Semut Hitam Semut Merah

Abah aku selalu cakap jangan bunuh semut hitam, sbb semut hitam baik tak gigit orang dan rajin. Semut merah tu kalau ko jumpa sembur jerk dengan Baygon..huhuhu..tetapi aku yang sememangnya konon baik dengan semut akan buat dono jerk bile nampak semut merah ni. Tetapi,lumrah semut merah ni bile bertemu dengan aku umpama semut jumpa gula. Aku tak boleh bayangkan camne abang aku dulu kena ikat dekat pokok kelapa dan bapak aku letak sarang kerengga (adik beradik semut merah gak ni bisanya).hohoho..sib baik aku tak nakal sgt kalau tak ngan aku2 kena ikat.
Nak dijadikan cerita, malam jumaat yang lepas aku pi melepak dekat umah member aku di USJ, hari tu baru lepas hujan lebat. So sampai di rumah dia mmg aku tgk banyak gile kelkatu menghurungi lampu depan umah dia. Jiran-jiran yang lain tutup lampu so no wonder lah kelkatu tu sume pergi ke umah dia. Selepas aku puas bersembang sambil mengumpat internet di rumah dia yang lembab tu aku decide nak balik. Pergh..dekat pagar rumah dia sume kelkatu dah mendarat serupa rumput jerk. Aku takde jln lain nak lalu so terpaksalah pijak kelkatu2 yang secara logiknya mmg ada yang dah mati.
Ketika aku tengah memandu aku rasakan gigitan bertubi2 di kaki aku. Pergh! Kepala otak aku merembeskan hormon kesakitan yang amat sangat. Aku dah tau dah kesakitan ni mesti datang dari semut merah yang sedang berkerumun dekat bangkai kelkatu yang aku dah pijak tadi. Aku tanggal selipar dan memandu pulang secepat mungkin. Pergh!!! Sakit gile.
Huhuhuhu..seperti biasa semut merah punya gigitan ni selagi tak bengkak dan kuar air bisa memang selagi tu lah kesan gigitan tu akan sakit dan gatal.
Pengajaran dari post aku kali ini ” Kalau ada bangkai kelkatu korang jangan lah lalu situ conpem banyak punya semut merah”








Ingatkan kelkatu yang gigit. Aisehh
Moshed recently posted..Life Candlestick June
kelkatu tu dlm proses membunuh diri beb..takde masa dia nak kesah ke aku ni :)
saya pun hairan kenapa semut merah suka bangkai kelkatu?
rumah saya berdekatan sawah dan kebun – sekarang pula memang musim kelkatu bunuh diri – susah giler nak sapu sayap yang sangat ringan tu – kalau lambat disapu alamat penuhlah semut berkerumun
…tapi seronok berumah dekat sawah
tehr recently posted..Mr Happy
kalau umah dekat sawah lebih byk kelkatu ke beb? Seyes aku tak tau sbb azalinya kelkatu ni dimana ada tanah disitulah dia ada kan..hehehe..
Masa kat kg aku paling bengang kalau kelkatu ni start bunuh diri..Argh..mean..semut merah!
kekatu tu nmpk ngko je cpt2 die bunuh diri..sbb nk bagi semut tu makin banyak gigit2 ko :D
ingatkan kelkatu tu kluarkan air bisa sampai kaki leh gatal-gatal.
huhuhu.. rupanya semut dah hurung ek kelkatu tu..
dulu pernah kena gigit dengan kerengga ke apa ntah, sampai bengkak dan bisa.. apa jenis semut pun aku tak tahu la..
apa pun, sekarang dah ok ke kaki tu?
hehehhe,semut merah gigit. Attack baik punya meninggalkan parut mcm jerawat plak..cish..jatuh saham!
yang tak tahan bila kena gigit tu, dah la sakit pastu gatal lak….
kat umah aku, dah letak racun semua di sekeliling rumah….
mijie recently posted..Jangan tinggalkan anak anda tidur dalam kereta bersendirian
gigitan semuat merah ni bukan boleh dibuat ubat ke?
hehe tak ingat laa..
kalau bukan ubat, mybe racun laa..
tak tau yg mana satu..
botak recently posted..1st half-gt2nd half- no BREAK-
Mungkin kelkatu tu manis, sebab tu semut suka.. :D
tapi nasib baiklah kan masih boleh control kena gigit semut merah time memandu..
kulanz recently posted..Selamat Jalan Therapy Woo Themes
sy kalau jumpe kelakatu mesti nak buang sayap die..jahat btol..hehhe..well semoga terus success:)
farah recently posted..6 Tanda Korang Kuat Cemburu
nasib baik tak kena gigit semut anai-anai tu..kalau tak..pergh……
apa yang gigit ko ni kelkatu ke semut merah?
boss recently posted..Apa itu Google PageRank
Perghh kena gigit semut merah, tapi tak dapat challenge pengalaman kena ikat + dikerumuni kerengga (pernah gak merasa masa kecik2 dulu.. hehehe)