Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Melompat Lebih Tinggi

Erm ok aku bukan nak main teng teng hari ini tp bulan ni hampir 90% target dicapai sama ada dengan jayanya atau kurang berjaya..hehe..apapun apabila kita gagal tu maksudnya kita bersedia untuk melompat lebih tinggi..toing toing.

Hari ni birthday some one yang penting dalam hidup aku, selamat hari lahir buat dia dan semoga dia akan berbahagia selalu tidak kira dimana dan dengan siapa. Walaupun aku ni jenis yang “blur” namun aku tetap ingat birthday dia. hehehe..Makan kek nanti ingatlah aku..

Sebenarnya ada beberapa perkara yang kadang kala buat kita fikir sama ada nak lepaskan atau tidak. Contohnya ramai yang bertanyakan pasal kenapa aku stop bengkel wordpress di kawasan Selangor/KL. Area dimana piranha-piranha berada, dan jawapan aku senang jerk..Sebenarnya bengkel wordpress ni niat aku nak membantu rakan-rakan niaga yang lain dan hakikatnya aku sendiri pun ada kehidupan blogging sendiri yang perlu aku berikan perhatian. Hatta wordpress dah kuar 2.8 ni pun aku tak sempat nak mengodek lagi. So, aku akan explore race lagi WordPress dan Insya-Allah jika berpeluang aku akan buat bengkel wordpress yang lebih web 2.0..hahaha

Bulan Jun ni byk dugaan menimpa aku dan sama rata dengan nikmat lain yang Allah berikan, dalam diam tak diam aku berjaya tempuhi nya meskipun ada perasaan sebak dan hiba yang masih tertinggal. Ya, Allah menduga umatnya itulah tanda kasih-Nya..Jadi aku panjatkan doa semoga aku menjadi seorang yang lebih tabah dan iman aku semakin teguh..Insya-Allah.

Aku suka bulan Jun sbb ianya pertengahan tahun yang memberikan aku ruang untuk berdiskusi dengan diri aku sendiri. Menilai semula segala aktiviti yang aku lakukan dan merombak semula mengikut keperluan 6 bulan akan datang. Maklumlah aku ni kan market local jerk mcm ada salah seorang “otai IM” melabelkan aku. Aku tersenyum lebar apabila “otai IM” ni membuat spekulasi sendiri dan terima kasih kerana kecetekan pengalaman dan pengetahuan dia menjadi kan aku tergelak sepanjang hari itu. Mungkin dia sudah “market” kan diri ke peringkat antarabangsa..Ya..Tahniah..

Pada aku dimana juga kita mencari rezeki tidak kisah banyak atau sikit yang penting ialah sumber tersebut halal dan berkat. Takde isu siapa yg terbaik atau terkaya yg penting..kalau ada rezeki tu pepandailah nak byr zakat nanti.

Review Bengkel WordPress

1stly aku nak minta maaf sebab dlm 3 minggu ni aku sibuk ngan bengkel wordpress yang dilangsungkan semlm. Alhamdulillah sume berjalan dengan lancar meskipun aku tak dpt nafikan ada beberapa term yg aku gunakan buat mereka blur. Don’t worry aku akan pastikan peserta2 bengkel biasa dengan term2 ni semasa di forum. Bengkel semlm bermula dlm pukul 8.15 am mengikut jam di bilik training. Sebenarnya ini kali pertama aku berckp di hadapan orang lain selain dari classmate aku semasa aku belajar. Actually aku tak sempatpun nak buat rehearsal untuk bengkel ni kerana pada minggu lepas aku ditugaskan menjaga Sally kerana kakak aku outstation lagi. Adei, dan kerana tak cukup rehat aku dah sagat kete honda dia kat palang umah..hahahahah..sib baik dia tak kisah..hahah…gomenasai.

So far semasa Bengkel ni walaupun aku tau ada yg melayari website lain semasa bengkel dan juga tidak memberikan perhatian namun aku takdelah kisah sgt sebenarnya sbb yg aku perasan 90% dr 20 org peserta ni memberikan perhatian dan mampu menghasilkan dan menambah baik laman web sedia ada mereka time rehat. Aku bersyukur kerana memilih lokasi yg tepat untuk bengkel ini iaitu Jom Training, milik En.Zaki. Makanan mmg yummy dan tempat bersih dan selesa. Insya-allah kalau ada rezeki lagi aku akan buat Bengkel WordPress disitu lagi.

