Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Pembayaran Affiliate Panduan Minisite

Salam Kengkawan dan Selamat Hari Raya,

Aku pulang ke shah alam pada petang Jumaat dan sampai ke rumah sekitar pukul 8 mlm. Buat pertama kalinya aku pulang dari beraya naik bas express. Serius bosan gile dan sakit kepala. Aku tak boleh mengadu pada keluarga kerana mereka akan mem booo aku kerana gatal nak balik naik bas. Yalah salah aku….

So hari ini setelah proses pengesahan pembayaran untuk agent affiliate Panduan Minisite selesai akupun dengan segera membuat pembayaran pada kawan2 yang sudi mempromosikan produk Panduan Minisite. Terima kasih juga kepada pembeli-pembeli dan setakat ini tidak ada sebarang aduan dari pelanggan. So, sila tepuk bahu sendiri..heheheh…Syabas.

So tepat pukul 3 pagi tadi sume pembayaran telah selesai dan aku harap bulan ini agent affiliate Panduan Minisite akan lebih bersemangat untuk mempromosikan produk ini. Ramai yg keliru tentang affiliate dan aku minta maaf sbb tak dapat nak terangkan secara terperinci. Yang pastinya sesiapa yg mempunyai skill marketing dan ingin memperolehi pasif income bolehlah mendaftarkan diri sebagai agent affiliate Panduan Minisite secara PERCUMA.

Dan dalam masa yang singkat ini juga aku telah membina blog utk panduan minisite dimana agent2 boleh mendapatkan maklumat terkini di blog tersebut.

Blog Panduan Minisite

So, tahniah sekali lagi kepada mereka yang mendapat “duit raya” dari affiliate Panduan Minisite. So, sesiapa yang masih ragu-ragu bolehlah acu, cuba, try, test..heheheheh

Pinggang aku dah sakit sbb dok atas kerusi ni dari tadi..so adios..

Affiliate Panduan Minisite Dibuka Sekarang!!!

Minggu ni aku sedikit busy memastikan sistem affiliate Panduan Minisite berjalan dengan betul dan tepat. Setelah hampir 2 minggu aku membuat testing dan troubleshooting akhirnya hari ni dengan rasminya aku membuka pendaftaran percuma untuk Affiliate Panduan Minisite ini kepada semua pembaca blog ini dan masyarakat Malaysia secara amnya.

Mungkin ramai yang masih confuse apa itu minisite? Antara contoh-contoh minisite ialah seperti:

Panduan Minisite

Panduan SEO

Untuk usahawan internet, minisite merupakan site jualan yang mempunyai peratus jualan tertinggi berbanding site jualan yang lain. Ini kerana minisite merupakan site yang digunakan untuk targeted product sahaja. Biasanya ianya lebih focus kepada main produk dan konsep minisite sememangnya mampu memberikan keuntungan yang lebih berganda.

Sebagai salah seorang yang terlibat dalam internet marketing, aku mmg sedang cuba menguasai kemahiran membina minisite dan membuat beberapa jualan ataupun mendapatkan subscriber dari minisite yang aku bina. Kalau tak silap aku ini kali pertama aku bercerita tentang internet marketing secara serius. Minisite hakikatnya lebih mudah untuk di bina berbanding website seperti portal..etc..Ini kerana website jualan adalah lebih focus kepada untuk menjual. Kalau korang nak repair tayar pancit tak kan pergi kedai mamak pulak kan. Kalau korang pergi kedai mamak tu namanya tak pose.

Panduan Minisite ni dalam bentuk download tp kalau ada yang mahukan versi DVD sekali kerana fail sgt besar dan internet korang sgt “laju” bolehlah tambah sedikit kos utk penghantaran so nanti aku poskan DVD tu kerumah korang. Buat masa skang biasanya mmg tiap2 hari aku kuar pi post DVD ni, jadi korang jangan risau aku tak kumpul order terus send on time.

Kepada mereka yang ingin mempromosikan affiliate Panduan Minisite ni bolehlah register di sini:

Affiliate Panduan Minisite

Komisyen untuk satu jualan adalah sebanyak RM18, pada aku agak berbaloi kerana korang hanya register percuma sahaja dan letakkan banner panduan minisite di blog atau website korang. Takpun gunakanlah apa2 skill marketing yang korang ada.  Contoh banner seperti dibawah post ni, aku tgk ramai yg nak buat affiliate ni masih keliru bagaimana sistem ni dijalankan. Untuk peringkat awal kalian hanya perlu tahu 90% affiliate di malaysia boleh korang daftar secara percuma tiada yuran keahlian. Then setiap bulan pembayaran akan dibuat berdasarkan jumlah jualan. Kalau affiliate panduan minisite ni, pembayaran menggunakan online banking ke bank maybank atau cimb. Kalau korang ada bank lain tu tetap aku layan tp 2 bank ni mmg lebih mudah untuk ke dua dua belah pihak.

Actually aku mungkin akan released beberapa produk percuma untuk sesiapa yang berminat untuk mendalami dunia internet marketing. Ok, aku sedar aku bukanlah otai yg buat ribu2 sebulan but aku lebih tahu dimana kedudukan aku setelah 2 tahun dalam bidang internet marketing ini.

Bagi sesiapa yang inginkan webjualan seperti minisite ni silalah hubungi aku untuk mendapatkan servis tersebut. Ramai yang tanya tentang copywriting, Yup..aku juga provide perkhidmatan copywriting versi Bahasa. Apa itu copywriting insya-allah nanti aku akan kongsikannya disini. Jadi disini sedikit kehidupan aku sebagai seorang internet marketer terbongkar. Bukan mahu menonjol tetapi aku mahu telus kepada pembaca blog ini. Kalau ada apa2 pertanyaan tentang minisite atau perniagaan internet boleh send email ke admin[at]panduanminisites.com. Aku sedia membantu jika mood aku ok pada waktu itu.

Ramadhan dan Rezeki

Malam tadi aku sampai Shah Alam dalam pukul 7.00pm, aku nak bas dari Machang pukul 10 am. Serius penat gile but hati aku sedikit berat untuk meninggalkan Kelantan..Adakah sebab aku sudah jatuh cinta dengan seseorang disana? Erm, mungkin..

Actually takde plak aku jumpa mana2 mamat yang berkenan dihati, mungkin sbb masalah bahasa buat aku malas nak berinteraksi. Hehehehe, actually target aku kesana bukan nak cari calon laki cuma nak clearkan sikit minda dan mencari ketenangan di kawasan kampung. Memandangkan di rumah parent aku skang ada pakcik dan makcik yg menemani nenek yang sedang tenat. Mungkin kalian pelik kenapa aku tidak meringankan beban parent aku disaat ini. Sebenarnya, parent aku lebih prefer aku ke Kelantan mencari ketenangan fikiran dan juga merehatkan minda. Belajar adab dan adat negeri orang lain. Jika aku pulang ke kampung, tak byk yg dpt aku lakukan melainkan sibuk membantu makcik, pakcik aku yg sedia ada uzur juga. Pastinya aku tak punya byk masa merehatkan minda malah mungkin boleh menyebabkan kecelaruan fikiran.

Petang semlm setibanya aku menjejakkan kaki pulang ke rumah sewa. Perkara pertama aku buat ialah on computer dan surf blog ni. Thanks pada kengkawan yang mendoakan keselamatan aku dan meninggalkan komen disini. Serius aku ketakutan semasa pulang semlm, pemandu berjiwa muda dr SKMK mmg membuatkan aku memikirkan soal kematian..

Ramadhan di bumi Machang, mengingatkan aku zaman-zaman yg telah berlalu. Selama 4 hari 3 malam disana aku belajar loghat Kelantan dan byk juga pengetahuan tentang adab dan adat yang aku pelajari dari keluarga rakan serumah aku. Mereka menggunakan air bukit dan perigi sebagai sumber air dan hanya membayar RM2. Wah..Bunyinya menarik tp kalian patut bersyukur kerana punya jabatan bekalan air. Rancangan Televisyen hanya ada TV1, TV2 dan TV3. Argh, aku mahu animax, mahu internet, mahu McD,KFC…Argh….Sengal..Aku ingat semula niat ke Kelantan..Mahu mengosongkan minda dan mengemaskinikan strategi hidup..Jadi lupakan segala apa yang aku mahu. Mak juga pesan, jaga perangai di rumah orang. Jgn susahkan orang disana..

Aku pergi ke pasar Senin (Isnin) membeli cenderamata untuk kawan2 dan keluarga. Hari pertama puasa aku di serang sakit perut. Badan aku lemah terasa seperti mahu berbuka, tp aku gagahkan juga. Hari pertama aku berjaya. Alhamdulillah.

Dari malam tadi hingga ke pagi ini aku belum tidur selepas pulang dari Kelantan. Actually, aku begitu gembira kerana dibulan indah ini bukan sahaja kita mudah mendapatkan pahala malahan pintu rezeki juga terbuka luas. Jika kalian perasan banner dibhgn atas blog aku ini merupakan salah satu sumber pendapatan dari blog. Untuk bulan ini aku mendapat payment kali pertama dari program tersebut. At least blog melayu ini juga mampu membuat duit dari program antarabangsa. Bukti? Oklah..ini buktinya..Tak byk tp bolehlah aku buat duit beli domain dan hosting lagi.

So, $16.39 bersamaan lebih kurang RM50. So, jika org bujang yang merempit seperti aku ni dan selalu lepak dirumah jerk mungkin RM50 tu cukup untuk makan 5 hari. Program ini membuat bayaran menggunakan paypal dan pembayaran dibuat sebulan sekali.

Then, thanks untuk mereka yang telah mengorder panduan minisite. Insya-allah hari ni aku akan htr DVD tersebut pada pembeli. So, kengkawan..sesiapa yang ingin mendalami ilmu pemasaran online silalah dptkan DVD panduan minisite ini pada harga yang mampu dimiliki. Erm, aku nak tido sekejap..Hakikatnya memang penat gile perjalanan ke Kelantan ni..Tp thanks aku dpt learn byk benda baru.. Best2..

Blog Widget by LinkWithin