Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Don’t Follow me. I’m Lost too!


Sorry aku mungkir janji dengan korang..hahahah..sebenarnya tahun ni merupakan tahun aku hilang arah..betul ke? Yup..memula aku rasakan mcm aku dah berada di jalan yg terang lagi bersuluh..namun bile aku tergelincir dari landasan yang aku lalui baru aku perasan..alamak..heheheh..

Mungkin korang fikir sejak aku tukar title jadi bini orang aku dah kurang tulis blog..sebenarnya bukan title atau tanggungjawap sebagai isteri orang tu yang menjadi kekangan sebenarnya..aku rasa mcm terlalu byk yg aku nak buat sampai yang aku kejar tak dpt dan yg aku gendong dah pun berciciran..CEMERLANG CATZER!

Sebenarnya aku tak mau pun buat post mcm ni dlm blog aku ni..but I’m still a blogger, darah seorang blogger tu masih panas dalam badan aku ni..aku merasakan ada keperluan untuk korang sume faham aku sedang mengalami krisis dalam memilih kehidupan aku balik semula..hahahaha..serious..sebenarnya aku sendiri tak menyangka aku mengalami krisis ni..tp hidup ni ada jatuh dan naik, mmg akan berlaku kalau kita tidak berhati2 ataupun terlalu berhati2. Aku bersyukur atas sokongan family aku sepanjang tempoh huru hara aku ni.

Mungkin aku tak boleh nak tulis specifically apa permasalahan aku skang..tp aku harap nak mulakan kembali lawan balik segala kekalahan dan betulkan kembali segala kesilapan aku. Heheheheh..

Aku tak mau berada di dalam senarai blogger yang terus hilang..meskipun aku masih rindukan penulisan mereka2 tu..tetapi aku tidak boleh turut jejak mereka..BERBAHAYA!

Mungkin aku tak boleh nak share setiap mende yg berlaku..tetapi yang penting post ini akan mengingatkan aku, dalam kehidupan ini byk perkara yang kita tidak mampu kawal 100% so kena sediakan byk backup plan…yosh!!!!

Oh Hujung Tahun..

Hampir 2 bulan aku tak update blog..1stly aku nak ucap terima kasih kepada mereka yg rajin ulang alik ke blog aku ni nak tgk kalau2 ada post baru..hehehe..sorry sesangat aku buat korang sume risau..yerlah blog ni mcm owner dia dah tak pedulikan dah. Heheh..sebenarnya aku agak sibuk menjelang hujung tahun ni. Bermula awal bulan 12 aku akan cuti panjang jadi tahun ini ibarat ada 11 bulan jerk untuk aku. So skang dah bulan 10 aku ada sebulan setengah jerk lagi dlm tahun 2010. Yeah..Dec aku dah lesapkan diri..mencari ketenangan sebagai Hamba Allah..mau memikirkan apa yg baik dan buruk dan apa yg perlu aku ubah..umur sudah meningkat lagi tahun depan :)

Kalau ada mereka yg sentiasa mengikuti perkembangan aku dalam dunia Internet Marketing, ramai dah perasan aku dah tak aktif seperti awal tahun. Ya..kan aku dah inform korang awal2 dlm email aku mmg akan sgt2 busy bila masuk pertengahan tahun jadi kalau ada aku terhutang apa2 sila maklum kan..aku sedia membayarnya ;)

Alhamdulillah disebalik kesibukan ni aku masih tetap ada masa melepak di Facebook. So sape2 yg rindukan aku tu bolehlah menyibuk di Facebook aku nanti..hahaha..aku tau korangpun sgt busy kan!

Sebenarnya di dalam kesibukan aku tahun ni..aku tetap bersyukur sgt2 sbb tahun inilah aku paling byk menghabiskan masa bersama mak dan abah. (Inilah impian aku tahun ni dan seterusnya). Besday mak dan abah aku sambut bersama2 mereka, dan Insya-Allah besday aku nanti aku plan untuk pulang ke kampung sambut dengan parent aku gak. So manja! Pedulik!

