Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Mini Makan-Makan Geng IEM

Semalam aktiviti pertama geng IEM selesai, meskipun yang hadir hanya 6 org tp aku bersyukur matlamat Mini Makan-Makan Geng IEM tercapai. Iaitu nak bertemu dengan geng-geng IEM sambil makan2 kat food court KL Sentral. Meskipun aku sedikit kecewa dengan sikap beberapa geng IEM yang hanya akan datang sekiranya majlis ini menjemput otai-otai tp aku tak kisah sgtpun sebenarnya. Kerana aku mempunyai visi yang lebih tulus bersama IEM, keutamaan aku ialah ahli IEM sendiri tidak kira mereka otai, newbie, peniaga, pelajar atau bekerja sendiri.

Antara mereka yang hadir ialah:

1. Amirul Faisyal – Pakar SEM

2. Zamri Mohamad – Penulis 10 Buah Buku

3. Kodin – Budak baru grad tp dah mantap gile ada bisnes dan opis sendiri ni!

4. Sham – Pencari Duit Online Yang Malu2 meow

5. Fatin – Budak Mechy UiTM, Junior Enginnering aku Yang minat gile bisnes

Kepada adar aku fhm kesibukan ko dengan baby yg comei lote tu..Then beberapa orang lagi yg tak dpt hadirkan diri disaat2 akhir.

Insya-allah aktiviti mini makan-makan bersama geng IEM akan menjadi aktiviti bulanan untuk komuniti IEM. Makan-makan bukan di hotel pun, kami melantak di food court KL sentral sahaja. So sesiapapun mampu membayar kurang RM10 untuk mkn. Tiket Komuter aku dr Shah Alam pergi balik RM5 sahaja. So total aku spend hanya RM15, jadi sesiapa yg bg alasan takde duit sbb ekonomi down agak kureng berkesan kepada aku.

Apa yg kami bualkan selepas menelan menu mknn dan minuman masing:-

1. Pendedahan pengalaman perniagaan yang pernah di pelopori atau sedang dipelopori oleh 6 org ini (termasuk aku)

2. Pembentangan idea bernas untuk menambah baik komuniti IEM.

3. Luahan pahit manis di tipu oleh program-program atau ketidakpuasan hati dengan pemasaran internet. Untuk berjaya kita kena tahu punca kegagalan.

4. Perkongsian pintar antara mereka2 yg dtg. Termasuk berkongsi mknn yang dibeli oleh Fatin (2nd round)

Insyaallah aku akan berusaha untuk menambah baik komuniti IEM, thanks pada kengkawan yg dtg dan memberikan feedback.

Segala maklumat ttg mini makan2 disini:

Mini Makan-Makan Geng IEM

I’m sorry, I Quit

Sorry sbb menghilang agak lama dalam dunia blogging ni. Actually aku agak sibuk menguruskan persediaan utk kursus jangka pendek selama setahun. Start 13hb hari tu aku officially busy dengan kursus jangka pendek ni jadi sorry kengkawan jika tiada lagi kelibat aku dlm dunia internet marketing, forum, blogging, gathering dan apa-apa sahaja yang related dengan kehidupan maya aku. Aku akan cuba berblog spt biasa tetapi mungkin tak byk cerita spt dulu..mungkin lebih kepada teknikal sbb aku rasa aku patut share ilmu yg aku ada takut nanti lama2 aku lupa plak..so boleh aku rujuk blog sendiri.

Terima kasih pada mereka yg tidak jelek menyokong aku sepanjang blog ini wujud dan pada rakan-rakan IM yang sudi terlibat memeriahkan projek terbaru aku iaitu IEM Social Networking. Tujuan utama aku mewujudkan site tersebut adalah untuk memudahkan aku mencari rakan2 IM ni balik bile aku kembali semula nanti..(Even mungkin aku akan berada di field yg lain IM tetap di dalam hati). Aku akan memperlahankan aktiviti aku demi memberikan byk ruang pada kursus tersebut. Korang still akan nampak aku post benda yg bukan2 disini so jgn lari mana2..Im a blogger yg sengal.

Sekali lagi “Arigato Gozaimasu” ..aku tak mampu nak janjikan apa2 pada korang but yg aku pasti even aku tak kembali sebagai internet marketer tp aku akan kekal sebagai seorang blogger. Aku rindu nak baca komen-komen korang. Before aku betul2 focus dengan kursus tersebut aku akan cuba released mana2 plan aku mcm report percuma dan sebagainya. Aku tak mo simpan lama2 dlm hard disk aku ni. Aku harap selepas aku habis kursus tersebut aku akan kembali sebagai seorang yg lebih baik physical dan mental. Ops, ni takde kaitan dengan PTD tau aku yg pi applied sendiri kursus ni dan berbyr.Aku berhijrah dari keadaan sekarang ke arah yg lebih baik..Insya-allah..doakan aku tau.

Sabtu ni birthday Wayer, rakan sebilik aku dan sahabat sejak 8 thn lps. Hari ni kami serumah plan nak pi tgk wayang di KLCC pukul 9pm. Kawan-kawan bahagiakanlah mereka yg dekat dengan kamu, berikanlah mereka kebahagiaan sebagai seorang sahabat, adik, abg, kakak, mak dan abah..kekasih…etc..

Tag dan IEM

sorry sbb aku lambat balas tag ni..memandangkan aku rush utk kuar jap lagi aku tak dapatlah nak merapu2 disini. so, meh baca tag utk aku kali ini.