Bengkel wordpress kali ini mungkin banyak kekurangan dari diri aku sendiri, bukan kerana aku tidak well prepare atau tak cukup tido tp kerana aku tak mampu bezakan mana satu informasi beginning, intermediate dan advance level. Namun aku bersyukur dengan feedback yg mereka berikan selepas bengkel, tp itu tak mampu memuaskan hati aku kerana niat aku buat bengkel wordpress ni hanya satu jerk..Iaitu ingin meramaikan pengguna WordPress di Malaysia dan membantu mereka mengurangkan kos membina laman web mereka sendiri. Jadi aku dalam proses menyiapkan forum untuk bengkel wordpress ni. Maklumlah one women stand untuk menguruskan bengkel ni jadi adakalanya aku mencecah limit juga. Ada perkara yg perlu didahulukan aku terpaksa dahulukan..ada yg terpaksa di kendiankan..Terpaksalah aku kendiankan..

Bengkel yang merangkumi 5 modul ini bagi aku masih tidak lengkap jadi aku usulkan langkah seterusnya ke forum bengkel wordpress. So pada peserta2 bengkel, jgn risau sgt ok..Aku pasti korang boleh cepat ke hadapan sebagai pengguna wordpress jika korang aktif di forum nanti. So, tunggukan invitation dr aku nanti.

So far ada yg ckp bengkel aku ni mahal sgt. sbb tu depa tak pergi.hahahah..mahal erk? Takperlah aku tau korang suke belajar sume ni sendiri, bila tak tau boleh tanya sesiapa yg sudi menjawap soklan tersebut. Aku tak paksa korang join bengkel ni pun, cuma aku bg peluang bg mereka yg tak punya byk masa untuk belajar sendiri dan nak pendekkan learning curve. Tahniah bagi mereka yang menghadirkan diri, aku pasti mereka dah jimat setahun tempoh untuk belajar wordpress ni. Mengapa aku begitu pasti? hahaha..kita tgk jerk hasilnya nanti.

Bagi mereka yg nak baca feedback kawan2 yang sertai bengkel wordpress bleh rujuk disini dan jika korang nak menyertai Bengkel WordPress akan datang boleh rujuk site utama disini:

http://firstfullearn.com/2009/03/29/bengkel-wordpress-ilmu-kami-bertambah.html

http://hazmanfadzil.blogspot.com/2009/03/bengkel-wordpress-catzer.html

Plugin WordPress Intense Debate

Okies memandangkan aku mmg gile dengan CMS WordPress ni so kegilaan tu terbawa2 dengan mengetest pelbagai plugin yg disediakan especially bile plugin tu free..hoyeiii..

Sorry aku tak dpt borak panjang2 sgt sbb nya aku tak mo menulis aku dah start miang dengan plugin intense debate ni. Aku memula ingat plugin ni berbayar sbb pada aku mmg tahap plugin web 2.o dah ni. Sebenarnya dah lama aku test plugin ini dekat blog2 aku yang lain namun kegatalan aku merayap ke blog newbie webmaster ni. So sgt beruntung lah korang yg sukekan video commenting ni. Sbb aku mmg support teknologi sebegini, Yeah..Hidup video commenting..hahahaha

Erm actually dlm membusykan diri dengan bengkel wordpress aku learn lebih dari pengetahuan yg sepatutnya dlm membuat Bengkel ni. Thanks kepada rakan2 yg bersusah payah membantu aku dalam memasarkan bengkel ni. Cadet…….Salute..ai ai Captain..hehehe…

ok, berkaitan dengan plugin ni aku suke bile plugin tersebut boleh embed youtube dan aku sendiri boleh buat video commenting. Aku malas sebenarnya nak tulis sbb baru2 ni tgn aku terseliuh semasa di gym sbbnya aku yg sengal ni tersalah pilih bar tersetting yg berat patut aku rasa pelik jerk. aku ingat disebabkan oleh aku tak mkn nasi lagi lps dah workout 20 kali br aku perasan aku terlebih 2 bar dari biasa..huh tahniah kepada diri aku sendiri.

