Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Bila Pintu Rezeki Merajuk

Ketika aku dok mengadap makanan bersahur pagi ni, mata aku mmg nak terkatup dan dalam kepala hotak aku teringat bantal jerk. Tp, bila aku fikirkan ada ramai lagi hamba Allah di luar sana yang berdoa untuk mendapatkan sesuap nasi untuk hari ini aku suap gak nasi dan semoga ada keberkatan bersahur yang aku perolehi pagi ini.

Baru-baru ini aku didatangi dengan pelbagai persoalan dari kawan2 yang rapat dengan aku. Mereka mengadu gaji tak cukup, nak raya duit nak pakai banyak, dan pelbagai lagi isu yang melibatkan duit. Tak dapat dinafikan isu duit memang akan mengganggu pemikiran nak plak bile di musim perayaan. Kalau mereka yang masih bujang ok lagi tak byk nak dibelanjakan berbanding mereka yang dah berkeluarga.

Sebenarnya tipu lah kalau aku ckp aku takde masalah kewangan. Terlalu besar lagi penipuan kalau aku cakap bisnes aku sokmo jalan selancar yang aku inginkan. Bertambahlah autanya kalau aku cakap untuk raya ni aku tak merasa sebarang keperitan untuk belanja di musim perayaan tu nanti. Kebenarannya semakin Allah menduga kita dengan mengekang segala yang kita rancang semakin banyak perkara2 dan zhat2 yang Allah akan tunjukkan pada kita di masa hadapan.

Disini aku kongsikan beberapa tips “pintu rezeki murah” yang mungkin korang dah lakukan atau terlupa untuk lakukannya setiap hari. Aku harap “pintu rezeki yang merajuk” tu akan terbuka balik buat kita semua. Sebenarnya terlalu banyak tips untuk memudahkan rezeki masuk setiap hari tapi aku juga seorang “pelupa” dan juga perlu diingatkan selalu:

1. Bangun pagi dan jangan ngelat solat Subuh

2. Buka tingkap umah dan hirup udara segar pagi2, supaya otak korang mendapat udara “terbaik” pagi tu

3. Jangan lupe doa untuk ibu bapa, kalau nak mcm2 doa lain korang boleh masuk ke web bawah ni. Lebih bagus lagi setiap pagi call parent tanya kesihatan mereka dan borak2 skit.

Web Doa-doa Seharian

4. Mulakan aktiviti korang dengan tangan/kaki kanan dan jangan lupe baca Bismillah. Setiap perbuatan ada doa tertentu bg aku yang tak ingat sume doa2 tu aku gunakan Bismillah byk2.

5. Banyakkan bersedekah , senyum pun sedekah gak..kalau korang jumpa 10 orang dan 10 kali senyum dah 10 kali korang bersedekah hari ni. Dulu time aku takde duit nak sedekah kat orang2 yang berhak, jadi aku mampu senyum jerk. Syukur Allah bagi aku mulut yang sempurna jadi senang aku nak senyum manis :D

6. Bila ditimpa kecelakaan jangan sesekali korang gunakan words yang “keji”. Cuba ajar lidah dan hati mengucap banyak2. Hati dan jiwa yang tenang akan memudahkan pekerjaan seharian korang dan Insya-Allah aku percaya rezeki Allah ni suke pada mereka yang berjiwa tenang. Makin byk makian yang korang buat dalam sehari makin jauhlah rezeki Allah merajuk. :)

7. Jangan takbur dengan rezeki yang Allah berikan, untuk pengulasan yang lebih mendalam pasal takbur ni korang boleh baca di web dibawah:

Antara Sombong..Bongkak..Angkuh dan Takbur

Sebenarnya banyak lagi tips2 seharian yang memudahkan rezeki masuk, terpulang pada kita sama ada nak mengamalkannya atau tidak. Tips2 kat atas ni antara tips yang aku guna pakai, sbb aku lebih percaya duit ni tak kira berapa bykpun tetap tak akan cukup. Ini kerana kita tidak sedar keberkatan sumber wang tersebut. Sedikit wang yang berkat lebih besar ertinya dari banyak wang yang datang dari sumber yang meragukan.

Rezeki Allah nak bagi ada dalam pelbagai bentuk tidak semestinya wang ringgit sahaja. Terpulang pada korang nak tadah tangan ataupun tidak. Kalau orang kaya bagi rezeki korang pandai plak tadah sampai dua belah tangan dan sanggup cium tangan mereka. Allah nak bagi rezeki tak kan korang nak tadah sebelah tangan jerk.

Aku nak cite pengalaman aku sendiri kat korang, terpulanglah korang nak teruskan bacaan atau tidak. Perkara ni berlaku 5 tahun yang lepas. Masa tu aku masih belajar dan sedia ada maklum kewangan sebagai pelajar memang mencabar kehidupan aku nak plak duduk di Shah Alam. Suatu hari aku dok melepak kat umah kawan aku bila sekor kucing terkinja-kinja lari dari kurungan dan masuk ke kawasan umah member aku ni. Masa tu hati aku terbuka terus nak amik bela kucing ni, hakikatnya aku sendiri tak reti nak bela kucing sgt. Owner dia bagi dengan girang hati maklumlah umah dah byk kucing sgt.

Masa aku amik kucing tu baru nak masuk umur 3 bulan dan keadaannya sgt menyedihkan byk kurap dan sakit mata. Meskipun ada sedikit keraguan tentang keupayaan kucing tu untuk hidup aku tetap berusaha menghabiskan duit loan aku dekat kucing tu. Aku masih ingat lagi time tu aku mmg takde duit dan makanan kucing dah habis, aku korek tabung dan pi tukar duit syiling tu kat kedai berdekatan..Vroom aku pi kedai haiwan kat Seksyen 9, beli peket 500gram untuk kucing aku bolehlah tahan untuk 2 minggu. Jadi dalam tempoh tu aku telan megi jerk lah :)

Sebelum ni aku selalu melalak dekat telefon bile result kuar, namun sejak aku bela kucing tu meskipun kehidupan aku sedikit serabai kerana nak balancekan segala2nya untuk dia dan pelajaran aku, tak tersangka result aku semakin baik. Malahan result sem akhir aku juga mencapai target dan aku grade on time dengan result yang boleh buat aku senyum2 kucing.

Kesimpulan dari cite pendek aku ni, rezeki Allah nak bagi selalunya datang dari sumber yang tidak kita sangka. Hendaklah kita berbuat baik dengan makhluk Allah yang lain kerana dunia ini kita kongsikan bersama-sama mereka. Janganlah menangis bila Allah menduga kita dengan pelbagai cabaran kerana Allah lebih tau apa yang lebih baik untuk kita di masa hadapan. Bila hati dan jiwa kita kuat, pintu rezeki sentiasa terbuka buat kita. Jangan lupa diri apabila dan senang,banyakkan bersedekah rezeki tu kan Allah yang beri jadi ianya bukan hak mutlak kita. Kongsikan lah dengan mereka yang layak. The more you give, the more you get :)

Blog Widget by LinkWithin