Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Friendster vs Facebook

Meskipun nyata Facebook bakal mendedahkan profile kita tanpa batasan namun percaya atau tidak myspace,friendster,Hi5 dan rakan seangkatan dengannya sudahpun ditewaskan oleh Facebook.Erk,bagus sangat ke Facebook ini sehingga ada yang ketagih hingga tak makan dan minum melayan aplikasi Facebook ini.

Kajian pantas yang aku lakukan ramai mereka yang tidak kenal myspace,friendster,Hi5 tapi terjebak bersama Facebook. Tujuan post aku kali ini bukan untuk mengalakkan korang join sume society network ni malahan tidak akan wujud isu pro mana2 society network pun memandangkan aku membuat post ini sekadar untuk menilai penglibatan aku sendiri dalam Friendster dan Facebook.

Mengapa aku sendiri suatu ketika dulu bersama Friendster tapi kini tidak lagi.Ini kerana aplikasi di Facebook lebih sesuai dengan karier aku sekarang. Jika dulu sebagai seorang student aku golongan yang terlewat mengekploitasi Friendster. Aku join friendster semata-mata kerana kawan-kawan sekelas yang ingin membina “networking” sesama kami sehinggalah tua nanti.Ya…jerk depa ni hakikatnya aku tgk sume takde masa nak online pun. Jadi akaun friendster aku hanya memfocuskan kepada rakan-rakan semasa belajar dan kini entah kemana mereka menghilang.

Kehadiran Facebook dalam hidup aku secara tidak sengaja kerana pengaruh roomate aku, Wayer. Cish..terjebak juga aku. Ramai yang tanya aku tak risau ke data-data2 aku diambil oleh CIA. Sejujurnya jika mereka nak mencuri data2 tu tak payah masuk Facebook pun mereka boleh..mungkin aku terlebih tengok cite CSI, namun jika korang ada ramai kawan dari golongan senior korang akan tau data nenek yang tak pernah kenal apa itu internet pun depa boleh dapatkan. So, kalau korang seorang pelajar ipta, pekerja swasta atau kerajaan, suri rumah atau apa saje title yg korang tengah pegang sekarang pernah membuat loan,mendaftarkan diri secara online, “didaftarkan” secara online tanpa korang sedar atau tidak..Berhati-hati..Data itu mungkin dicuri, dijual atau disalahgunakan oleh sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Kita mahukan “langit yang terbuka luas” tapi tak mau menanggung risiko..aiyak.

Setakat ini aku kekal bersama Facebook dan Friendster bukan kerana egois dan tunjuk berani. Tp kerana ianya suatu medium aku menghubungkan diri dengan kawan2 yang lain dan dunia luar yang gah jauh untuk aku capai. Jika mahu share maklumat lebih2 rasanya tak perlupun di Facebook tu,cukuplah ko kenal aku, aku kenal ko.Mau kenal lebih2, berani jumpalah…danny boy….larik…..

Hakikatnya kehidupan sebenar itu lebih menarik dalam alam maya ni.Tak percaya jom layan video ni..itulah apa yg aku rasa skang ni..:)

Manual Newbie – Tutor Pemasaran Internet

Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi, akhirnya sebelum tamat bulan Oktober ebook percuma aku dapat di hasilkan dengan jayanya atas bantuan beberapa orang rakan. Idea ebook Manual Newbie ini muncul pada awal bulan 6 kalau tak silap aku memandangkan pada bulan itulah domain dibeli. Aku mula membina draf dan mengumpul maklumat pada bulan 7 dan 8. Dan menjelang awal bulan 9 iaitu hari pertama puasa aku mula mengarang ebook percuma ini mengikut pengalaman dan pengetahuan aku sebagai seorang yang suatu ketika dulu buta IT. Namun ebook ini bukanlah 100% berkisar kepada pengetahuan IT aku lebih tertumpu kepada pengetahuan IT dalam kehidupan seharian seorang internet marketer. Mmg terlalu banyak kemahiran yang perlu dimahirkan tetapi untuk versi pertama ini aku aturkan 19 kemahiran yang wajar di ambil tahu oleh semua newbie IM.

Minggu ini setelah berhempas-pulas memperbetulkan draf-draf asal akhirnya ebook ini dapat aku terbitkan pada hari Deepavali. Erm mudah utk aku ingat sampai bila-bila. Aku berharap kehadiran ebook percuma ini tidak menjadi pertikaian oleh mana-mana pihak kerana kajian telahpun dilakukan selama 2 bulan dan aku menganggap ebook percuma ini sebagai hadiah aku kepada rakan-rakan IM bersempena hari lahir aku tak lama lagi..hahahah…

Erm, so dlm bulan ini aku nak mencadangkan beberapa sumber yang boleh diguna pakai:

Untuk copywriting aku tetap letakkan RMCopy #1

Manakala Untuk servis pembangunan laman web dan pemasaran internet aku sejujurnya mencadangkan ProjekNiaga (wei..lps ni belanja aku mkn dah promote gile2 ni)

Dan Penyedia hosting, siapa lagi kalau bukan PlanHoster, beb Mie dah upgrade gile2 server dia sampai mkn megi jerk bulan ni..

Erm,tak lupe juga society network untuk internet marketer, IEM. Ya, mmglah aku punya site sbb tu aku promote..hahaha

Aku nak pi beli nasi lemak..lapo2

Sebarang permasalahan bolehlah di hantar ke:

Manual Newbie Support

Aku akan menghubungi korang kembali dengan sepantas kilat..hehehe

Blog Widget by LinkWithin