
Nampaknya post tentang website flipping sangat menarik perhatian mereka-mereka yang berminat nak tambah income stream. Oklah, apa yg aku akan share ni bukanlah rahsia sangatpun tp konsep sebenar website flipping yang ramai “otai-otai” akan minta korang bayar untuk mendapatkan “Rahsia” mereka. Apa yang aku kongsikan ini adalah konsep yg aku guna pakai sepanjang 6 bulan bersama website flipping.
Amaran awal dari aku, kalau korang nak buat website flipping tp takmo keluar sesen pun…Tak pyh lah baca post ni baik korang baca post aku yang lain. Konsep website flipping yang aku gunakan ini berkesan untuk aku jadi tiada jaminan ianya berkesan pada korang juga. Jadi jika korang gagal membuat sebarang $XXX itu bukanlah masalah aku kerana beza setiap manusia yang berjaya dan gagal ialah “TAKE ACTION”.
Baiklah, anggap jerk perkongsian ini tidak menutup periuk nasi sesiapa dan hanya menjawap persoalan dan permintaan rakan-rakan seperjuangan. Aku akan kongsikan bagaimana kami (aku dan boss) berjaya menjual blog dengan nilai keuntungan $500 dalam masa sebulan. Ya, kadang-kadang sambil membina website kami juga focus pada blog flipping.Setelah korang memilih niche yang laku melalui kajian keywords bolehlah mula langkah ni. Kajian keywords pun tak tau..jgn tanya aku..malas nak jawap.
Langkah 1:
“Apa ada pada rupa?”
Erm kalau orang kita boleh nilai hati budi meskipun tak cantik. Tp kalau blog even content best tp bile design blog tersebut sangat buruk korang nak baca blog tu pun rasa serabut. Jadi, rupa paras blog sangat penting. Jadi aku “larang” korang daripada menggunakan theme free, walaupun ada berjuta theme wordpress yang free tapi aku “wajibkan” korang beli premium theme wordpress. Kalau korang pandai design, bolehlah edit sendiri beberapa theme premium yang percuma supaya korang ada hak terhadap theme tersebut.
Mengapa perlukan theme premium, free punya sudahlah…Beb, kalau theme ko tu free value blog ko pun rendah sbb theme tak unik. Amik contoh mudah, umah yg korang cat dengan cat murah dan cat mahal mana yg akan menaikkan value tinggi. Kalau umah korang warna plain dan mmg tak menarik aku sure org tgk dari luar pun muak. Aku rasa skang takde masalah bab nak hire org buat theme wordpress utk korang. Malahan banyak theme develop yang menyediakan theme premium sama ada single license atau develop license pada rege yang murah.
Diantara theme provider yang pernah kami gunakan:
Dengan memilih theme yang sesuai dengan niche blog korang secara automatik korang dah jimat masa mencari theme free yg sesuai. Membuat duit secara online pada masa yg optimum adalah penting, jadi jgn bazirkan masa sbb byk lagi langkah yg memerlukan focus 200%. Malahan peluang untuk mendapatkan pembeli sgt tinggi dengan kelebihan premium theme wordpress yang digunakan.
So part 1 ini aku just nak korang fikirkan niche yang mendapat tarikan tinggi dan pilih theme premium korang. Tak rugi beli theme premium ni. Pelaburan jangka masa panjang. Kalau aku rajin aku akan tulis part 2 cepat2 tgk berapa ramai yang berminat nak tau..hahahah..comment2..






