Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Mengapa Aku Tak Berhenti Belajar?

Tajuk kali ni takde niat nak nganjing sesiapa cuma ni perkongsian dari aku sendiri sepanjang aku terlibat dengan dua dunia berbeza iaitu engineering semasa zaman aku belajar dulu dan juga internet marketing (IM).

Jujur aku melalui zaman persekolahan yang kelam-kabut dan satu2nya lorong yang boleh membawa aku keluar dari dunia kelam kabut itu ialah dengan belajar lebih tinggi. Zaman aku belajar, cikgu dan lecturer tak pandangpun aku sebab tahap lembab dan bangang aku yg maksimum dan aku tetap ingat kata-kata seorang lecturer bahawa aku ni just lucky jerk dapat sambung belajar. Malahan paper dia pun cukup2 makan jerk lulus, aku tak terajang lecturer tu masa tu sebab aku tau aku memang bangang subject Chemical Reaction (dan subjek2 yang lain juga). Jadi mengapa aku tak pernah terlintas nak berhenti belajar walau sedikitpun meskipun waktu tu aku dah ada alternatif lain?

Pertama sekali peluang untuk aku sambung belajar tak semudah sekarang, aku terpaksa bayar yuran Kolej yang tinggi (dulu PTPTN tak bagi loan kat budak kolej swasta). Then lps tu baru aku dpt masuk uitm, sib baik ada uitm kalau tak aku rasa aku skang mungkin dah kawen dan beranak pinak dah kot sbb pompuan kalau tak belajar memang cepat kawen. Jadi adalah satu penambahan KEBODOHAN tahap dewa kalau aku berenti belajar hanya kerana aku nak buat IM. Disini aku tetap kekalkan niat aku untuk belajar setinggi yang boleh dan IM tu bila-bila aku boleh buat jika aku pandai bahagikan masa.

Kedua, aku memang minat engineering course ni ianya terbukti dengan grade on time bersama2 pointer yang agak cun. Aku masih terasa perasaan gembira dapat menyaruh jubah graduan dan bergambar bersama keluarga dan rakan-rakan yang lain. Aku tak kesal rezeki aku dalam bidang engineering setakat itu sahaja sebab sekurang-kurangnya aku berusaha dan walau sedikitpun tak pernah mengalah..jika kengkawan focus 100% aku plak 200% barulah bleh grade on time! Aku seronok dapat belajar benda yang memang aku nak sangat tau dan selongkari sejak aku kecil lagi. Alhamdulillah..long life engine!!!

Ketiga, dalam kehidupan kita ini tidak kira dunia perniagaan atau peribadi pasti ada turun dan naik, malahan aku merasakan adalah satu kerugian jika kita melepaskan satu perkara yang penting dan mengejar satu perkara lagi sedangkan KITA BOLEH MENGEJAR KEDUANYA DALAM SATU MASA YANG SAMA! jika tak boleh..maaf aku berani panggil korang BANGANG! Sebab aku telah melakukannya, kengkawan lain juga begitu…

Mael – Suatu ketika dulu blogger dan IM tegar amik course sama dengan aku Engineering

Eches - Mamat yang belajar di France ini juga mantap bab design dan coding tanpa perlu ponteng belajar

Amanz – blogging sejak sek sampai ke U, aktif gile ko amanz!

Eizil – Mamat Japan ini juga terror programming dan web development balik msia dan dah kawen

SyedHafiz – mamat yg tgh sibuk nak kenduri kawen gak ni..aktif semasa di U

Reezluv – Ipoh mali punya budak, skang dah keje dan aktif gile blogging

CypherHackz - huh mamat ni kalau tak kenal tak tau lah…

Menteil – Aku selalu ckp dia mentel dulu sbb selalu ckp nak “habis belajar” dan keje keje..takde ckp nak berhenti pun

Dan..ramai-ramai lagi geng blogging dan IM kalau korang baca blog depa tak pernah mention pasal nak berenti belajar pasal IM. Bg mereka yang takde dlm list..saje aku simpan korang untuk post akan datang..hehehe

Walau bagaimanapun post ini bukan ingin mempengaruhi keputusan mereka yang ingin berenti belajar kerana IM tetapi sekadar perkongsian aku ngan geng2 lain supaya korang boleh fikir dan pastikan pilihan korang tu terbaik!


13 Responses to “Mengapa Aku Tak Berhenti Belajar?”

  1. adamfaiz says:

    Ko memang terer..memang ramai student yang dah berjaya dalam IM nih..

  2. aman says:

    walaupun ramai akan katakan yang kita tak belajar sebegitu banyak perkara di Uni, tapi aku berpendapat, kita lebih matang dan berfikiran lebih terbuka dan luas apabila di bangku universiti. yayy~

  3. Juan says:

    Dulu dalam hati ni sangat2 berniat nak berhenti belajar.
    sebab belajar ni bukan best sangat pun.(dulu la)
    tapi bila dah belajar ni. Rasa best sangat. Macam2 mende
    baru yg dipelajari..Juan setuju dengan ayat Catzer ni..

    “adalah satu kerugian jika kita melepaskan satu perkara yang penting dan mengejar satu perkara lagi sedangkan KITA BOLEH MENGEJAR KEDUANYA DALAM SATU MASA YANG SAMA!”

  4. cyza says:

    Eh…apesal ko tak letak aku dalam list!!!???

    Aku ni siap la ni tgh buat ph.D dan tgh amik mentorship nak jadi PE tau!!! hehe…saje je…

    aku rasa lepas ni ko list kan lah…blogger 2 chem eng back ground..aku rasa ada byk gaks

  5. samdaddycool says:

    Betul.. betul.. betul… rugi berhenti belajar sebab nak kejar cari duit.. lainlah kalau atas masalah kewangan / family tak mampu…

  6. ramzy0 says:

    kalu dalam konteks ni, aku rugi lorh ngeh ngeh ngeh

  7. zik says:

    belajau lah sampai ke negeri china..

  8. BAGAK says:

    belajar kena habis, kalau tak apa yang kau letak dalam CV nanti

    kalau nak buat pinjaman untuk bisnes pun senang

    lagipun kau taklah rasa rendah diri bila ada sekeping sijil, tunjuk dah grad daripada mana2 univ (cara pemikiran/ percakapan orang belajar dengan orang tak belajar lain)

    lepas tu sambunglah buat IM sampai bila2

  9. Shahrul says:

    Aku kenal IM lepas habis belajar..

  10. titan says:

    hehe..best apa belajar..

  11. mohd zaini says:

    Belaja dari sekolah rendah sampai la ni..Belaja, belaja, belaja. Last sekali botak kepala..
    mohd zaini recently posted..1001 alasan logik tapi tak logikMy Profile

  12. Dila says:

    Salam sis Catzer, terima kasih sebab share life experience sis untuk bacaaan. saya stop takat degree aje.. tak terpanggil nak sambung ke Master lepas dah bekerja ni. tak tau kerugian atau tak sebab tak try. hehe :)
    Dila recently posted..5 Tips Untuk Blog SubmissionMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge