By
catzer on Wednesday, September 3rd, 2008 |
20 Comments
Malam tadi aku sampai Shah Alam dalam pukul 7.00pm, aku nak bas dari Machang pukul 10 am. Serius penat gile but hati aku sedikit berat untuk meninggalkan Kelantan..Adakah sebab aku sudah jatuh cinta dengan seseorang disana? Erm, mungkin..
Actually takde plak aku jumpa mana2 mamat yang berkenan dihati, mungkin sbb masalah bahasa buat aku malas nak berinteraksi. Hehehehe, actually target aku kesana bukan nak cari calon laki cuma nak clearkan sikit minda dan mencari ketenangan di kawasan kampung. Memandangkan di rumah parent aku skang ada pakcik dan makcik yg menemani nenek yang sedang tenat. Mungkin kalian pelik kenapa aku tidak meringankan beban parent aku disaat ini. Sebenarnya, parent aku lebih prefer aku ke Kelantan mencari ketenangan fikiran dan juga merehatkan minda. Belajar adab dan adat negeri orang lain. Jika aku pulang ke kampung, tak byk yg dpt aku lakukan melainkan sibuk membantu makcik, pakcik aku yg sedia ada uzur juga. Pastinya aku tak punya byk masa merehatkan minda malah mungkin boleh menyebabkan kecelaruan fikiran.
Petang semlm setibanya aku menjejakkan kaki pulang ke rumah sewa. Perkara pertama aku buat ialah on computer dan surf blog ni. Thanks pada kengkawan yang mendoakan keselamatan aku dan meninggalkan komen disini. Serius aku ketakutan semasa pulang semlm, pemandu berjiwa muda dr SKMK mmg membuatkan aku memikirkan soal kematian..
Ramadhan di bumi Machang, mengingatkan aku zaman-zaman yg telah berlalu. Selama 4 hari 3 malam disana aku belajar loghat Kelantan dan byk juga pengetahuan tentang adab dan adat yang aku pelajari dari keluarga rakan serumah aku. Mereka menggunakan air bukit dan perigi sebagai sumber air dan hanya membayar RM2. Wah..Bunyinya menarik tp kalian patut bersyukur kerana punya jabatan bekalan air. Rancangan Televisyen hanya ada TV1, TV2 dan TV3. Argh, aku mahu animax, mahu internet, mahu McD,KFC…Argh….Sengal..Aku ingat semula niat ke Kelantan..Mahu mengosongkan minda dan mengemaskinikan strategi hidup..Jadi lupakan segala apa yang aku mahu. Mak juga pesan, jaga perangai di rumah orang. Jgn susahkan orang disana..
Aku pergi ke pasar Senin (Isnin) membeli cenderamata untuk kawan2 dan keluarga. Hari pertama puasa aku di serang sakit perut. Badan aku lemah terasa seperti mahu berbuka, tp aku gagahkan juga. Hari pertama aku berjaya. Alhamdulillah.
Dari malam tadi hingga ke pagi ini aku belum tidur selepas pulang dari Kelantan. Actually, aku begitu gembira kerana dibulan indah ini bukan sahaja kita mudah mendapatkan pahala malahan pintu rezeki juga terbuka luas. Jika kalian perasan banner dibhgn atas blog aku ini merupakan salah satu sumber pendapatan dari blog. Untuk bulan ini aku mendapat payment kali pertama dari program tersebut. At least blog melayu ini juga mampu membuat duit dari program antarabangsa. Bukti? Oklah..ini buktinya..Tak byk tp bolehlah aku buat duit beli domain dan hosting lagi.

So, $16.39 bersamaan lebih kurang RM50. So, jika org bujang yang merempit seperti aku ni dan selalu lepak dirumah jerk mungkin RM50 tu cukup untuk makan 5 hari. Program ini membuat bayaran menggunakan paypal dan pembayaran dibuat sebulan sekali.
Then, thanks untuk mereka yang telah mengorder panduan minisite. Insya-allah hari ni aku akan htr DVD tersebut pada pembeli. So, kengkawan..sesiapa yang ingin mendalami ilmu pemasaran online silalah dptkan DVD panduan minisite ini pada harga yang mampu dimiliki. Erm, aku nak tido sekejap..Hakikatnya memang penat gile perjalanan ke Kelantan ni..Tp thanks aku dpt learn byk benda baru.. Best2..