By
catzer on Wednesday, August 4th, 2010 |
59 Comments
Berdasarkan post aku sebelum ini:
Godaddy Scam Pembeli Domain
Ramai yang mengadu mereka mengalami masalah yang sama seperti aku juga cuma jumlah yang di sedut oleh Godaddy tu buat mereka malas nak amik port sangat. Tetapi sebagai rebellion aku terpaksa amik port kerana jumlah yang dikenakan tu ialah cash yang ingin aku gunakan untuk cuti2 aku pada bulan ni.
Sebelum aku buat post pasal isu Godaddy ni aku dah contact support mereka dan akhirnya selepas beberapa hari aku berjaya dapatkan balik jumlah yang telah disonglap tu. Tidak semua kerana ada beberapa domain aku “paksa” kawan aku push ke akaun Godaddy mereka sendiri.
Pembeli domain layak untuk membatalkan pembelian atau renewal domain dalam tempoh 45 hari. Ini merupakan email yang dibalas oleh support Godaddy dan membolehkan aku di refund asalkan aku cancel renewal domain tersebut:

Selepas aku berikan pin identity aku dan cancel domain yang telah direnew itu aku berjaya mendapatkan kembali sejumlah $$$ yang telah disedut oleh Godaddy. Yosh!!! Sib baik boleh dapat semula even ramai kengkawan aku suruh aku lupakan jerklah peluang untuk minta refund dari Godaddy. Aku sekadar cuba2 gak memandangkan jumlah besarnya tu akan merugikan aku nanti. Ada 2 invoice tp disini aku kongsikan salah satu invoice yang telah di refunded:

So kalau ada yang mengalami masalah yang sama dengan aku lepas ni korang dah tau apa action yang boleh diguna pakai. Meskipun ada masanya salah satu pihak membuat kesilapan namun jalan penyelesaian tu semestinya tetap ada cuma jangan mengelupor. Takut elok2 ko boleh dpt refund terus akaun paypal plak kena limitation.
Kesimpulannya aku tetap akan jauhkan diri dari Godaddy, tp kalau korang rasa Godaddy terbaik buat korang sila teruskan jerklah sbb benda2 mcm ni tak semua org kena. Mungkin ada yang masih bernasib baik dan ada yang malas nak amik port.
By
catzer on Sunday, August 1st, 2010 |
66 Comments

Tadi sebelum aku kuar minum dengan salah seorang member IM aku sempat buka gmail. Mood gembira aku berubah kepada angin satu badan bila aku tgh ada autobilling Godaddy ke akaun paypal utama aku. Argh! Dia dah buat dah, selama bertahun aku tak gunakan Godaddy kerana isu yg sama. Then dek kerana termakan marketing domain Godaddy lebih murah aku cuba2 gak beli beberapa domain untuk kengkawan aku yg nak sgt domain murah dari Godaddy ni.
Hati aku berasap bile tengok bill paypal untuk renew domain di Godaddy lebih kurang $140!!!!
Hakikatnya aku sama sekali tak pernah set pun untuk autorenew! Bodohlah aku kalau aku set autorenew dengan Godaddy ni kerana sedia maklum untuk renew domain kosĀ Godaddy charge lebih mahal berbanding Namecheap.
D*** Godaddy! Sepanjang tahun ini aku tak pernah meradang macam hari ini! Muke aku dah macam cencorot!
Bayangkan domain direnew secara auto padahal byk kali aku dah uncheck autorenewal tu. Come on Godaddy jangan main kotor untuk dapatkan duit dari renew domain macam ni. 8 domain aku direnew dah di charge $11.62 untuk setiap domain manakala 5 daripada domain tu ko pandai2 pi renew private registration services pada harga $8.99 ( nilai ini sepatutnya membolehkan aku register new domain/renew domain di namecheap).
Post aku ni bukan nak buat perbandingan domain reseller mana yang terbaik tapi pada aku kebaikan Godaddy memang semestinya mempunyai udang disebalik mee. Aku dah contact melalui email support mereka, dalam kurang 2 jam mereka reply tp bukan dengan jawapan yang aku mahukan. Mereka just ajar aku mcm mana nak stop autorenew! Bod*h benda tu memang dah lama aku taupun dan aku dah buat..tapi mcm mana korang dengan sengaja tukar ke autorenew!
$140 tu lebih kurang RM420, mean aku nilai kerugian dalam tempoh hari ini. Rugi sbb Godaddy renew domain yg owner dia sendiri dah tak mau. Then lebih rugi kerana sume domain tu dalam bahasa melayu dan tidak bernilai untuk dunia blogging aku.