Beberapa hari lepas aku merayap ke SACC, Bukit Tinggi dan Bukit Raja..bukan dalam satu hari tapi dalam satu minggu yang sama. Sebagai orang yg selalu menghabiskan masa di rumah kadang kala aku perlu keluar untuk melihat dunia luar juga. Ya, melihat anak gadis orang..ops..aku bukan stalker tapi memandangkan kapasiti yang berstatus gadis memang tinggi di Malaysia even aku berharap dipertemukan mata aku ini dengan jejaka yang sedap mata memandang namun hampa..sadis tul..
Sebenarnya niat aku merayap bukanlah nak cuci2 mata pun tapi pi mamam dengan kawan-kawan dan tengok wayang. Back to title, gadis melayu lebih comei kalau…erm aku tersenyum sendiri bila aku ingat sepanjang pemerhatian aku ada pelbagai gaya dan perangai yang boleh buat aku tertanya berapakah umur gadis2 itu? Adakah kerana aku kategori senior jadi soklan tu terpancul keluar? Oh, tidak..sebenarnya ianya tercetus dari serebrum aku ni kerana gaya dan tingkah laku yang mcm comei tp bila berckp masya-Allah hilang kecomeilan tu.
Jadi jika korang ada adik, anak sedara, sepupu,anak dan seangkatan dengannya berjantina perempuan. Adakah mereka lebih comei jika:
1. Berjalan sopan santun dan tersenyum
2. Memakai baju kurung semasa hari raya atau baju kurung sekolah
3. Muka touch up skit-skit tapi berseri
4. Mempunyai adab sopan yang tinggi dan menghormati orang lain
5. Menjaga sikap dan tutur kata tidak kira di mana sahaja
6. Duduk dirumah sambil main PSP,PS3 atau melayari internet
7. Duduk di dapur dan memasak lauk kegemaran korang
8. Bergayut di telefon sampai telinga merah
9. Membonceng bersama mat rempit
Ada 100 senarai yang boleh aku buat tapi istilah comei ni rasanya kaum lelaki lebih arif. Sebenarnya korang patut arif juga mengapa pompuan suke bile dikatakan comei:
1. Terasa mcm “sweet” sangat, ala ala baby lah..
2. Terasa mcm dunia ni “ana” yang punya
3. Terasa seperti dihargai
4. Terasa mcm bagus gile
5. Terasa mcm ada isu-isu bodek tapi ok jerk lah..
Banyak sebab korang patut “bodek” adik pompuan, mak , isteri korang dengan istilah comei ni.Aku suke gunakan istilah ini pada kucing aku dan anak sedara..Kalau dengan kucing erm sbb fify tu mmg comei,100k aku sebut pun takde faedahnya pada aku. Tp jika pada anak sedara..huh..adalah permintaan yang menyebabkan mereka buat muke toyei..Bagi unsur-unsur bodek aku rasa beberapa ayat mengoptimasikan keyword comei ni membolehkan korang dapat apa yg korang nak..So..pada korang gadis melayu lebih comei kalau….(reply kat comment)






