Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Langkah Kanan Seorang Blogger

Sejak aku pandai bersosial ni ramai yang dok rajin tanya bagaimana untuk bermula sebagai seorang blogger? Apakah ciri-ciri atau kelayakan untuk seseorang tu menjadi blogger? Jadi aku menjejak diari lama aku, ikutkan sudah masuk 5 tahun aku merapu-rapu di blog rupanya..hahahaha..

Aku bermula dengan blogging sekadar hobi dan banyak benda yang telah aku pelajari pada tahun pertama aku berblog iaitu tahun 2005. Blogging merupakan hobi yang sihat dan tidak memerlukan belanja yang banyak, sebelum ni hobi aku main bowling so bg mereka yg mempunyai hobi yang sama pasti tau berapa kos setiap kali pi cuci lane ;)

Bagi mereka yang serius ataupun sekadar suka-suka untuk mengikut trend berblogging sekarang ada beberapa tips yang mungkin boleh menjadi panduan sebelum korang betul2 serius dalam dunia blogging:

1. GUNAKAN PLATFORM BLOGGING PERCUMA (BLOGGER,WORDPRESS.COM)


Untuk permulaan aku syorkan korang gunakan blogger untuk blog pertama korang, skang ini Blogger telah mengupgrade banyak features yang sememangnya seorang blogger perlukan. Mulakan dengan platform percuma dahulu adalah untuk mengelakkan korang membazir membeli domain dan hosting tp tak sampai 6 bulan korang dah jemu dengan blog sendiri. Jika korang mampu mengemaskini blog sekerap mungkin dalam tempoh setahun, aku yakin korang sendiri pasti mahukan blog yang menggunakan nama domain kesukaan korang!

2. DAPATKAN NAMA DOMAIN YANG SESUAI DENGAN JIWA DAN ISI KANDUNGAN BLOG


Jika korang terus nak bermula dengan domain dan hosting sendiri dan mahu membina blog menggunakan WordPress, korang perlu mendapatkan nama domain yang sesuai dengan isi kandungan blog korang nanti. Bagi blog ini aku memilih nama “catzer” sebab memang niat aku untuk gunakan blog ini sebagai virtual diari aku. Kalau korang berniat untuk menulis tentang kerjaya atau isu semasa, pastikan nama domain korang bersesuaian dengan topik.

3. KOMITMENT UNTUK MENULIS SEKERAP MUNGKIN


Sebagai blogger, penulisan merupakan kemahiran yang perlu kita ada tidak kira sama ada penulisan yang lebih kearah sastera, berseloroh ataupun bahasa pasar. Setiap blogger dikenali bukan hanya kerana keindahan rupa blog mereka malahan selalunya “trademark penulisan” sentiasa membuatkan pembaca menanti post korang yang seterusnya. Jangan kongsikan sebarang cerita yang korang anggap privasi kerana sejujurnya menjadi seorang blogger privasi korang sudah menjadi kurang bergantung kepada jenis penulisan. Ada diantara kita yang menceritakan segala-galanya namun tidak mampu menerima kritikan dari pembaca. Akhirnya blogger sebegini berhenti dari berblog. Jadi pastikan korang sanggup bertanggungjawap dengan setiap kandungan post korang! 100% responsibility.

4. JANGAN DELETE BLOG KORANG

Ramai penulis blog yang mempunyai hati kuntum selalu delete blog diaorg apabila menerima pelbagai komen berbaur sindiran. So, sbb tu aku ckp awal2 before korang click publish tu pastikan korang akan bertanggungjawap dengan kandungan blog tersebut. Bagi blog yang mempunyai niche tertentu seperti blog pelancongan, makanan, kereta, perbankan,etc2 jangan sesekali korang delete blog tersebut sbb semakin lama blog korang berada di dlm dunia internet semakin ianya mendapat perhatian dari enjin carian. Tp pastikan blog tersebut mempunyai isi kandungan.

Sebenarnya bukan susahpun nak jadi blogger kalau korang mmg jenis suke bercerita atau menulis. Ada sesetengah blogger yg penulisannya mcm seorang peramah tetapi bile korang jumpa penyegan rupanya dan sebaliknya. Kalau korang dari tahun lepas dok baca blog aku jerk apa kata korang buat satu blog dan bg org lain baca blog korang plak ;)

Melompat Lebih Tinggi

Erm ok aku bukan nak main teng teng hari ini tp bulan ni hampir 90% target dicapai sama ada dengan jayanya atau kurang berjaya..hehe..apapun apabila kita gagal tu maksudnya kita bersedia untuk melompat lebih tinggi..toing toing.

Hari ni birthday some one yang penting dalam hidup aku, selamat hari lahir buat dia dan semoga dia akan berbahagia selalu tidak kira dimana dan dengan siapa. Walaupun aku ni jenis yang “blur” namun aku tetap ingat birthday dia. hehehe..Makan kek nanti ingatlah aku..

Sebenarnya ada beberapa perkara yang kadang kala buat kita fikir sama ada nak lepaskan atau tidak. Contohnya ramai yang bertanyakan pasal kenapa aku stop bengkel wordpress di kawasan Selangor/KL. Area dimana piranha-piranha berada, dan jawapan aku senang jerk..Sebenarnya bengkel wordpress ni niat aku nak membantu rakan-rakan niaga yang lain dan hakikatnya aku sendiri pun ada kehidupan blogging sendiri yang perlu aku berikan perhatian. Hatta wordpress dah kuar 2.8 ni pun aku tak sempat nak mengodek lagi. So, aku akan explore race lagi WordPress dan Insya-Allah jika berpeluang aku akan buat bengkel wordpress yang lebih web 2.0..hahaha

Bulan Jun ni byk dugaan menimpa aku dan sama rata dengan nikmat lain yang Allah berikan, dalam diam tak diam aku berjaya tempuhi nya meskipun ada perasaan sebak dan hiba yang masih tertinggal. Ya, Allah menduga umatnya itulah tanda kasih-Nya..Jadi aku panjatkan doa semoga aku menjadi seorang yang lebih tabah dan iman aku semakin teguh..Insya-Allah.

Aku suka bulan Jun sbb ianya pertengahan tahun yang memberikan aku ruang untuk berdiskusi dengan diri aku sendiri. Menilai semula segala aktiviti yang aku lakukan dan merombak semula mengikut keperluan 6 bulan akan datang. Maklumlah aku ni kan market local jerk mcm ada salah seorang “otai IM” melabelkan aku. Aku tersenyum lebar apabila “otai IM” ni membuat spekulasi sendiri dan terima kasih kerana kecetekan pengalaman dan pengetahuan dia menjadi kan aku tergelak sepanjang hari itu. Mungkin dia sudah “market” kan diri ke peringkat antarabangsa..Ya..Tahniah..

Pada aku dimana juga kita mencari rezeki tidak kisah banyak atau sikit yang penting ialah sumber tersebut halal dan berkat. Takde isu siapa yg terbaik atau terkaya yg penting..kalau ada rezeki tu pepandailah nak byr zakat nanti.

Blog Widget by LinkWithin