Misi Exam PTD

Kelmarin tengah aku dok leka godek2 sistem affiliate tetiba kakak aku call, ada surat dari SPA untuk exam PTD. Erm nampaknya ni panggilan ke dua setelah aku gagal dlm exam kali pertama.Alahai patutpun post tips cemerlang exam ptd aku dihujani dengan pelbagai soalan rupanya exam ptd datang lagi..kekek.Aku akan amik exam ptd ni pada 21hb di Seksyen 9 Shah Alam, kalau thn lps pusat peperiksaan aku di Damansara. Seharian aku disana..
Malam tadi aku mengeledah store mencari buku berwarna pink bertajuk “Malaysia Kita”, aku masih terbayang saat-saat aku mencari buku ni kat MPH Bukit Raja tahun lps..kekekek..tak susahpun nak beli buku ni kalau diikutkan buku ni boleh jadi best seller untuk bulan-bulan yang ada exam PTD. So ramai gak yg dok tanya tips cemerlang exam PTD ni. kalau ikutkan aku sendiri tak berapa pasti dan takde sape yg boleh jawap kecuali org yg buat soklan tu. Sekadar ada tips2 yg mudah dan biasa kita dengar jerk sama ada kita aplikasikannya atau tidak.
Kalau ada yg membaca post terdahulu rata-rata memberikan komen yg membina tak kurang juga yg dah resah gulana kerana di himpit kata-kata soklan exam sume susah. Ya, bukan mudah nak jadi PTD especially bile kita tak berapa alert dengan maklumat terkini dan isu2 perlembagaan malaysia. Lebih sengal lagi kalau kita mmg jenis dok lepak dlm bilik asrama tgk DVD cite korea atau jepun masa belajar dulu..ataupun leka dok main games sambil makan jajan. Erk, aku plak tak tinggal di hostel mmg dok luar sepanjang pengajian IPTA tp at least aku tetap aktif skit dlm taekwando dan bowling..hahahah..
Lebih malang lagi kalau korang dok sibuk keje then langsung tak baca paper atau tgk berita. Yg korang tau balik keje pi keje. So, kalau korang mmg power aku rasa potensi tetap sama. Selagi ada ke inginan dan niat yang betul untuk menjawat jawatan PTD Allah akan tetap buka pintu rezeki. Betul tak?
Misi aku kali ni nak habiskan mentelaah buku Malaysia Kita (Insya-allah), korang sume sedia maklum tahap minat aku pada buku mmg jauh berbeza ngan org lain. Mungkin sbb aku terlalu geek pada internet jadi apa2 aku lebih suke pakcik google..kat exam nanti takde pakcik google..huhuh
Aku harap untuk lulus kali ni, meskipun tak berapa berharap sbb tahap pengetahuan aku dlm perlembagaan malaysia yg rendah, sejarah yg failed, math yg mmg lemah, BI jgn ckp lah..kekeke..Apapun selagi kita tak mengalah dan berusaha aku rasa aku dah “lulus” bab tu.
Esok aku akan ke Gerak Usahawan bersama beberapa rakan yang lain. Apa yg menarik? Akupun tak tau sebab ni 1st time aku pergi Gerak Usahawan. Dengan motto ” Belilah Barangan Malaysia” aku tidak akan membawa banyak wang saku besok. Aku ni bukan boleh sume kang aku nak..Kad Harimau pun wajib tinggal.
p.s- website flipping part 2 akan di tulis dlm masa beberapa hari lagi.Sorrylah aku busy minggu ni jadi nanny.
Wow..Post Ni Pun Menarik!:
- Sayonara Exam PTD Hari ni sepatutnya aku ada exam PTD di Serdang dan...







wah, tahniah… samalah dengan adik ipar aku.. harap berjaya lah yerk..
interview dia ni banyak tapisan kan?
Uhuhuhu semoga berjaya…
catz2ikram84~a’ah byk sgt tapisan2 nya..kekeke..moga2 lulus lah erk.
catz2azhar~thanks..azhar doakan aku lulus erk..bolehlah aku pi Ktn kita pi makan kat megamall..kekek
huuu. cam xde panggilan pun. kna chk SPA nie.
Aku dah tak kuasa nak ambil exam PTD lagi..
Cukuplah aku jadi pen pegawai je,…
Sambil2 tu bisnes kecik2
catz2ST~check jgn tak check..
catz2zool~oklah tu dah masuk gomen..ni kami ni huh cap kaki pun belum ada kat opis gomen..keke
wahhh..exam PTD ek..heehe..jawatan kegemaran aku time belajar dulu,3kali ke 4 kali exam aku amik baru lulus,tp aku failed masa kt 2nd assesment PTD thn 2006,pastu tobat giler tk amik dah smpai skang.Gud Luck catzer
good luck !
ptd cemerlang neh nanti. hehe :)
catz2nazha~itulah antara cabaran awal nak jadi PTD ni..bukan calang2..Thanks beb
catz2knizam~insya-allah kalau ada rezeki..doa2 kan lah erk.
[...] ni aku dah rasa tido tak lena dan sebagainya..Bukan sbb aku tak study lagi utk PTD ataupun sbb aku tersalah makan. Tgh aku syok2 tido kawan aku send sms..pergh..lebat sistem affiliate [...]
xckup lg rpnye duit dlm bsnes IM ni ek..
mm…nnti saya nk kne ade krje ttp gak nmpknye.klo da rancak IM ni br leh fokus btul3
catz2j_hafiz~erm, semua bisnes kena ada modal. Most yg berjayapun mesti ada modal tak kiralah, pinjam duit parent ke apa ke. Mcm aku rasa sukar untuk bulan loan bank bile ko takde keje tetap. Lagipun spt aku mention awal2, keje gomen adalah permintaan parent aku. :)
tak jumpa pun kau kat gerak usahawan
aku pergi hari ahad 11-3
yang aku terjumpa ialah tauke rahsiakambing
bila terjumpa dia macam2 cerita
best, banyak dapat ilmu di sana
catz2bagak~ko mana nak pergi ngan aku yg cikai ni. So aku pergi sendiri lah hari sabtu. Aku tak jumpa sesiapapun cuma kumpulan2 booth yg buat cite bohong.
akum..thanks bagi tau name buku utk di bace.aku sebuk kerja..esok nak gi exam baru hari nih surf internet.
salam catz,
good luck utk ujian ptd esok and thanks for the tips.Info anda memang berguna.
saya pun akn mengambil ujian ptd esok di seksyen 7, shah alam dan ini adalah pertama kali saya ambil ujian ptd.jadi,apa yang saudara nukilkan tu bolehlah dijadikan panduan.
TQ