Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Rahsia Website Flipping Part 1

Nampaknya post tentang website flipping sangat menarik perhatian mereka-mereka yang berminat nak tambah income stream. Oklah, apa yg aku akan share ni bukanlah rahsia sangatpun tp konsep sebenar website flipping yang ramai “otai-otai” akan minta korang bayar untuk mendapatkan “Rahsia” mereka. Apa yang aku kongsikan ini adalah konsep yg aku guna pakai sepanjang 6 bulan bersama website flipping.

Amaran awal dari aku, kalau korang nak buat website flipping tp takmo keluar sesen pun…Tak pyh lah baca post ni baik korang baca post aku yang lain. Konsep website flipping yang aku gunakan ini berkesan untuk aku jadi tiada jaminan ianya berkesan pada korang juga. Jadi jika korang gagal membuat sebarang $XXX itu bukanlah masalah aku kerana beza setiap manusia yang berjaya dan gagal ialah “TAKE ACTION”.

Baiklah, anggap jerk perkongsian ini tidak menutup periuk nasi sesiapa dan hanya menjawap persoalan dan permintaan rakan-rakan seperjuangan. Aku akan kongsikan bagaimana kami (aku dan boss) berjaya menjual blog dengan nilai keuntungan $500 dalam masa sebulan. Ya, kadang-kadang sambil membina website kami juga focus pada blog flipping.Setelah korang memilih niche yang laku melalui kajian keywords bolehlah mula langkah ni. Kajian keywords pun tak tau..jgn tanya aku..malas nak jawap.

Langkah 1:

“Apa ada pada rupa?”

Erm kalau orang kita boleh nilai hati budi meskipun tak cantik. Tp kalau blog even content best tp bile design blog tersebut sangat buruk korang nak baca blog tu pun rasa serabut. Jadi, rupa paras blog sangat penting. Jadi aku “larang” korang daripada menggunakan theme free, walaupun ada berjuta theme wordpress yang free tapi aku “wajibkan” korang beli premium theme wordpress. Kalau korang pandai design, bolehlah edit sendiri beberapa theme premium yang percuma supaya korang ada hak terhadap theme tersebut.

Mengapa perlukan theme premium, free punya sudahlah…Beb, kalau theme ko tu free value blog ko pun rendah sbb theme tak unik. Amik contoh mudah, umah yg korang cat dengan cat murah dan cat mahal mana yg akan menaikkan value tinggi. Kalau umah korang warna plain dan mmg tak menarik aku sure org tgk dari luar pun muak. Aku rasa skang takde masalah bab nak hire org buat theme wordpress utk korang. Malahan banyak theme develop yang menyediakan theme premium sama ada single license atau develop license pada rege yang murah.

Diantara theme provider yang pernah kami gunakan:

Wootheme

Colorlab

ThemeGalaxy

Elegant Theme

WordPress Theme Market

Dengan memilih theme yang sesuai dengan niche blog korang secara automatik korang dah jimat masa mencari theme free yg sesuai. Membuat duit secara online pada masa yg optimum adalah penting, jadi jgn bazirkan masa sbb byk lagi langkah yg memerlukan focus 200%. Malahan peluang untuk mendapatkan pembeli sgt tinggi dengan kelebihan premium theme wordpress yang digunakan.

So part 1 ini aku just nak korang fikirkan niche yang mendapat tarikan tinggi dan pilih theme premium korang. Tak rugi beli theme premium ni. Pelaburan jangka masa panjang. Kalau aku rajin aku akan tulis part 2 cepat2 tgk berapa ramai yang berminat nak tau..hahahah..comment2..

Apa Kes Majalah IM

huh…terkejut korang dengan title aku…hahahahah

Sebenarnya yang aku perasan design Majalah IM kali ni seperti hasil tangan org lain. Mungkinkah MysticMind sudah berundur untuk thn ini…Jika..Ya..okies beb..Mysticmind jom ke Burger King. Ko mesti byk projek baru ribu riban kan so apa lagi moh lah belanja kekasih gelap mu ini.

