Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Selamat Hari Lahir ke 57, Bonda

Tadi lepas balik solat terawih aku tertido..alahai, tak dapat call mak untuk wish birthday mak hari ini. Insya-allah subuh nanti aku call. Aku tahu mak mesti akan bgn sahur sbb abah wajib makan sahur sama mcm aku juga. Kalau aku pulang biasanya hanya kami tiga beranak yg bgn makan sahur. Sibling aku yang lain liat gila bab sahur..

Post kali ni utk mak..Aku tahu mak takkan baca post ni tp jika berlaku sesuatu pada aku..aku mahu dia tahu post ni akan kekal disini khas utk dia.

Semasa aku dilahirkan umur mak 30 tahun, 2 minggu selepas aku lahir abah accident jadi mak dalam pantang pun kena bekerja untuk menyara keluarga. Ya, mak seorang wanita yang tak pernah aku dgr dia mengeluh sakit, letih, penat atau apa sahaja..Pelbagai pekerjaan di lakukan demi menyara kami sepanjang abah patah kaki selama 4 thn. Perubatan dulu tak sama dengan skang. Pada umur 4 thn, aku nyaris pulang ke Illahi lebih awal kerana accident. Mak mabuk darah jadi aku diiringi oleh abah ke hospital dan sepanjang 2 bulan mak dan abah bergilir menjaga aku. Sesiapa yg membaca tentang aku mungkin tahu betapa sibuk parent aku semasa dlm proses aku membesar. Mak merupakan anak kesayangan arwah atuk, masa atuk meninggal waktu aku tingkatan 3 mak yang menemani jenazah sepanjang malam, mak baca alquran dari mlm hingga subuh hari.

Dulu aku tak suke pada mak, bukan sebab mak selalu lebihkan akak dlm apa2 perkara. Tp aku tak suke kerana dimata aku masa itu, mak langsung tak sayang aku. Aku masih ingat selama 3 tahun aku menjadi pelajar terbaik di sekolah menengah, mak tak dapat hadir utk sign buku report. Hingga saat ini aku masih ingat pada hari itu aku duduk menanti mak datang, hari sudah petang yg dtg adalah wakil dari mak iaitu pakcik aku. Pakcik hanya diam dia tahu aku seorang baran, jgn di tegur di saat yg tidak betul. Semasa aku dapat peluang masuk ke sekolah teknik, mak tiada kerana sibuk menguruskan keluarganya di kampung setelah atuk tiada. Aku terpaksa menolak beberapa tawaran kerana aku hanya mahu mak pulang dan uruskan segalanya..Bila aku fikir kembali ya..aku pentingkan diri sendiri..Ketika kawan2 bertukar sekolah aku kekal di sekolah lama.

Setiap kali aku bergaduh dengan mak..Mak akan jawap satu jerk.. “Keluarga kita tak sama mcm orang lain, kalau mahu senang dimasa hadapan kita kena usahakan sekarang”. Aku benci bila mak larang aku aktif kokurikulum sbb mak ckp aku tak pandai bahagikan masa dan selalu malas belajar. Ya, aku mmg dari kecil selalu ponteng atau datang lewat ke sekolah. Mak mahu aku focus menjaga perniagaan keluarga dan belajar. Tp aku tetap aku..curi2 aktif disekolah.

Saat kebencian aku bertambah pada mak bila ketidak adilan berlaku antara aku ngan akak. Akhirnya, aku jadi seorang yang tidak mahu menilai kasih sayang seorang mak lagi sehinggalah aku berjauhan dari parent sejurus habis spm. Waktu itu baru aku mengerti betapa mak mahu menjaga aku dari masalah di masa hadapan. Mak mahu aku jadi insan yg cekal sama seperti dia. Rupa-rupanya arwah Atuk ada tinggalkan pesan, “adik tak sama mcm anak yang lain, walaupun degil tp hati dia lembut. Insya-allah bila tua nanti inilah anak harapan org tua”. Abah beritahu pada aku, abah tak mau aku hidup dalam prasangka.