Lupe nak share video promo yang aku bina khas untuk Bengkel WordPress aku, even ramai ckp aku tak terror mana tp sibuk nak ngajar tp aku pasti aku lebih best dlm wordpress berbanding cms yg lain. Hahaha, so keep kedengkian tu sampai korang tua. aku tak kisah pun kata lah aku caci lah aku..semakin korang mengata itu menunjukkan aku makin glamer..time kasih erk cik murai.

Video berlatar belakangkan lagu dari kumpulan korea Epik High, 1 Minute 1 second ni aku bina menggunakan animoto. Animoto mmg menarik sehinggakan aku pernah membayar untuk membuat beberapa video interaktif yg panjang..erm..Thanks pada geng kamceng aku raimi yang memperkenalkan animoto pada hujung thn 2007 kalau tak silap aku..hehehe, nanti kita ngeteh sama2 erk.

Erm aku ada soklan nak tanya ni,patut ke aku blogging ttg perniagaan internet dan pemasaran internet di blog ini? Ataupun sume post tersebut patut berada di blog manualnewbie aku?

Bengkel WordPress Bersama Catzer

Erm selepas mcm nak mati aku memerah tenaga untuk memastikan pelamin angan kakak aku tak musnah pada hari Sabtu lepas..Aku pulang pada hari yang sama untuk menyiapkan surat jualan dan minisite untuk bengkel pertama aku berkaitan dengan WordPress. Untuk pengetahuan korang beberapa tahun lepas aku hanya tahu ttg chemical reaction, physical properties, advanced chemical reaction, material properties..dan apa sahaja term untuk bakal jurutera kimia.

Menjelang thn 2006 aku mula mengodek2 wordpress sehinggalah ke hari ini. Aku bukanlah seorang programmer atau designer namun passion aku terhadap wordpress jauh ke hadapan berbanding dalam bidang yang aku pelajari semasa di universiti. Jadi aku bukan nak claimed diri aku hebat dlm WordPress sehinggakan aku berani buat bengkel WordPress ni. Tp pada aku hanya satu aku nak buktikan, dengan WordPress kita tak perlu menghabiskan masa berbulan atau bertahun untuk menguasai kemahiran programming..tp pengetahuan asas dlm HTML aku WAJIB kan kena amik tau..kang mysicmind sekeh pale aku.

Bengkel ini bukan sahaja akan menunjukkan bagaimana korang boleh membina laman web peribadi (blog) tetapi juga bagaimana dengan WordPress korang boleh bina pelbagai jenis laman web seperti videoblog, photoblog, laman web artikel, laman web jualan (minisite), kedai online.etc

Kepentingan membina laman web yang sempurna ialah “Kuasa” sebenar bagaimana laman web tersebut boleh mendapatkan pendapatan secara online. Sesiapa sahaja mampu membina tetapi berapa byk laman web mereka yang seo friendly dan menepati piawaian laman web yang sebenar. Ramai yang ikut sahaja tetapi tidak tahu keperluan sebenar untuk laman web mereka. Akhirnya berjuta-juta laman web akan di tinggalkan tanpa dikemas kini.

Maklumat untuk bengkel wordpress ini boleh dirujuk di laman web utama:

Bengkel WordPress | Bina Laman Web Peribadi Dan Perniagaan Anda

Beberapa bonus akan ditambah semasa bengkel nanti, maaf sekali lagi jika ada yang menantikan kehadiran otai2 di bengkel aku ni..Mmg tidak akan ada. Aku ingin membantu orang yang betul-betul memerlukan dan mahu menjimatkan kos penyelengaraan laman web perniagaan mereka. Bengkel ini akan membantu korang membina terus laman web peribadi atau perniagaan kerana pakej bonus didatangi bersama domain nama dan hosting. Jadi tiada alasan untuk tidak bertindak.

Kalau ada rakan-rakan di kalangan pelajar yang berminat bolehlah contact aku. Ada special price untuk student. :D

Blog Widget by LinkWithin