah tau ramai org pakai buat2 lah tukar pakai fiber optic. Aku tak boleh bygkan kelajuan yg boleh kita reach dgn fiber optic ni..apa tuh fiber optic? Teknologi ni 1st time aku dgr masa aku tingkatan 1, 15 tahun yang lps beb. Tak ke pelik kenapa Streamyx tak mau pakai teknologi ni? Mahal? No komen lah..yg depa charge kita RM77 untuk 1mb kononnya ni tak mahal. Kalau di Singapore kita hanya perlu byr separuh jerk untuk dptkan nilai yg sekali ganda lebih power.

Erm masalah tul, sib baik milo byk lagi kat dlm tupperware tu dan air panas pun byk..apa lagi aku taram letak 2 sudu milo lagi. Erm korang rasa kalau pergi kedai mana milo yang dihidangkan memuaskan hati korang? Aku rasa kedai mamak jerk taram letak milo pekat2..kalau kedai melayu dah lah milo dah bancuh siap2 tinggal tuang tambah ais..Uwek..rasa mcm milo basi pun ada kengkadang. Aku kalau pi kedai mkn melayu jarang sekali pesan air milo. Yang aku pesan hanyalah teh-o ice confirm rasanya sama jerk huh. Camne peniaga melayu nak untung kalau kedekut nak invest dan “support sistem” kureng?

Nak komen lebih2 pun tak guna, baik aku layan hirup milo kaw…yummy2

24 Hours Without Streamyx

Beb..1st minta maaf aku mmg takde mood nak blogging atau apa sahaja yang related dengan internet. Semuanya kerana umah aku mengalami gangguan line internet lebih dari 24jam. Aku skang melepak di Pakli Kopitiam seksyen 18..

So kalau korang terlalu rindukan aku, bolehlah sms. Seyes aku mmg tgh bengang tahap gaban dengan internet cam dot dot dot ni. Korang maafkanlah aku kiranya tak dapat layan borak ngan korang. Aku harapa tenet akan kembali stabil..

Aku tgh karang 10 muka surat kenapa aku patut pangkah jerk muke CEO TmNet ni..Tolonglah bile lagi line internet Malaysia ni nak maju.. :(

Tentang kecederaan tangan aku..erm actually aku kena minyak panas semasa memasak..So tangan kiri aku melecur dan atas kebijaksaan aku kecederaan tu kurang serius kerana byk membaca buku pasal emergency response. So mungkin dalam seminggu lagi tangan aku akan pulih spt biasa. Skang aku tgh berpantang bab2 mknn. Thanks pada kengkawan yg sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan aku. Arigato gozaimasu :D

**Catzer Mengalami Gangguan Internet Selama Sebulan**

Anda mungkin akan sgt merindui dia..tp dia lebih suffer kerana tiada internet.. Keadaan terkini, catzer tgh melepak di kopitiam dan membazirkan RM10 hanya utk mendapatkan Wifi free..Memang sengal

Blog Widget by LinkWithin