
Minggu lps aku drive ke JB untuk kenduri kawen Aidah, classmate semasa Diploma Sains di UiTM Jengka dan juga roomate semasa degree di UiTM Shah Alam. So, seperti biasa aku membawa kamera ke majlis-majlis sebegini. Erm, nampak cool bukan memegang DLSR dan menembak sesuke hati. Perjalanan yg agak jauh tu buat aku pitam satu hari semlm, totally bateri aku direcharge. So, semlm wayer minta nak tgk picture dan dia juga sudah terkena badi DLSR, argh..sgt teransang bile memegang body dlsr ni, habis kamera aku di “rogol” nya..sudeilah wayer..buat2 simpan kamera aku tu…Cukup2lah ko nodai dia..
Still ingat pasal post sebelum ni,Webmaster,blogger,engineer or whatever.Ramai punya pandangan masing-masing, thanks pada kengkawan yg tak pernah berhenti memberikan sesuatu yg aku panggil suntikan marijuana.kekekek..Oklah ramai yg confuse keadaan aku yg sebenar. I’m a blogger, so if ayat “blogger” ni tertera pada pekerjaan sekarang pada ruang current job kalian rasa bagaimana muke orang HR department? Terlalu cool menjadi blogger di Malaysia, tetapi jika aku berada di Canada, USA atau Europe “blogger” merupakan pekerjaan yg diiktiraf. Superb Cool bukan? So, jika masyarakat masih kaku dan tidak mahu menerima blogger sebagai pemangkin ekonomi negara itu bukan masalah “blogger” itu masalah minded yg susah nak aku toreh dr kepala mereka. Jadi, parent aku yg sedia maklum keadaan ini hanya tersenyum utk menyebut ayat “blogger” pada org-org kampung..”blogger” siapa itu “blogger” majistret, lawyer, ahli music..”alah, yg dok tulis macam-macam kat internet tu, yg kena tangkap ngan polis tu..aiyak..” So, luckily parent aku tak gunakan ayat “blogger” sewenang-wenangnya takut aku di tangkap polis pula..Honestly, parent aku cuma nak aku coverline job ni dgn job lain supaya senang nak cite. Aku tahu ramai sedara mara yg pelik juga, bagaimana dr belajae engineer aku dah lari ke field yg berbeza. Erm, semua ni rezeki Allah nak bagi..
Setakat ini aku tidak bincang apa-apa lagi ttg pekerjaan tetap ngan parent aku. Biarlah dulu, ada benda aku mahu tunjuk bile mereka datang ke sini nanti.Especially untuk hari istimewa seorang bonda. Sebelum ni aku tidak berkesempatan kerana sibuk dgn paksue. Erm, sebut pasal dia, 10hb yg lepas birthday dia yg ke 16. Sudah besar paksue rupanya tp masih pakai pampers…hahahaha..Dia gelak bile kami kutuk pasal pampers. Skang paksue dah boleh suap mknn ke mulut sendiri, mampu type sms pada kami..Tp jika dia bertutur, haram aku tak faham. So, sms lebih senang. Hadiah yg dia minta hanyalah “Nanti, adik top up kan hphone paksue erk? RM10 pun boleh”..Hahahaha, paksue mmg ROCK. Tadi aku top up kan RM20, dia bukan boleh top up byk2, mak aku ckp dia selalu phone celcom centre kacau mereka buat keje..Aiyak, dulu dia dial polis,bomba..kakakakaka…Mmg kacau adik aku ni..Dia bosan..tiada kawan..
Sepanjang aku menjadi seorang blogger, even selalu sengkek gak tp aku dpt rasakan aliran kegembiraan dalam darah seorang blogger ni buat aku mampu tersenyum hari-hari. Indah bukan menjadi blogger, aku plan nak paksa paksue jadi blogger gak lah..kekekeke..Tunggu tgn dia full function nanti, aku pasti dia akan menulis sebaiknya. Blogger bukanlah bermakna mengabdikan diri pada blog semata-mata..tp menulis dari kacamata yg berbeza berkongsi ideologi yg boleh dibaca oleh insan lain. Aku bukanlah penulis yg baik tp aku suke berborak..Talkative..
Menggunakan “aku” membuatkan satu perasaan personal touch yg jarang diperolehi dgn “saya”. So mari kita ber”aku”.
Ops, ada satu soklan utk mereka2 ygg bujang hatta sudah berpunya. Jika mahu berkahwin, apakah istilah bersedia.Serius mau tahu. Hantaran berapa byk yg kalian sanggup byr utk bersama sidia..Uikh..ini soklan general..Aku bukan mau kawen lagi, sekadar tersenyum memikirkan nasib seorang perempuan spt aku.












Webmaster = “Top Commentator”
Erm, vangardx dah lama cite pasal nak buat competition top commentator ni. Erm, salah satu cara utk mengalirkan traffic pada kelajuan maksimum adalah dgn membuat contest di blog. Dgn pelbagai hadiah yg menarik tu, aku pasti bandwitdh dia akan out lagi. Tp dgn bantuan planhoster aku rasa masalah bandwidth tu akan selesai dgn segera.
Dulu aku rajin juga meninggalkan komen pada blog milik beberapa org rakan spt mael. Namun dgn kewujudan top commentator aku semakin menjauh dr blog2 tertentu. Jika kalian perasan tiada top kaki komen dlm blog ini, kerana aku lebih suke menggunakan plugin commentluv dimana latest post pengomen tertera tanpa aku perlu ke blog kalian. Mudah bukan?
Namun, skang sudah sinonim top commentator sentiasa di cari dimana2 blogpun. Aku mahu mencari sesuatu juga dr kalian semua tp bukan sebagai top commentator. Aku ingin temui ketulusan hati kalian dtg melawat blog ini meskipun tiada apa yg dpt aku beri. :p Tidak semua visitor akan dtg hanya kerana top commentator bukan? sebab setiap blog ada sesuatu kelainan kerana manusia itu mmg beda..sgt berbeda..lahirpun ber bin kan nama yg tidak sama.
Goodluck pada kawan2 yg bakal menang di blog vangardx nanti. Aku suke melihat kemenangan meskipun aku sendiri tidak faham apa ertinya. kalian pasti rugi jika tidak terselit nama dlm pertandingan tersebut. :)