Nyah Kau Trojan YM!

by catzer on May 25, 2009

Seharian aku mengodek lappy aku demi menyelamatkan dia dari serangan Trojan Fake Alert yang mengganggu fungsi YM. Sabo jerk lah aku start semalam tetiba ramai tanya pesal aku buzz diaorg hakikatnya semlm aku hanya lepak ngan geng2 di Pakli Kopitiam dan juga melawat seorang rakan yg kena Dengue di SJMC. Rupanya si durjana Trojan ini lah yang menggunakan identiti aku tanpa kebenaran bagi menyebarkan link affiliate produk CPA. Hampeh ko Acai Berry!

So hari ni aku dengan bantuan Eizil membuat percubaan menghapuskan trojan ini. Hari ni kena aku sebijik..”Itulah kita tak boleh fanatik sgt dengan apa-apa jenis anti virus pun”. Hampeh ko eizil terkena aku hari ini. Even aku pakai Kaspersky Internet Security malware ini nampaknya lebih genius menyerang melalui rangkaian rakan-rakan yang mungkin kita tidak sedari..

Ok..ok..disini aku kongsikan percubaan menghapuskan trojan tersebut yg pada aku mungkin berjaya sbb tak sampai 24 jam lagi dan tadi aku offline pun aku tanya kengkawan mereka tak terima sebarang buzz..so aku rasa percubaan tersebut still dalam beta.hehehe

Step 1: Tutup YM korang kerana jika korang tak tutup malware ini akan run dalam sistem computer korang..so logout YM sekarang juga. Ini rupa YM aku apabila dia “tido”

Step 2: Kita perlukan anti-malware application, so boleh download trial anti-malware disini:

ANTI MALWARE – PILIH TRIAL

Step 3: Selepas proses installation, pastikan korang check for update dulu dan lakukan “Quick Scan”. So disini anti-malware akan mengesal Trojan FakeAlert di bahagian Registry Keys.

Step 4: Selepas proses quick scan selesai korang pilih File infected tu dan delete.

Contoh log selepas saya siap scan anti-malware:

Step 5: Aku tak pasti step ni penting ke tak tp aku buat juga demi memastikan infected file yg lain di nyahkan dr lappy aku. So aku download ad-aware untuk memansuhkan sebarang spyware. Download link:

AD AWARE FREE

Step 6: Selepas selesai menginstall Ad Aware kita dikehendaki “restart”, selepas restart klik web updated bg mendapatkan maklumat spyware terkini dan  kemudian klik pada “scan system”.

Selepas proses scan selesai bolehlah korang login kembali YM seperti biasa. Aku dah tanya kengkawan dalam senarai YM aku ada terima tak buzz lagi masa aku offline tadi, mereka ckp takde..so sejak 6 jam ini tiada sebarang masalah..So ini hanyalah percubaan beta dan digunakan pada lappy menggunakan OS Vista.

Selepas tu aku syorkan korang buat full scan untuk anti-malware dan anti spyware. Good luck.

Blog Widget by LinkWithin
Spread The Words:
  • del.icio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • YahooMyWeb
  • Mixx
  • Facebook

No related posts.

{ 43 comments… read them below or add one }

sha_munira 05.25.09 at 4:04 pm

thanks..gud info…sy penah kene trojan ape tah sampai tak boleh save ape2 file langsung…bile bukak pc, 5 minit pastu shutdown…

Eizil 05.25.09 at 4:10 pm

owhh… 5 minit erk… pastu kuar box yang 60 secs countdown tu ke? klu yer, sonok gak bermain ngan trojan tu… trojan degil… huhuhu

Eizil 05.25.09 at 4:11 pm

hehehe… congratz aa kalau dah bersih catz…

surfaddict 05.25.09 at 4:12 pm

hahaha..ada gak dengar pasal trojan tu..gile jahat..

surfaddict 05.25.09 at 4:12 pm

Aku harap percubaan beta ni berjaya..sbb tak larat wei nak full scan..thanks pada ko kerana byk membantu :)

eizil 05.25.09 at 4:20 pm

trojan yang ni pernah singgah kat lappy aku gak… kekeke… suka tul trojan tu

Lutsinar 05.25.09 at 4:47 pm

Walau apa-apa pun trojan ke, malware ke, virus dll, orang yang membuatnya mesti lebih advance dari semua anti-anti ni, kalau tidak awal-awal lagi kena cantas, anti-anti ni umpama ada sakit baru boleh buat ubat.(follower). soalnya hanya cepat dan lambat aje mereka create ubat tersebut.

kesimpulannya jangan percaya pada anti-anti aje, mereka sekadar cuma menyelamat lappy dari menjadi makin parah aje.

surfaddict 05.25.09 at 7:50 pm

erm itulah business namanya..mana ada develop yg buat produk boleh pakai sampai zaman terminator.

alang 05.25.09 at 11:29 pm

Itu la saya pelik jugak apsal la zam ni dok promote weight loss product kat saya. Macam la saya ni gemuk sangat :p

Saya ada satu step sahaja utk mengelakkan diri dari kena virus

Step 1. Beli Mac :D

khalifah 05.26.09 at 12:19 am

wah.. bagusnya tips ni..
thanks…

Farizal 05.26.09 at 1:14 am

tq. bagus tips ni dan boleh menang anugerah tips terbaik anjuran Kelab Rakan Muda.

pendekargrafix 05.26.09 at 1:26 am

wokeh cat. tenkiu bebanyak, rupanya malware tu lepak kat situ rupanya, patut la ym aku asyik promote aff sape2 ntah.