Bila Blog Mula Bersawang

Sebenarnya semalaman aku mengodek membersihkan sawang2 di satu blog yang aku sendiri dah tak ingat rupa-rupanya blog yg huduh lagi bersawang tu aku yg punya..hehehehe

Apabila dah sampai tahap bersawang begitu memang susah lah untuk menghidupkan blog tersebut tetapi apabila ada agenda tersembunyi memang bersungguh-sungguhlah aku membetulkan semula blog tersebut. Kebanyakkan blog bersawang ni disebabkan oleh aku telah mencabuli tatasusila dalam coding theme ataupun plugins. Menyebabkan otak aku dah malas nak betulkan balik dan blog tersebut aku “buat-buat lupa”.

Sempena weekend dan malam ni Argentina VS Germany, dan disebabkan juga oleh “sakit perut” aku plan nak duduk umah jerk dan nekad nak up balik blog tu. Memandangkan harga domain dah naik sekarang baik aku develop jerk domain2 yang aku gile2 beli dulu tp tak buat apa2pun. Huhuhu..

Korang yang memiliki blog bersawang mcm aku bolehlah mulakan aktiviti menghidupkan balik blog bersama-sama aku erk..hahah..oklah sebenarnya blog tersebut telah di”pajak” kepada seorang rakan aku, memandangkan dia tak berapa arif dengan blogging aku pun “Take Over” blog tersebut. Aku harap blog tersebut dpt aku hidupkan kembali..hehehe

Wishlist aku bulan July ni ialah nak hidupkan balik beberapa blog dan Insya-allah kalau aku rajin aku akan update dekat blog ni. ;)

Tips Menjadi Blogger Glamer

Hhahahah..hari ni masa aku dengar radio hot.fm kat TV8 aku dapat idea nak tulis post ni. Mengapa perlu menjadi blogger glamer..Trafik beb trafik..semakin ko glamer semakin tinggi trafik ke blog ko. Percaya tak? Percayalah sbb ianya bukan auta.

Jadi memula aku akan senarai mengapa perlu menjadi blogger glamer:

1. Masa perjumpaan/gathering blogger mcm Rumpun 2007..semua orang akan menanti sesi memperkenalkan diri..ooo..ini lah owner blog yang aku suke komen tu..haahah

2. Apa sahaja yang korang tulis meskipun post tu takderlah menarik sgt orang tetap akan dtg lawat dan tinggalkan komen..sbb apa mereka nak tumpang sedut trafik dari blog korang.

3. Apa sahaja yang korang ckp nampak semua betul dan macam bagus, even post tu auta 100%.Pergh untung kalau awek2 yang datang baca mesti percaya post auta korang tu.

4. Kamulah Revolusi Blogger yang menentukan hari itu hujan,ribut atau hujan panas..

So aku malas nak senaraikan kespecialan menjadi blogger glamer ni. Tp yang pasti LHDN pasti suke dengan korang sangat2..hahahah

Jadi mcm mana nak jadi blogger glamer ni:

1. Korang bakal blogger yang glamer kalau blog korang penuh kontroversi. Orang ckp A ko ckp B..

2. Korang bakal blogger yang glamer kalau show off picture korang dengan skandal2 yang cun atau hensem. Kalau ada video upload kat youtube mmg lebih2 lah.

3. Korang bakal blogger yang glamer kalau membuat blog politik yang menyenaraikan diri korang sendiri sebagai calon semasa pilihanraya.

4. Korang bakal blogger yang glamer kalau show off income korang perolehi secara online/offline. Jgn curik screenshot orang tak baik tipu.

5. Korang bakal blogger yang glamer kalau korang seorang yang dermawan..hahaha..derma apa..buat lah pertandingan dalam blog korang mesti glamer punya..tak caya sudei. :P

6. Korang bakal blogger yang glamer jika korang mengglamerkan orang lain..huh mcm mana tu erk..

Erm byk lagi ni tp lenguh plak tangan aku huh nak tulis. Apa kata korang hayati gambar dibawah.

Blog Widget by LinkWithin