1. Berapa pasang baju raya aku tahun ni dan apa pulak warnanya?:?:

Ada sehelai sahaja dan warna mcm merah tp mcm pink gak..so di bawah ni pic aku di pagi raya

2.Apakah Makanan Tradisional Raya Kegemaran aku?:?:

Ketupat palas dan rendang daging

3. Apakah biskut Raya kegemaran aku:!:
Honestly aku tak sume makan biskut raya..tp sbb dah tanya..erm..mungkin biskut conflakes cokelat..

4.Berapa banyak duit Raya aku dapat tahun ni dan Berapa pulak aku spend?:!:

Duit raya aku dpt thn ni sikit jerk RM50, sbb kekekek..adalah…Berapa aku spend? RM200 jerk kot.

5. Aktiviti Malam Raya Aku?:eek:

Malam raya ada keluarga pakcik aku datang lawat nenek..but before tu aku merayap ke bazaar ramadhan pi beli selipar utk abg aku. Lps family pakcik aku balik. Aku dok layan kucing..

6. Mangsa Tag Hari Raya ini jatuh kepada…..Tiada sesiapa..hehehehe

Minggu ni aku berusaha keras mempromosikan sosial site untuk Internet Marketer Malaysia.Aku harap usaha murni aku untuk mewujudkan ruang sama rata kehidupan sebagai internet marketer ini akan mendapat sambutan dan sokongan dari rakan-rakan internet marketer. Sesiapa yang mempunyai minda seorang internet marketer bolehlah join disini.

Internet Entrepreneur Malaysia

Ketika post ini ditulis sudah ada 100 org members dan tahniah buat semua kerana menjadi sebahagian daripada keluarga sosial site ni..

Investment Dunia Akhirat

Hi again and again..

Sorry sbb lama tak updated blog ni lps aku pulang dr gath hari tu. Actually aku agak busy dan tak dpt online kerap kerana kesibukan dengan beberapa agenda pertengahan tahun. Jadi aku buat post kali ni utk membalas tag pada bekas engineer ni.

My 6 Best Investments

Actually aku tak invest apa2 pun..percaya atau tidak itu terpulang..i got no car, no home, no new hphone tp yes a new laptop..

1. Laptop Dell Vostro 1400

Laptop ni dibeli disebabkan oleh laptop lama sudei terlalu tenat..dr segi performance laptop lama mmg power but body dah pecah sana sini..Jadi a new laptop perlu menjadi pengganti untuk travel kemana2. Ianya merupakan investment paling penting jika mahu menjadi internet marketer..

2. Camera DLSR – Nikon

Ok, camera ini tidak menghasilkan sebarang pendapatan tp kepuasan..Ya, puas bile melihat hasil tembakan dr DLSR. Tp camera compact aku tetap usung selalu..Nikon Coolpix 5900 yg aku beli 4 thn lps tak silap aku..still power..power rangers warna biru lagi tu.

3. Insurance

Erm memandangkan aku bekerja sendiri dan takde socso atau epf jadi insurance merupakan medium terpenting utk menjaga hal ehwal aku semasa sakit dan tua nanti..jadi WAJIB ada.

4. Fify dan Emil

Percaya atau tidak..Fify dan Emil merupakan investment paling penting dlm hidup aku..Ya Saham Akhirat. Kucing dan kura2..

5. Sijil Premium BSN

Erm even tak pernah dpt hadiah cabutan bertuah, tp aku rasa seronok plak mengumpul sijil2 ni..Mcm best plak

6. Blog catzer.com

Percaya atau tidak aku dah byk invest masa utk blog ni..so sama ada berbaloi atau tidak..kita tunggu 5 thn dr skang..

Aku akan tag beberapa org..erm maaf post kali ini pendek..aku tidak berapa sihat..spt mau demam beberapa hari ni..byk sgt mkn icekimo..padan muke aku..sesiapa yg kena tag ni balas tau:

Amirol

Hasrul

Mie

Waidakmy

Maaf aku kena pergi meniarap kat tilam skang..pening dan bling bling dah..erm icekimo icekimo pesal lah ko sedap sgt…

p.s – Catzer officially demam pada jam 2.00 am tadi. So doakanlah budak kecik ni cepat sembuh supaya bolehlah dia merapu-rapu lagi spt biasa.

Kembali Membina Empayar

thesecret

Agak lama aku membiarkan “newbie webmaster” terbiar, sorry process transfer sepatutnya tidak memamah masa yang lama tp kesibukkan yg lain menyebabkan blog ini terkorban di SERP begitu juga dengan adik beliau si “Internet Entrepreneur Life” tu. Sejak ke 2 2 blog isi di tampar manja oleh google dan kini berapa di PR paling hensem yang pernah korang tgk.

Oklah, aku juga mahu memulakan larian ini semula sama spt ixora. Actually aku ingin yang terbaik utk blog ini..so sedikit preview terbaru ttg penulisnya kalian patut baca. Alexa ranking blog ini juga menjunam teruk..argh kalau difikirkan itu semua mmg aku tak akan renew domain blog ini dan biarkan ianya menjadi sejarah sahaja.

Banyak benda aku perlu lakukan untuk blog ini merampas kembali hak dr google dan membina empayarnya kembali. Jadi cukuplah aku membebel sorang2 buat masa ini. Aku perlu betulkan byk lagi ttg blog newbie webmaster ini. Sesiapa yg mahukan servis membina blog sebegini utk kalian..Ya, hubungi aku..Aku dah kemaruk install blog sekarang..

Blog Widget by LinkWithin