Semalam aktiviti pertama geng IEM selesai, meskipun yang hadir hanya 6 org tp aku bersyukur matlamat Mini Makan-Makan Geng IEM tercapai. Iaitu nak bertemu dengan geng-geng IEM sambil makan2 kat food court KL Sentral. Meskipun aku sedikit kecewa dengan sikap beberapa geng IEM yang hanya akan datang sekiranya majlis ini menjemput otai-otai tp aku tak kisah sgtpun sebenarnya. Kerana aku mempunyai visi yang lebih tulus bersama IEM, keutamaan aku ialah ahli IEM sendiri tidak kira mereka otai, newbie, peniaga, pelajar atau bekerja sendiri.
Antara mereka yang hadir ialah:
1. Amirul Faisyal – Pakar SEM
2. Zamri Mohamad – Penulis 10 Buah Buku
3. Kodin – Budak baru grad tp dah mantap gile ada bisnes dan opis sendiri ni!
4. Sham – Pencari Duit Online Yang Malu2 meow
5. Fatin – Budak Mechy UiTM, Junior Enginnering aku Yang minat gile bisnes
Kepada adar aku fhm kesibukan ko dengan baby yg comei lote tu..Then beberapa orang lagi yg tak dpt hadirkan diri disaat2 akhir.
Insya-allah aktiviti mini makan-makan bersama geng IEM akan menjadi aktiviti bulanan untuk komuniti IEM. Makan-makan bukan di hotel pun, kami melantak di food court KL sentral sahaja. So sesiapapun mampu membayar kurang RM10 untuk mkn. Tiket Komuter aku dr Shah Alam pergi balik RM5 sahaja. So total aku spend hanya RM15, jadi sesiapa yg bg alasan takde duit sbb ekonomi down agak kureng berkesan kepada aku.
Apa yg kami bualkan selepas menelan menu mknn dan minuman masing:-
1. Pendedahan pengalaman perniagaan yang pernah di pelopori atau sedang dipelopori oleh 6 org ini (termasuk aku)
2. Pembentangan idea bernas untuk menambah baik komuniti IEM.
3. Luahan pahit manis di tipu oleh program-program atau ketidakpuasan hati dengan pemasaran internet. Untuk berjaya kita kena tahu punca kegagalan.
4. Perkongsian pintar antara mereka2 yg dtg. Termasuk berkongsi mknn yang dibeli oleh Fatin (2nd round)
Insyaallah aku akan berusaha untuk menambah baik komuniti IEM, thanks pada kengkawan yg dtg dan memberikan feedback.
Segala maklumat ttg mini makan2 disini:













Oh..Oreo Spill
Last post dibuat pada beberapa hari lps, adei..Sakit pinggang aku skang ni kena tukar kerusi baru kot baru best..Erm apa plak aku cite pasal Oreo ni. Kekeke, aku merupakan jaguh mkn biskut oreo lebih-lebih lagi bile mkn ngan ice cream mcD aka Mac Flurry. Sebenarnya masa aku belajar dulu, erm kat Uitm Jengka family aku kalau melawat jerk mesti belikan aku biskut ni. Adakah muka aku masa tu sinonim dgn color biskut oreo ni. Bile aku tanya mak aku dia pura-pura lupa..Dia ckp takderlah, mak beli biskut dlm tin tu jerk oreo tu sebenarnya untuk anak sedara aku tp mak aku selalu lupe nak amik keluar masa bg plastik beg tu kat aku..Yer jerk mak aku gebang aku..Boleh caya ke?
Pagi tadi aku ada meeting yg dipaksa pergi. Meeting CTFA di hotel singgahsana PJ,argh hotel yg sama dimana mknn yg tidak sedap untuk aku telan. Pada aku takde pengisian pun sbb mungkin minded aku bukan ke arah itu. Lebih-lebih lagi aku terpaksa..Erm latest info pasal ubat gigi diwajibkan 300mg Florin sahaja dlm setiap tiub, erm..Setiap barangan sun screen diwajibkan label “Jangan duduk terlalu lama di bawah sinaran cahaya matahari”, then isu halal..etc..aiyak ngantuk..sib baik aku sengaja datang lewat.
Balik dr meeting aku terus tido dan bgn pukul 5, superb lama. Maklumlah tinggal bersama fify dirumah buat aku mengantuk. Mahu rempit kesana sini sudah malas. Erm baru-baru ini aku terasa sakit dibelakang, patutpun rupanya ramai sungguh kawan-kawan aku tikam aku dr belakang..Siap kalian aku akan balas..Ya balas..Lantaklah korang nak cakap aku kejam..Yup aku mmg kejam setelah suap korang mcm-mcm then bile korang dah senang tinggalkan aku sorang. (Itupun kalau aku ingat lah utk balas balik tp sedia ada aku ni mmg pelupa).
Adei marah2 ni buat aku sakit belakang lagi, adei patutpun si fify ni dok cakar-cakar aku plak, nak kena lempang sungguh budak berbulu tu. Aku rasa mungkin dia nak pujuk aku tp dgn cara yg salah..Jadi, ajarlah kucing anda memujuk dgn cara yg betul.
Sebenarnya process transfer hosting aku ni dah hampir sebulan tertangguh, actually minggu lps sepatutnya process ni dilakukan tp aku sibuk siapkan satu site utk Lakaran Seni. Pemiliknya seorang kawan kepada kawan, so mouth marketing mmg berkesan kan..Moh gunakan mouth korang semua utk promote servis aku..Lekas sebarkan kuasa mulut korang, tp sebelum tu kunyahlah chewing gum dulu..Kang kuasa mulut busuk azwan plak.
Ramai yg tanya camne nak beli hosting dan domain, adei berapa juta kali aku ckp moh beli kat aku..kekeke…korang ni dgn kengkawan pun kedekut nak laburkan duit. Supportlah kengkawan mau cari mkn ni. Huh, aku tahu korang sgt suke benda free kan, ngaku jerklah kalau kat tesco/giant ada mknn/minuman free tu koranglah yg sangap tunggu. So nak domain free tak? Dah pi main jauh2 dr blog aku ni pi kat site ni..www.co.cc buatlah sejuta domain pun..tp semua extension dot cc..kah kah kah..cc stand for cyber cafe kot…
Adei skangpun aku tgh telan biskut oreo..nyum nyum nyum..kan best kalau ada perkhidmatan delivery mknn sampai subuh..aku nak nasi putih, ikan goreng pedas, kangkung masak belacan dan kerabu mangga..Adei…beranganlah aku dipagi hari.Sambil aku kunyah oreo ni sambil aku bygkan mknn yg sedap tu.