Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Blogger’s Rebellion VS Godaddy

Berdasarkan post aku sebelum ini:

Godaddy Scam Pembeli Domain

Ramai yang mengadu mereka mengalami masalah yang sama seperti aku juga cuma jumlah yang di sedut oleh Godaddy tu buat mereka malas nak amik port sangat. Tetapi sebagai rebellion aku terpaksa amik port kerana jumlah yang dikenakan tu ialah cash yang ingin aku gunakan untuk cuti2 aku pada bulan ni.

Sebelum aku buat post pasal isu Godaddy ni aku dah contact support mereka dan akhirnya selepas beberapa hari aku berjaya dapatkan balik jumlah yang telah disonglap tu. Tidak semua kerana ada beberapa domain aku “paksa” kawan aku push ke akaun Godaddy mereka sendiri.

Pembeli domain layak untuk membatalkan pembelian atau renewal domain dalam tempoh 45 hari. Ini merupakan email yang dibalas oleh support Godaddy dan membolehkan aku di refund asalkan aku cancel renewal domain tersebut:

Selepas aku berikan pin identity aku dan cancel domain yang telah direnew itu aku berjaya mendapatkan kembali sejumlah $$$ yang telah disedut oleh Godaddy. Yosh!!! Sib baik boleh dapat semula even ramai kengkawan aku suruh aku lupakan jerklah peluang untuk minta refund dari Godaddy. Aku sekadar cuba2 gak memandangkan jumlah besarnya tu akan merugikan aku nanti. Ada 2 invoice tp disini aku kongsikan salah satu invoice yang telah di refunded:

So kalau ada yang mengalami masalah yang sama dengan aku lepas ni korang dah tau apa action yang boleh diguna pakai. Meskipun ada masanya salah satu pihak membuat kesilapan namun jalan penyelesaian tu semestinya tetap ada cuma jangan mengelupor. Takut elok2 ko boleh dpt refund terus akaun paypal plak kena limitation.

Kesimpulannya aku tetap akan jauhkan diri dari Godaddy, tp kalau korang rasa Godaddy terbaik buat korang sila teruskan jerklah sbb benda2 mcm ni tak semua org kena. Mungkin ada yang masih bernasib baik dan ada yang malas nak amik port.

Blog Widget by LinkWithin