Semasa aku sambung belajar di ikip seperti biasa parent aku tak menghantar aku, tugas itu diserahkan pada abg aku. Kakak ipar aku ckp, actually mak dan abah tak sanggup nak lps aku sendirian. Namun, waktu aku sambung di uitm Jengka mak dan abah hantar kerana ada byk pesanan untuk aku. Semester pertama, setiap minggu mak akan datang ini kerana aku mengalami masalah ketidakstabilan kesihatan. Ya, bermula pengajian diploma kesihatan aku tidak stabil. Semasa cuti semester aku accident, Ya kali ke 2 aku nyaris2 pulang awal ke pangkuan Illahi. Rahang muka aku retak dan aku refuse utk di tinggal di hospital. Terima kasih mak sbb selama 2 bulan menjaga aku dirumah. Pengajian sem 2 aku mengalami trauma accident, mak lebih kerap datang melawat kerana kesan accident menyebabkan aku mudah2 muntah dan pitam. Waktu itu mak sibuk dapat tender kantin sekolah tp dia tetap luangkan masa dan aku gembira kerana masa itu mak dah pandai ckp “sayang anak mak ni” each time dia peluk aku sebelum pulang.

Sem 3, satu peristiwa meragut nyawa kawan baik aku. Mak bergegas ambil aku pulang ke kampung, sepanjang perjalanan pulang byk nasihat-nasihat mak pesan pada aku. Pertama kali aku merasakan kehilangan seorang rakan yg sudah sebati dalam hidup aku. Mak mulai risau kerana aku bingung dan tidak keruan. Ada satu nasihat mak, minta aku jumpa parent dia dan peluk mereka, jgn sesekali menitiskan air mata. Air mata yg bertakung aku tahan sehingga pulang. Tanpa mak masa itu aku mungkin tidak akan dpt mengawal perasaan. Ya..kehilangan..

Di usia 57, mak sibuk menjaga adik aku yg lumpuh dan nenek aku. Bila aku kenangkan kembali dulu sibling aku selalu ckp aku anak kesayangan mak dan abah, manja. Tp aku tak pernah sedar sehinggalah aku dewasa. Sekarang bila aku mengalami masalah kesihatan aku tak mahu mereka tahu, bukan kerana aku ingin berahsia tp aku masih ingat satu mlm mak dan abah pernah ckp “mereka tak boleh terima kenyataan jika berlaku apa-apa pada aku”. Mak selalu pesan, jika perasaan lemah dan tak bersemangat ingatlah kasih sayang mereka terhadap aku. Aku harus teruskan hidup biarpun ada banyak masalah kesihatan. Mak ckp “adik bukan tak boleh sihat, tp adik lemah semangat..perlukan org tersayang selalu disisi..Mcm mana kalau mak dan abah tiada? ” Mak mahu aku cekal, aku gagal mengawal emosi kehilangan..Bila aku tak sihat aku tak mahu bebankan mak dan abah, mereka akan risau. Mak mahu aku hidup lebih lama dari dia..Dia mahu menanti aku disana. Tp..aku lah insan yg gagal menerima kehilangan..

Dihari lahir yg ke 57, aku doakan mak panjang umur dan dikurniakan kesihatan sepanjang hayatnya. Jika Allah mengizinkan aku hidup lebih lama dari dia, aku mahu jaga mak dan abah mcm mana mereka menjaga atuk dan nenek. Aku mahu bawa mereka ke byk tempat dan yg paling penting aku mahu pergi ke Tanah Suci Mekah bersama mereka. Aku mahu bersama mereka selamanya..

Mak dan Sally – 16 Feb 2008, Teluk Kemang

Blog Widget by LinkWithin

No related posts.


About the Author

Catzer seorang penulis blog syok sendiri yang suka merayap ke lokasi yang sentiasa dirahsiakan. Hanya tahu makan, tidur, main games dan blogging menggunakan Wordpress. Pakar masak megi dengan kimchi,yosh!!

19 Responses to “Selamat Hari Lahir ke 57, Bonda”

  1. ijamidayu says:

    Selamat Hari Jadi kepada mak awak.. :) Apa pun bnyk cobaan dlm hidup kita..

    Moga terus tabah dalam meneruskan hidup kita..

  2. Hanep says:

    sedih, sayu aku dengar.. mngigatkan aku betapa derhakanya aku..
    slamat hari jadi pd mak ko catz..
    semoga pnjang umur…

  3. Norhafidz says:

    happy birthday mama :), semoga berbahgia slalu

  4. Shaza Hakim says:

    Haven’t read a most heartfelt tribute for quite a long time. May your family has a long blessed life.

