Ya..aku tau korang rindu kat aku kan..erm hampir 2 minggu tanpa post baru mesti membuatkan traffic ke blog ini merundum..tetapi..hahaha..tak sangka plak ramai yg jenguk gak. Ni nak kerek skit ni. Honestly aku masih tak sihat lagi ketika post ini di tulis, sakit tekak dan selesema masih menemani aku dengan penuh setia. Terima kasih virus dan bakteria even aku tak apply untuk bersama-sama korang.
Kronologi demam aku bermula pada hari ahad minggu lepas sejurus pulang dari kenduri di Perak, tekak aku mula sakit dan aku mula merasakan kelainan terhadap otot2 saraf aku..sedikit kejang. So, dengan perasaan gundah gelana dengan symptom H1N1 aku mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan dr Klinik Nik Ishak di Seksyen 19 pada hari isnin lepas. Aku perlu menunggu 30 minit, jumpa doktor 3 minit dan di charge RM73 untuk sepapan antibiotik,ubat tahan sakit, lozanges dan ubat kumur. TERKEJUT aku! Wow..tingginya charge untuk mendapatkan rawatan pra-demam. Namun kerana takutkan pelbagai jenis bakteria dan virus yang menyerang Malaysia dan dunia baru-baru ini. Aku tabahkan hati mengorbankan RM73 itu. Last time aku demam paling tinggi aku byr RM72 sekali dengan suntikan.
Hari berlalu begitu indah sekali namun demam aku makin menjadi2,jadi pada hari sabtu bersamaan 16 May aku diheret ke klinik yg biasa aku pergi masa belajar dulu di Seksyen 7. Menunggu tidak lama kerana tidak ramai org jadi dengan sedikit kajian dr ubat yg pernah aku makan sejak dulu plus RM66 aku balik dengan sepapan antibiotik, 2 papan ubat selesema, ubat batuk, lozenges dan ubat yg kegunaannya masih aku ragukan..iaitu ubat hidung..erk.
Wow..post kali ni penuh kronologi demam aku…hehehhe..erm so hari ni aku rasa lebih ok lepas mengorbankan RM139 dan mungkin akan bertambah lagi jika aku mengadu mengalami masalah nak tido malam kerana batuk dan selesema. So, aku dah ready dengan sebotol ubat batuk before tido..
Aku sebenarnya tertanya berapa kos perubatan demam biasa di klinik yg biasa korang pergi..ok aku tahu mungkin korang ada klinik panel dan sebagainya tp mengetahui kos perubatan adalah WAJIB kerana perubahan charge sgt ketara dan pada aku membebankan rakyat di saat kegawatan ekonomi skang. Korang semua sedia maklum “bandaraya” Shah Alam ni baru jerk nak bina Hospital. Sekadar ada klinik komuniti yg baru dibina beberapa tahun lepas dan beroperasi opis hour aku merasakan keperluan masyarakat langsung tidak terbela. Aku bukan kedekut duit sgt tp “keperluan kesihatan” adalah WAJIB!
Aku bukan mahu provokasi soal politik tolong jgn komen melibatkan politik aku sekadar mahu tau berapa korang belanjakan untuk kos demam biasa. Ini kerana aku merasakan jumlah yang aku bayar tak setanding dengan kualiti rawatan yang aku terima..Maaf para doktor, aku tidak berniat memperlekehkan bidang keje korang tetapi sebagai rakyat biasa aku mahukan jawapan.
Ada vote yang menarik di blog 1malaysia:
So, aku awal2 lagi sudah vote..kebetulan kena dengan situasi aku skang..Korang pula mcm mana?







