Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Bekerja Sendiri Satu Alternatif?

Pagi-pagi lagi aku dah menghangatkan isu ini di forum tempatan..hahahaha..aku tak mau semakin ramai yang tertipu dengan model perniagaan sendiri kononnya..padahal..hahahaha. Malas mau ulas.

Ramai pelik bila aku ckp aku masih mencari keje sehingga sekarang. Masih tidak cukup ke pendapatan bulanan bekerja sendiri? Beb..aku bukan ada company Sdn Bhd berharga jutaan ringgit atau Genting Highland tu aku yang punya. Jika semua tu ya, pastinya aku sedang bercuti di Europe bersama keluarga ataupun dah tak tau nak buat apa dengan duit yang aku ada. Mengapa aku menjadikan bekerja sendiri sebagai sumber alternative berbanding focus 100% dan menjana jutaan ringgit..Aku ulang..Jutaan ringgit..Maaf, ribuan ringgit terlalu sikit jika berminat mahu berdebat tentang perniagaan.

Ramai yang menjana ribuan ringgit sehari dlm perniagaan mereka atau program yang mereka aktif. Malah ada yang telah lupa dan daif mula mencemuh mereka yang sanggup bekerja untuk orang lain berbanding bekerja sendiri. Beb..kalau mereka ada bakat menarik duit orang lain pastinya mereka tidak perlu menjadi hamba orang selamanya. Tp aku tetap kagum pada mereka yg bekerja dengan org lain tp hakikatnya lebih kaya dr mereka yg punya perniagaan sendiri.

Contohnya kawan aku sendiri, si A..Nak sebut ke nama sebenar..tidak perlu, karang dia belasah aku plak. Si A bekerja sebelum grad lagi, dia menjadi tukang masak di sebuah kedai makan di seksyen 2 shah alam. Jujur takde sape pun berminat nak kapel ngan dia sbb super selekeh di mata gadis2 yg tinggi nilai kononnya, padahal si A ni ada degree gak. Bila time praktikal si A beli satu kete baru buatan Malaysia cash. Huh..aku tak sempat naikpun sbb kena pi praktikal lebih awal dr dia..cish.

Selepas setahun aku jumpa dia balik, dia still pakai kete lama dia tu tetapi dia dah beli satu umah dan beli kan kete vios kat parent dia sekali lagi “cash”. Aku call kawan aku sekampung ngan dia tanya ada tak kete vios depan umah dia..Cish..mmg ada..hahahaha..aku membuat pengesahan cerita dia jerk sbb dia pernah kenakan aku sekali so aku jadi kurang caya. So, sebagai “kaki sibuk” aku tanya mana dia boleh simpan duit byk mcm tu..Dengan muke yang dah sedikit hensem dia selamba jawap..keje ngan orang. Aku tersenyum sbb aku tau mamat ni mmg tak boleh keje sendiri, disiplin out..Even nak pi kelas pun aku kena pi turut ke umah bujang dia dulu. Haram nak bgn pagi liat gile.

Dia mmg pandai uruskan wang, so disini aku rasa kunci kejayaan ialah menguruskan wang dengan cara yg betul. Dia mmg kedekut sbb selalu pow aku masa lunch, then bile bab beli buku mesti dia pow buku aku gak sbb kami kelas tak sama untuk certain subjek. Tp bila aku tgk cara dia manage duit mmg smart. Kengkadang ada time dia belanja aku gak upah bg pinjam buku. Kebanyakkan duit masa dia jadi tukang masak mmg dia simpan dan laburkan pada perniagaan org lain. Bayangkan satu malam dia di bayar min RM50, sebulan bersih dia dpt min RM1000. Selama 4 thn kami belajar, erm aku rasa sethn at least RM12k, 4 thn dah capai RM48k. Itu keje yang aku sure dia buat tiap2 mlm selama 4thn tak termasuk, pelaburan dia yang lain. Dia pernah minta aku melabur pada perniagaan kawan dia jual burger tp masa tu aku tgh “hot” dengan perangai sengal dia jadi aku tak mo. Satu malam kawan dia share profit dpt RM30 bersih, so aku rasa sethn jerk dia dah dpt berapa kat situ.

So skang dia keje ngan org gaji even dia tak ckp aku tau dlm rm2000 tu mesti ada, paling hangat bile dia ckp RM2000 tu bersih dia simpan jerk tak tau nak buat apa. Dia ckp kat aku, dia mmg tak boleh keje sendiri sbb disiplin rendah, mmg aku tak nafikan pun berdasarkan pengalaman aku sendiri. So, kalau korang dah mmg failed bab jaga kewangan, even ada business sendiri pun boleh lingkup.

Sapa yg punya business sendiri dan berniat nak berbusiness..Tahniah, ramaikan lagi peniaga di kalangan Islam, jgn lupe byr zakat sudei. :P