Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Mini Makan-Makan Geng IEM

Semalam aktiviti pertama geng IEM selesai, meskipun yang hadir hanya 6 org tp aku bersyukur matlamat Mini Makan-Makan Geng IEM tercapai. Iaitu nak bertemu dengan geng-geng IEM sambil makan2 kat food court KL Sentral. Meskipun aku sedikit kecewa dengan sikap beberapa geng IEM yang hanya akan datang sekiranya majlis ini menjemput otai-otai tp aku tak kisah sgtpun sebenarnya. Kerana aku mempunyai visi yang lebih tulus bersama IEM, keutamaan aku ialah ahli IEM sendiri tidak kira mereka otai, newbie, peniaga, pelajar atau bekerja sendiri.

Antara mereka yang hadir ialah:

1. Amirul Faisyal – Pakar SEM

2. Zamri Mohamad – Penulis 10 Buah Buku

3. Kodin – Budak baru grad tp dah mantap gile ada bisnes dan opis sendiri ni!

4. Sham – Pencari Duit Online Yang Malu2 meow

5. Fatin – Budak Mechy UiTM, Junior Enginnering aku Yang minat gile bisnes

Kepada adar aku fhm kesibukan ko dengan baby yg comei lote tu..Then beberapa orang lagi yg tak dpt hadirkan diri disaat2 akhir.

Insya-allah aktiviti mini makan-makan bersama geng IEM akan menjadi aktiviti bulanan untuk komuniti IEM. Makan-makan bukan di hotel pun, kami melantak di food court KL sentral sahaja. So sesiapapun mampu membayar kurang RM10 untuk mkn. Tiket Komuter aku dr Shah Alam pergi balik RM5 sahaja. So total aku spend hanya RM15, jadi sesiapa yg bg alasan takde duit sbb ekonomi down agak kureng berkesan kepada aku.

Apa yg kami bualkan selepas menelan menu mknn dan minuman masing:-

1. Pendedahan pengalaman perniagaan yang pernah di pelopori atau sedang dipelopori oleh 6 org ini (termasuk aku)

2. Pembentangan idea bernas untuk menambah baik komuniti IEM.

3. Luahan pahit manis di tipu oleh program-program atau ketidakpuasan hati dengan pemasaran internet. Untuk berjaya kita kena tahu punca kegagalan.

4. Perkongsian pintar antara mereka2 yg dtg. Termasuk berkongsi mknn yang dibeli oleh Fatin (2nd round)

Insyaallah aku akan berusaha untuk menambah baik komuniti IEM, thanks pada kengkawan yg dtg dan memberikan feedback.

Segala maklumat ttg mini makan2 disini:

Mini Makan-Makan Geng IEM

Manual Newbie – Tutor Pemasaran Internet

Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi, akhirnya sebelum tamat bulan Oktober ebook percuma aku dapat di hasilkan dengan jayanya atas bantuan beberapa orang rakan. Idea ebook Manual Newbie ini muncul pada awal bulan 6 kalau tak silap aku memandangkan pada bulan itulah domain dibeli. Aku mula membina draf dan mengumpul maklumat pada bulan 7 dan 8. Dan menjelang awal bulan 9 iaitu hari pertama puasa aku mula mengarang ebook percuma ini mengikut pengalaman dan pengetahuan aku sebagai seorang yang suatu ketika dulu buta IT. Namun ebook ini bukanlah 100% berkisar kepada pengetahuan IT aku lebih tertumpu kepada pengetahuan IT dalam kehidupan seharian seorang internet marketer. Mmg terlalu banyak kemahiran yang perlu dimahirkan tetapi untuk versi pertama ini aku aturkan 19 kemahiran yang wajar di ambil tahu oleh semua newbie IM.

Minggu ini setelah berhempas-pulas memperbetulkan draf-draf asal akhirnya ebook ini dapat aku terbitkan pada hari Deepavali. Erm mudah utk aku ingat sampai bila-bila. Aku berharap kehadiran ebook percuma ini tidak menjadi pertikaian oleh mana-mana pihak kerana kajian telahpun dilakukan selama 2 bulan dan aku menganggap ebook percuma ini sebagai hadiah aku kepada rakan-rakan IM bersempena hari lahir aku tak lama lagi..hahahah…

Erm, so dlm bulan ini aku nak mencadangkan beberapa sumber yang boleh diguna pakai:

Untuk copywriting aku tetap letakkan RMCopy #1

Manakala Untuk servis pembangunan laman web dan pemasaran internet aku sejujurnya mencadangkan ProjekNiaga (wei..lps ni belanja aku mkn dah promote gile2 ni)

Dan Penyedia hosting, siapa lagi kalau bukan PlanHoster, beb Mie dah upgrade gile2 server dia sampai mkn megi jerk bulan ni..

Erm,tak lupe juga society network untuk internet marketer, IEM. Ya, mmglah aku punya site sbb tu aku promote..hahaha

Aku nak pi beli nasi lemak..lapo2

Sebarang permasalahan bolehlah di hantar ke:

Manual Newbie Support

Aku akan menghubungi korang kembali dengan sepantas kilat..hehehe

Tag dan IEM

sorry sbb aku lambat balas tag ni..memandangkan aku rush utk kuar jap lagi aku tak dapatlah nak merapu2 disini. so, meh baca tag utk aku kali ini.

1. Berapa pasang baju raya aku tahun ni dan apa pulak warnanya?:?:

Ada sehelai sahaja dan warna mcm merah tp mcm pink gak..so di bawah ni pic aku di pagi raya

2.Apakah Makanan Tradisional Raya Kegemaran aku?:?:

Ketupat palas dan rendang daging

3. Apakah biskut Raya kegemaran aku:!:
Honestly aku tak sume makan biskut raya..tp sbb dah tanya..erm..mungkin biskut conflakes cokelat..

4.Berapa banyak duit Raya aku dapat tahun ni dan Berapa pulak aku spend?:!:

Duit raya aku dpt thn ni sikit jerk RM50, sbb kekekek..adalah…Berapa aku spend? RM200 jerk kot.

5. Aktiviti Malam Raya Aku?:eek:

Malam raya ada keluarga pakcik aku datang lawat nenek..but before tu aku merayap ke bazaar ramadhan pi beli selipar utk abg aku. Lps family pakcik aku balik. Aku dok layan kucing..

6. Mangsa Tag Hari Raya ini jatuh kepada…..Tiada sesiapa..hehehehe

Minggu ni aku berusaha keras mempromosikan sosial site untuk Internet Marketer Malaysia.Aku harap usaha murni aku untuk mewujudkan ruang sama rata kehidupan sebagai internet marketer ini akan mendapat sambutan dan sokongan dari rakan-rakan internet marketer. Sesiapa yang mempunyai minda seorang internet marketer bolehlah join disini.

Internet Entrepreneur Malaysia

Ketika post ini ditulis sudah ada 100 org members dan tahniah buat semua kerana menjadi sebahagian daripada keluarga sosial site ni..

Blog Widget by LinkWithin