  5. Slmt hari lahir utk ibu Catzer..semoga dia terus tabah. Semoga dikurniakan kesihatan dan panjang umur…

    Ingatlah balik..masa kecik2, sape yg sikatkan rambut kita?
    Sape yg suapkan mknan kala kita accident..
    sape yg tuam kepala masa kita demam…

    I love my mum.. :D

  6. cikyin says:

    thanks catz, insaf aku dibuatnye.
    teringat bila aku slalu tarik muka bila mak tegur ape2.
    tp dia tgh2 sakit pun sibuk nk masakkan mknn2 feveret anak2.

    dan skrg aku nmpak hikmah di sebalik musibah yg timpa famili aku, aku lebey menghargai mak aku, lebey dari semua mende dlm dunia ni.
    harap mama kembali sihat dan ceria spt dulu.
    n happy besday to ur mum catz!

  7. catzer says:

    catz2ijamidayu~parent adalah inspirasi kehidupan aku..eheheh

    catz2hanep~thanks..moga parent kita kekal sihat dan gembira

    catz2hafidz~yup..bahagia..dlm usia begitu mereka tidak mahu apa2 kecuali keluarga bahagia.

    catz2shaza~sometime aku nak ckp sume tu sendiri tp aku takut tak mampu menahan perasaan

    catz2fliesbee~kalau bukan kita yg menghargai mereka..siapa lagi kan?

    catz2cikyin~yup..pengorbanan mereka tak akan mampu kita balas even berkorban nyawa sekalipun.

  8. xmindfreakx says:

    selamat hari lahir mak…eh,makcik…hepi sokmo

  9. BAGAK says:

    Sebak aku baca cerita kau.
    Kuatkan semangat

  10. titan says:

    betul. aku sayang mak aku gak..

  11. !x0r@ says:

    adeh,sayunya baca entri ni.. terasa saya pn sama je selalu pikir bukan2 kat mak saya. huhu. maklumlah beliau lebih utamakan anak lelaki dia dr kitorang anak pompuan dia ni.. huu.. ampun mak!

    btw, selamat ulang tahun ke-57 ye makcik~ :)
    semoga panjang umur dan dikurniakan kesihatan yg baik. amin.

  12. shaz says:

    terharu sgt bace kisah catzer ni..slmt hari lahir utk mak catzer..sayangilah mak ayh kite slagi mereka ada..
    i love my mum too..:)

  13. Catz …

    Dulu arwah mak saya selalu menangis bila ambil report kad masa darjah 3 dan darjah 4. Dia kadang – kadang marah kalau saya malas belajar. Dia kata hanya harapkan tanah pusaka. Dia cuma mampu tinggalkan kat saya ilmu sahaja.

    Saya tak tau nak kata apa – apa sebab hati saya mudah sebak bila awak cerita pasal kisah mak. Saya melihat pengorbanan mak saya masa dia menjaga saya di hospital. 9 tahun bukan jangka masa yang sekejap. Cuma, saya kesal tak dapat nak ziarah pusara dia setiap tahun kerana fizikal saya sekarang.

    Catz… Cuma satu aja pesan ‘abang’, hargailah sebanyak mungkin di saat mereka berdua masih ada. Minta restu mereka dan minta ampun banyak – banyak.

    Semoga tabah dengan dugaan yang menimpa… Kerana mungkin semuanya ada hikmah dari-NYA. Sabar dan kuatkan semangat….

    Lagi pun, si dia kan ada :D

  14. Lupa pula nak letak ‘JANGAN’ hanya mengharapkan tanah pusaka.

    “Selamat hari ulang tahun kelahiran, Mama. Kami sayang mama”. Ucap kat mak Catz macam tu tau. :D

    p/s – 4 September lepas genap la 6 tahun pemergian arwah mak saya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya dan memanjangkan umur mak Catz dalam keberkatan – NYA. Amin

  15. samdaddycool says:

    So blues… best post ni.
    Happy bday to your mom. I also love my mom but I don’t know how to express the feeling directly…

  16. tehtarik says:

    Mengingatkan tehtarik pada mak kat kampung…sedihnya
    Balik raya nanti nak cium pipi mak dan minta maaf….

  17. azwan says:

    sedih aku baca …
    ucapkan selamat hari lahir dari aku, dan utk kau pula aku doakan kau selalu sihat

  18. azuzafu says:

    catz.. happy bday 2 ur mom..

    sama la.. byk wat dosa.. worse bila tak tau nak express syg pd mak sendiri..

    slalu bisik pada hati bila rasa nak menderhaka tu datang..
    “berapa lama lg masa yg aku ada utk bersama dgn mak aku..?”

  19. uzair says:

    sedih aku bace cerita ni.Selamat Hari Lahir Ibu..

Leave a Reply

CommentLuv badge