surfaddict 05.26.09 at 2:22 am

hahahah tips tu boleh diaplikasi kalau alang berikan rm5k pada sy..hahahaha

surfaddict 05.26.09 at 2:23 am

Harap dpt bantu kengkawan gak…tension ngan spam YM ni

surfaddict 05.26.09 at 2:24 am

Hahahahah..erm pening tul aku camne nak nyahkan trojan tu..alhamdulillah setakat ni takde lagi mengadu aku buzz depa tetiba. ko tau lah kan aku kalau buzz mesti lepas tu ajak borak..kekeke

surfaddict 05.26.09 at 2:24 am

okies..nyahkan dia cepat..buat semak dan merosakkn identiti YM kita jerk. hampeh punya trojan

od3n 05.26.09 at 2:37 am

tambahan, jangan lupe tukar pwd.

selamat berjuang ;)

samdaddycool 05.26.09 at 5:49 am

dah try guna malware dgn adware tu… nampak laptop tak terkena virus H1N1….
thanks sis for sharing…

species1980 05.26.09 at 6:39 am

YM saya okey jee….alhamdulillah….sebabnya kalau saya online YM guna yang kat email jeee senang…sambil check mail sambil chatting….

nikillas 05.26.09 at 12:07 pm

menda alah ni mmg serabai giler.. serabut giler.. acai berry yang sengal..!!!

Aizat 05.26.09 at 3:09 pm

tahniah catzer kerana berjaya menghalang virus ym itu dari merebak.
aku selalu jugak dapat msg ym yang pelik2..
confirm orang tu dah kena virus tu.
tapi macamane die boleh menjagkiti ym orang?

surfaddict 05.26.09 at 9:04 pm

Yup tak pasal2 aku kena create password baru..heheeh

surfaddict 05.26.09 at 9:04 pm

Hehehehe..erm tahniah kerana tidak menerima sebarang jangkitan

surfaddict 05.26.09 at 9:05 pm

Hahahaha..online YM webs ok lah..

surfaddict 05.26.09 at 9:05 pm

acai berry mmg sengal..tp kalau makan buah berry mmg sedap..hehehe..

surfaddict 05.26.09 at 9:06 pm

Dia once dah masuk dalam list ko contohnya dia akan merebak dlm sume list YM ko especially kalau kita terklik link tu..takde maaf bg mu..sebar2 kan pada kengkawan yg terkena tu

eizil 05.27.09 at 5:03 am

nampaknya dah ramai yang berjaya menyelamatkan komputer masing-masing… alhamdulillah… hehehe

HPA Online 05.27.09 at 5:07 am

Tips menarik nie. Tapi aku tak pernah lak dapat msg acai berry dari catz. member2 yang lain tu adalah

reezluv 05.28.09 at 3:00 am

hehe..nasib ar aku bukan pengguna tegar YM..fuh..tapi bila aku kena Sality aritu..memang insaf..takde choice..kena format ksemua file..sib baik la ada backup…

haritz 05.28.09 at 5:09 am

good info bro

surfaddict 05.28.09 at 5:35 pm

Yup..syukur beb..tahniah pada diri kita sendiri..tepuk bahu ko cepat!

surfaddict 05.28.09 at 5:35 pm

erm sbb sy br kena satu hari dah terus berusaha cari penawar..tak sanggup kehilangan id..hehehe

surfaddict 05.28.09 at 5:35 pm

hahaha..aku penguna tegar YM..wajib repair.

surfaddict 05.28.09 at 5:36 pm

ok..thanks tolong diri sendiri dan kawan2 lain.

Khai 05.29.09 at 2:21 pm

tukar password Yahoo je x boleh ke eh?

Fai 05.30.09 at 9:31 am

Owh.. Tu ke penyebab yg buzz saya hari tu..

Tapi tu la, baru2 ni byk pulak "virus" YM ni.. Hari tu dapat mesej "acai berry" dari ID shuth.. Huhu.. Bahaya2..

Thanks Sis

catzer 06.01.09 at 4:34 am

Better buang gak malware dan trojan tu khai..even tukarpun dia dpt gak akses sbb dah inject kita punya akses dlm computer ni

catzer 06.01.09 at 4:34 am

Skang ni langkah penting ialah sume orang kena buang trojan ni kalau tak sampai bile2lah acai berry akan berkuasa

abgzol 06.06.09 at 5:46 am

hampeh betul ler keturunan virus tuh! memang sah2 pencipta virus tu nak jual antivirus dia la tu! walau apa pun terima kasih catzer coz kongsikan tips buang menatang tu kat sini..ramai yg terkena nih..

Sayyid 06.14.09 at 2:13 pm

Herm.Memang bahaya jugak yer trojan2 yang power ni.Sebab tu lar pakai Malware.Satu lagi jangan lupa superantispyware.

kaizer 09.30.09 at 2:18 am

tq catzer,tapi aku x pernah kena lagi mcm ko.bcoz aku x glamour kot.ko galmour…heheheh :)

Apai 02.12.10 at 1:03 pm

thanks a lots bor for the tips

bizboyz 02.15.10 at 4:32 pm

senang jer…stop pakai tingkap(wondows)…pakai jer linux based OS,contohnya Ubuntu…baik punya virus2 windows kompom xganggu korunk…order cd dari netherland free of charge plaks tu…untuk maklumat lanjut,hubungi saya….saya akan bagi cara dapatkan cd tu free untuk anda sumer….salamz cat’s zam…..

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

« Back to text comment

Previous post: Berapa Kos Untuk Demam?

Next post: Aja Aja Fighting!