Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Android Mampu Milik

Persaingan sihat antara android dan apple telah byk membantu aku mendapatkan handphone android mengikut kemampuan aku, sebagai pengguna iphone aku tak dpt menahan diri untuk mendapatkan handphone yang menggunakan android sebagai operating system. Namun dek kerana kebanyakan handphone yg pakai android ni regenya agak tidak boleh blah..aku menghitung duit tabung ayam beberapa kali sebelum nak beli handphone android ni.

Dek kerana racun berbisa dari kawan baik aku si wayer tu telah menjebakkan aku membeli sebiji samsung galaxy 5, satu-satunya android phone yg aku mampu milik. Bulan lepas aku pergi ke Plaza Alam Sentral dan survey beberapa kedai. So ada satu kedai amoi dia punya customer service ok tak double standard aku yg comot mcm kucing baru makan coklat ni. Pada harga RM600 aku dapat lah sebiji Samsung Galaxy 5 dengan 2GB SDcard. Oklah tu aku bukan nak letak lagu byk2 pun..Kepada yg gile bergambar aku tak suggest phone ni sbb camera dia hanya 2 mp. Tp untuk aku ok jerk sbb aku ni malu nak amik pic dengan camera phone..:)

Sepanjang dekat sebulan aku pakai phone ni prestasi agak membanggakan!! Touch screen ok, internet laju, apps byk free,boleh dikatakan hampir menyamai prestasi iphone cuma screen dia kecik skit dan camera pixel rendah. RM600 nak compare dengan RM2k punya phone..agak2 lah kan! Tp yg penting time aku layan internet bateri dia lebih tahan lama dari iphone sbbnya pixel dia gunakan lebih rendah dari iphone..time aku main game Angry Bird bateri dia lebih tahan dr time aku main angry bird kat iphone. Yosh..hidup angry bird!

Bagi mereka yg suke pakai line wifi percuma..Yosh!!! Phone ni pun ada wifi tau! Kalau korang nak tau aku part internet2 ni mmg  cerewet tp dengan phone ni mmg marvelous, yg penting aku dpt check email, buka facebook dan juga main game angry bird. Kalau korang nak apps yg lain boleh download percuma di market android.

Memandangkan ramai kengkawan aku yg bersengkang mata nak memenuhkan tabung ayam nak beli iphone 4 kan..so kat sini aku share alternative phone yg bukan sahaja mampu dimiliki pada harga yg munasabah tetapi performance pun bleh tahan gak.

Detektif Conan VS Alan Tan

Bulan ni aku memecahkan rekod membaca buku paling banyak…(ops..comic)..Bagi mereka yang minat dengan comic detektif conan pastinya tertunggu mamat shinichi tu jadi besar balik. Bagi mereka yang meminati dan dahagakan informasi berkaitan dengan buat duit online aku pasti nama Alan Tan pasti korang pernah dengarkan?

Apakah persamaan 2 buku ni? satu-satunya persamaan yang wujud ialah ianya dibaca oleh aku :)

2 buku ni memang banyak perbezaan dari segi genre dan juga kandungannya, jika detektif conan penuh dengan babak2 penyiasatan yg buat aku tertanya siapakah pelaku jenayah…buku Alan Tan ni lebih kepada informasi berkaitan dengan buat duit melalui CPA (cost per action) dimana kalau aku take action Insya-Allah akan nampak hasilnya nanti dalam nilai $$$.

Pada awal tahun 2009 aku gile2 gak dengan CPA ni then dek kerana sedia maklum masalah aku ialah “malas” nak cari duit..hahahaha..so aku stop CPA sampailah skang. Tapi dek kerana buku Alan ni buat hati aku berdegup kencang nak test balik CPA. Tp jujur aku ckp kalau korang takde “cash $$$” di tangan jangan mengada2 nak buat CPA. CPA hakikatnya high risk,high return games unless korang tak kisah buat small money jerk dan korang ada byk masa untuk dihabiskan.

Buku ni banyak cite pasal asas berkaitan dengan CPA, percayalah kalau asas CPA ni korang tak khatam betul2 toksah nak berlagak ckp korang dah terror dengan CPA sbb marketing dengan PPC. Nampak sangat korang tak habis khatam lagi CPA ni..dan korang kurang kreatif hanya tau PPC jerk :)

Pada aku ebook ni dah terangkan 90% berkaitan CPA..mana 10% lagi…??? 10% lagi ialah “TAKE ACTION“.

Blog Widget by LinkWithin