Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Review 2009 Ada Berani?

goodbye 2009

Hehehe…dah lama aku takde idea dan baru hari ni aku terfikir nak betul2 published post yg aku tulis kali ni. Kebiasaannya post aku hanya bersifat separuh matang..heheheh

Oklah bersempena hujung tahun ni tak byk perkara yg dpt aku capai meskipun list aku panjang sejak awal thn lagi. Sebenarnya boleh dikatakan dr 10 agenda hanya 2-3 sahaja yg berjln sepenuhnya. Takpelah thn 2009 dah nak berlalu start awal bulan hari tu aku dah open buku baru.

Permulaan tahun, bermula Januari hingga April aku memulakan langkah pada thn 2009 dengan kesibukan exam PTD dan juga bengkel wordpress. Dalam masa yang sama warga blogger dan IM malaysia kehilangan seorang rakan perjuangan yang amat disegani iaitu bro zamani. Dalam tempoh ini jugalah aku semakin mesra dengan Facebook dan mengurangkan aktiviti blogging aku.

Di pertengahan tahun bermula Mei hingga Ogos, aku mengalami masalah kesihatan seperti biasa dah dikala ini jugalah H1N1 sgt glamer malahan virus YM pun boleh tahan juga. Kesibukan mengurus bengkel wordpress tetap terasa malahan masalah umah semakin runcing pada pertengahan bulan ini menyebabkan aku perlu berada dalam suatu keadaan yang memungkinkan aku “membunuh” tuan rumah tu.

Penghujung tahun bermula Sept hingga Dec, memberikan aku banyak ruang untuk mempelopori beberapa ilmu perniagaan yang lain dan memberikan aku pendedahan baru dengan kenalan yg rata-rata mempunyai latar belakang perniagaan yang agak membanggakan. Penghujung tahun juga banyak memberikan aku masa untuk berehat-rehat bersama keluarga dan facebook. Dan pada penghujung thn ini kami sekeluarga kehilangan nenek yg pulang ke rahmatullah pada 12.30 pm 11 Dec yang lepas.

Dec ini sebenarnya aku memang tidak cukup rehat memandangkan hujung tahun banyak perkara yang perlu aku kemas, tutup dan mula merangka untuk tahun depan. Di tambah dengan extra keje yang diberikan oleh sibling aku maka aku tak berkesempatan untuk menghabiskan Dec ini dengan rehat2 sambil layan anime.

Kesimpulannya meskipun tidak sampai 30% apa yg aku plan untuk thn ni berlaku, namun aku seronok kerana 70% lagi ialah penambahbaikkan yg tidak aku sangka. Malahan aku merasakan 70% ini lebih mengancam dari 30% tersebut..heheheh..so Allah lebih tau apa yg lebih baik untuk aku di masa hadapan.

Untuk 2010, aku telah merangka yg terbaik untukmu…(chewah!)


5 Responses to “Review 2009 Ada Berani?”

  1. nuaeman says:

    Takziah atas kehilangan nenek ko.. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh..

  2. zawzal says:

    ko kena banyak lagi berusaha nih..ko kurang makan nih. hehe..

  3. deennasour says:

    semoga 2010 datang dengan gempaknye.

    goodluck utk PTD. ptd tu beb!

  4. samdaddycool says:

    Takziah atas kehilangan nenek.. al-fatihah..

    Banyak betul aktiviti yang dah dibuat tahun ni ekk.. Harap-harap tahun 2010 dapat capai apa-apa yang belum terlaksana..

  5. [...] dikatakan target aku pada tahun lepas 99% tercapai. Ini merupakan pembalasan dendam kesumat terhadap 70% target aku pada 2009 yang gagal dicapai. Actually target pada tahun 2010 memanglah tidak byk tp merupakan target yang [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge