Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Mini Makan-Makan Geng IEM

Semalam aktiviti pertama geng IEM selesai, meskipun yang hadir hanya 6 org tp aku bersyukur matlamat Mini Makan-Makan Geng IEM tercapai. Iaitu nak bertemu dengan geng-geng IEM sambil makan2 kat food court KL Sentral. Meskipun aku sedikit kecewa dengan sikap beberapa geng IEM yang hanya akan datang sekiranya majlis ini menjemput otai-otai tp aku tak kisah sgtpun sebenarnya. Kerana aku mempunyai visi yang lebih tulus bersama IEM, keutamaan aku ialah ahli IEM sendiri tidak kira mereka otai, newbie, peniaga, pelajar atau bekerja sendiri.

Antara mereka yang hadir ialah:

1. Amirul Faisyal – Pakar SEM

2. Zamri Mohamad – Penulis 10 Buah Buku

3. Kodin – Budak baru grad tp dah mantap gile ada bisnes dan opis sendiri ni!

4. Sham – Pencari Duit Online Yang Malu2 meow

5. Fatin – Budak Mechy UiTM, Junior Enginnering aku Yang minat gile bisnes

Kepada adar aku fhm kesibukan ko dengan baby yg comei lote tu..Then beberapa orang lagi yg tak dpt hadirkan diri disaat2 akhir.

Insya-allah aktiviti mini makan-makan bersama geng IEM akan menjadi aktiviti bulanan untuk komuniti IEM. Makan-makan bukan di hotel pun, kami melantak di food court KL sentral sahaja. So sesiapapun mampu membayar kurang RM10 untuk mkn. Tiket Komuter aku dr Shah Alam pergi balik RM5 sahaja. So total aku spend hanya RM15, jadi sesiapa yg bg alasan takde duit sbb ekonomi down agak kureng berkesan kepada aku.

Apa yg kami bualkan selepas menelan menu mknn dan minuman masing:-

1. Pendedahan pengalaman perniagaan yang pernah di pelopori atau sedang dipelopori oleh 6 org ini (termasuk aku)

2. Pembentangan idea bernas untuk menambah baik komuniti IEM.

3. Luahan pahit manis di tipu oleh program-program atau ketidakpuasan hati dengan pemasaran internet. Untuk berjaya kita kena tahu punca kegagalan.

4. Perkongsian pintar antara mereka2 yg dtg. Termasuk berkongsi mknn yang dibeli oleh Fatin (2nd round)

Insyaallah aku akan berusaha untuk menambah baik komuniti IEM, thanks pada kengkawan yg dtg dan memberikan feedback.

Segala maklumat ttg mini makan2 disini:

Mini Makan-Makan Geng IEM

Blog Widget by LinkWithin