Majalah IM kali ini lebih tertumpu kepada website flipping ataupun bahasa ibundanya “Menjual Hartanah Online”. Mungkin korang akan pelik pesal plak nak jual after fully optimized hartanah online tu. Oklah, aku dengan mengada-ngadanya mengupas isu ini. Website flipping seharusnya bukanlah dilakukan kerana “harga hartanah online” semakin meningkat. Ramai yg terus terjun dan membina hartanah online yang pada mereka kalau terjual $50 pun sudah cukup bagus. Hasilnya…Lambakan hartanah online yang tidak laku dijual…Akhirnya ada yang menjual pada kadar lepas bayar duit domain dan hosting sudei.

“Argh..Catzer mcm bagus..ko pernah website flipping ke?” hahahah..mungkin inilah terdetik pada hati mereka yg penuh dengan perasaan was-was dan memandang orang sebelah mata. Tgk aku pandang org pakai 4 mata lagi. Sejarah website flipping aku bermula pada hujung thn 2007, dimana aku bertanggungjawap memastikan setiap hartanah online “boss aku” yang bakal di lelong itu mempunyai nilai melebihi $300. Bagi setiap hartanah online, aku akan pastikan ianya di fully optimize dalam masa 3 bulan sahaja. Dan setiap bulan aku perlu bertanggungjawap ke atas 4 hartanah online. Jadi dalam tempoh 3 bulan aku pening dengan 12 hartanah online. Setiap hartanah aku akan di bayar 50% daripada harga jualan. Jika kita ambil min $300 aku akan di bayar $150 dan total dalam tempoh 3 bulan hanya $1800. Superb murah…Tp kebiasaan hartanah online “boss aku” mmg laku melebihi $450..Mana aku tau? Aku taulah kerana aku yang menerima pembayaran tersebut…Tp…lama2 aku bosan…Jadi setelah 6 bulan bersama “boss” aku mengucapkan selamat tinggal. Bukan kerana bayaran tp aku sudah dapat ilmu yg ku mau..Time kasih “boss”..erk..dia tak fhm bahasa melayu…

Jadi berapa banyak “hartanah online” korang simpan..Agak2 dalam 5 thn lagi boleh dapat jual $10k seperti mana Bob dan juga $15k seperti Mister A atau $8k mcm Mister B. Mister A dan B, agak2nya sape erk..hahahah..rahsia. Hakikatnya, Mister A selalu pesan kat aku..Bukan dia sengaja menjual hartanah online tu..Syg gile dah tp demi pergi lebih jauh ataupun dah tak larat nak handle dia pun lepaskan pada mereka yg sanggup bayar pada harga superb.

Mengapa aku tinggalkan income stream yg kalau difikirkan boleh pergi jauh lagi dengan additional idea yg aku tinggalkan kat boss aku tu…? Rekod selama 6 bulan aku, lebih 20 hartanah online di lelong pada harga melebihi atau hampir $400. Ironinya, perasaan aku tidak segembira mana..Malahan hingga saat ini aku selalu melawat hartanah online yang bukan milik kami lagi. Tp aku tetap bersyukur pemilik baru tidak mensia-siakan $400 mereka. Kebanyakkan hartanah online tu skang sudah reach PR4 ke atas dan income sebulan aku pasti melebihi apa yg mereka telah laburkan..Oklah tu..

Jadi nak tau pengalaman Bob berkaitan website flipping..bolehlah korang download Majalah IM edisi 9 ni. Tentang pengalaman aku yg tak seberapa tu, itu bukan rekaan..Sejujurnya aku mmg pelik..demi ilmu aku sanggup menjadi pembantu kepada sesiapa sahaja. Aku suke sesuatu yg bersifat praktikal..Pagi tadi ada seorang rakan yg mungkin org yg ke 10 ribu menyatakan aku makhluk rare…wah..kejam

Blog Widget by LinkWithin