Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Misi Exam PTD

Kelmarin tengah aku dok leka godek2 sistem affiliate tetiba kakak aku call, ada surat dari SPA untuk exam PTD. Erm nampaknya ni panggilan ke dua setelah aku gagal dlm exam kali pertama.Alahai patutpun post tips cemerlang exam ptd aku dihujani dengan pelbagai soalan rupanya exam ptd datang lagi..kekek.Aku akan amik exam ptd ni pada 21hb di Seksyen 9 Shah Alam, kalau thn lps pusat peperiksaan aku di Damansara. Seharian aku disana..

Malam tadi aku mengeledah store mencari buku berwarna pink bertajuk “Malaysia Kita”, aku masih terbayang saat-saat aku mencari buku ni kat MPH Bukit Raja tahun lps..kekekek..tak susahpun nak beli buku ni kalau diikutkan buku ni boleh jadi best seller untuk bulan-bulan yang ada exam PTD.  So ramai gak yg dok tanya tips cemerlang exam PTD ni. kalau ikutkan aku sendiri tak berapa pasti dan takde sape yg boleh jawap kecuali org yg buat soklan tu. Sekadar ada tips2 yg mudah dan biasa kita dengar jerk sama ada kita aplikasikannya atau tidak.

Kalau ada yg membaca post terdahulu rata-rata memberikan komen yg membina tak kurang juga yg dah resah gulana kerana di himpit kata-kata soklan exam sume susah. Ya, bukan mudah nak jadi PTD especially bile kita tak berapa alert dengan maklumat terkini dan isu2 perlembagaan malaysia. Lebih sengal lagi kalau kita mmg jenis dok lepak dlm bilik asrama tgk DVD cite korea atau jepun masa belajar dulu..ataupun leka dok main games sambil makan jajan. Erk, aku plak tak tinggal di hostel mmg dok luar sepanjang pengajian IPTA tp at least aku tetap aktif skit dlm taekwando dan bowling..hahahah..

Lebih malang lagi kalau korang dok sibuk keje then langsung tak baca paper atau tgk berita. Yg korang tau balik keje pi keje. So, kalau korang mmg power aku rasa potensi tetap sama. Selagi ada ke inginan dan niat yang betul untuk menjawat jawatan PTD Allah akan tetap buka pintu rezeki. Betul tak?

Misi aku kali ni nak habiskan mentelaah buku Malaysia Kita (Insya-allah), korang sume sedia maklum tahap minat aku pada buku mmg jauh berbeza ngan org lain. Mungkin sbb aku terlalu geek pada internet jadi apa2 aku lebih suke pakcik google..kat exam nanti takde pakcik google..huhuh

Aku harap untuk lulus kali ni, meskipun tak berapa berharap sbb tahap pengetahuan aku dlm perlembagaan malaysia yg rendah, sejarah yg failed, math yg mmg lemah, BI jgn ckp lah..kekeke..Apapun selagi kita tak mengalah dan berusaha aku rasa aku dah “lulus” bab tu.

Esok aku akan ke Gerak Usahawan bersama beberapa rakan yang lain. Apa yg menarik? Akupun tak tau sebab ni 1st time aku pergi Gerak Usahawan. Dengan motto ” Belilah Barangan Malaysia” aku tidak akan membawa banyak wang saku besok. Aku ni bukan boleh sume kang aku nak..Kad Harimau pun wajib tinggal.

p.s- website flipping part 2 akan di tulis dlm masa beberapa hari lagi.Sorrylah aku busy minggu ni jadi nanny.

Blog Widget by LinkWithin