Erm ok aku bukan nak main teng teng hari ini tp bulan ni hampir 90% target dicapai sama ada dengan jayanya atau kurang berjaya..hehe..apapun apabila kita gagal tu maksudnya kita bersedia untuk melompat lebih tinggi..toing toing.
Hari ni birthday some one yang penting dalam hidup aku, selamat hari lahir buat dia dan semoga dia akan berbahagia selalu tidak kira dimana dan dengan siapa. Walaupun aku ni jenis yang “blur” namun aku tetap ingat birthday dia. hehehe..Makan kek nanti ingatlah aku..
Sebenarnya ada beberapa perkara yang kadang kala buat kita fikir sama ada nak lepaskan atau tidak. Contohnya ramai yang bertanyakan pasal kenapa aku stop bengkel wordpress di kawasan Selangor/KL. Area dimana piranha-piranha berada, dan jawapan aku senang jerk..Sebenarnya bengkel wordpress ni niat aku nak membantu rakan-rakan niaga yang lain dan hakikatnya aku sendiri pun ada kehidupan blogging sendiri yang perlu aku berikan perhatian. Hatta wordpress dah kuar 2.8 ni pun aku tak sempat nak mengodek lagi. So, aku akan explore race lagi WordPress dan Insya-Allah jika berpeluang aku akan buat bengkel wordpress yang lebih web 2.0..hahaha
Bulan Jun ni byk dugaan menimpa aku dan sama rata dengan nikmat lain yang Allah berikan, dalam diam tak diam aku berjaya tempuhi nya meskipun ada perasaan sebak dan hiba yang masih tertinggal. Ya, Allah menduga umatnya itulah tanda kasih-Nya..Jadi aku panjatkan doa semoga aku menjadi seorang yang lebih tabah dan iman aku semakin teguh..Insya-Allah.
Aku suka bulan Jun sbb ianya pertengahan tahun yang memberikan aku ruang untuk berdiskusi dengan diri aku sendiri. Menilai semula segala aktiviti yang aku lakukan dan merombak semula mengikut keperluan 6 bulan akan datang. Maklumlah aku ni kan market local jerk mcm ada salah seorang “otai IM” melabelkan aku. Aku tersenyum lebar apabila “otai IM” ni membuat spekulasi sendiri dan terima kasih kerana kecetekan pengalaman dan pengetahuan dia menjadi kan aku tergelak sepanjang hari itu. Mungkin dia sudah “market” kan diri ke peringkat antarabangsa..Ya..Tahniah..
Pada aku dimana juga kita mencari rezeki tidak kisah banyak atau sikit yang penting ialah sumber tersebut halal dan berkat. Takde isu siapa yg terbaik atau terkaya yg penting..kalau ada rezeki tu pepandailah nak byr zakat nanti.






