Sayonara Exam PTD

Hari ni sepatutnya aku ada exam PTD di Serdang dan even mak aku bising bak meriam buluh aku tetap dengan pendirian aku tidak akan pergi ke exam tersebut.
Bagi mereka yang menduduki exam PTD hari ini, good luck kepada korang semua. Setelah bertahun aku mencuba rasanya dah sampai masa aku kena terangkan pada mak aku bahawa PTD bukan lah pekerjaan yang sesuai dengan jiwa dan raga aku yang sukekan kebebasan ni. Orang selalu racun aku keje gomen bagus, PTD lebih lah best gaji tinggi beb then standard lebih tinggi dari pegawai yang lain. Aku cuba telan sbb nak sedapkan hati mereka dan yang pasti selama ini aku mengapply gomen disebabkan permintaan mak aku. Itu sahaja alasan yang tidak kukuh dan dan tiba masa aku hapuskan alasan yang tidak munasabah tu.
Aku akan update application aku kat SPA, pada mereka yang dah jadi PTD atau org gomen yang menyangka aku berlagak kerana tak pergi exam ni terpulang pada korang. Aku ada jalan yang berbeza yang penting korang keje tu pun disebabkan nak secure dalam gomen kan? So aku hormati pendirian korang dan harap korang bekerja lah betul2 dan pastikan setiap rezeki tu halal dan berkat.
Kepada mereka yang melayakkan aku untuk exam PTD, thanks bebanyak. Dan senang keje korang sorang dah “malas” nak pi exam PTD.
No related posts.







best giler nama ko.. hahaha
aku sokongggggggg!!!!!!!!
aku pun sokong sgt…
aku keje gomen,
but i like my job, sbb job aku dlm kumpulan bakat dan sen *i like you
*anda selesema? sila pakai penutup mulut dan hidung [sedap tak sore aku?] hahahaha
Owh.. Mudah dah reja depa takyah potosted lagik sorang dah maleh.. Hueheuheuheuehuh
Cat
Make money online pun kira kerja jugak. Mak kau tak boleh terima ke statement tu?
aiyak..PTD ka?hahaha.ramai kat jabatan aku ni agak anti ngan PTD..sebab?kebanyakan PTD ni ek je lebih..haha (jangan marah eh PTD…:P )
M41 kan?sukahati ko la catz, aku rasa income ko lagi besau dari PTD punya gaji kan? lagipun keje gomen ni terikat ngan memacam2..kalau ko bukan jenis suka kena ikat,jangan masuk..hehehe..
lagi satu orang kata keje gomen ni senang..mmang ar senang..senang buat hutang..:D
ayat ko memang best sis…
“korang keje tu pun disebabkan nak secure dalam gomen kan? So aku hormati pendirian korang dan harap korang bekerja lah betul2 dan pastikan setiap rezeki tu halal dan berkat.”
ini yang paling penting… niat nak masuk kerajaan nak secure.. jadi mutu penjawat awam jadi kurang…
buat lah niat lain… kekekek aku nak jadi penjawat awam sebab aku nak jadi kerajaan macam swasta… boleh ker?
Exam PTD??
Nak juga tp x layaklah…
Lagoun byk kali dah g exam PTD tak pernah lulus2…
Haish takkan nak keje gomen lak catzer. Hehe..
keje kerajaan skrg tak mcm dulu, takder dah nak rilek2, busy memanjang..balik tgh2 malam pun biasa je skrg ni…
terpulang pada anda nak masuk kerja goverment atau tak
hoho..catzer meow meow..dasat nama..
Orang tua memang camtu.. dia sebenarnya suka tengok anaknya berpakaian formal, masuk pejabat hari-hari. Berstatus kolar putih, macam anak orang lain- dalam kampung, jiran dll..
Sebab tradisi Melayu kita disogokkan dengan budaya kerja gomen ‘terjamin’ dan banyak kemudahan (pinjaman / pencen / loan umah). Makan gaji juga sudah terlalu sinonim dengan masyarakat Melayu.
Jarang kita dengar mak bapa kata.. “dah besar nanti, adik jadi bisnesman”, walhal 9/10 punca rezeki adalah melalui perniagaan.
hehehhe..erm aku tak mo masuk gomen kalau jawatan tu PTD dan aku tak rasa aku buleh sesuaikan diri dengan politik gomen ni..sedia ada maklumlah kan..heheheh
Betul tu, jiwa kita tak sesuai dengan politik gomen
Baik kita bagi peluang orang yang sesuai jiwanya