Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Melompat Lebih Tinggi

Erm ok aku bukan nak main teng teng hari ini tp bulan ni hampir 90% target dicapai sama ada dengan jayanya atau kurang berjaya..hehe..apapun apabila kita gagal tu maksudnya kita bersedia untuk melompat lebih tinggi..toing toing.

Hari ni birthday some one yang penting dalam hidup aku, selamat hari lahir buat dia dan semoga dia akan berbahagia selalu tidak kira dimana dan dengan siapa. Walaupun aku ni jenis yang “blur” namun aku tetap ingat birthday dia. hehehe..Makan kek nanti ingatlah aku..

Sebenarnya ada beberapa perkara yang kadang kala buat kita fikir sama ada nak lepaskan atau tidak. Contohnya ramai yang bertanyakan pasal kenapa aku stop bengkel wordpress di kawasan Selangor/KL. Area dimana piranha-piranha berada, dan jawapan aku senang jerk..Sebenarnya bengkel wordpress ni niat aku nak membantu rakan-rakan niaga yang lain dan hakikatnya aku sendiri pun ada kehidupan blogging sendiri yang perlu aku berikan perhatian. Hatta wordpress dah kuar 2.8 ni pun aku tak sempat nak mengodek lagi. So, aku akan explore race lagi WordPress dan Insya-Allah jika berpeluang aku akan buat bengkel wordpress yang lebih web 2.0..hahaha

Bulan Jun ni byk dugaan menimpa aku dan sama rata dengan nikmat lain yang Allah berikan, dalam diam tak diam aku berjaya tempuhi nya meskipun ada perasaan sebak dan hiba yang masih tertinggal. Ya, Allah menduga umatnya itulah tanda kasih-Nya..Jadi aku panjatkan doa semoga aku menjadi seorang yang lebih tabah dan iman aku semakin teguh..Insya-Allah.

Aku suka bulan Jun sbb ianya pertengahan tahun yang memberikan aku ruang untuk berdiskusi dengan diri aku sendiri. Menilai semula segala aktiviti yang aku lakukan dan merombak semula mengikut keperluan 6 bulan akan datang. Maklumlah aku ni kan market local jerk mcm ada salah seorang “otai IM” melabelkan aku. Aku tersenyum lebar apabila “otai IM” ni membuat spekulasi sendiri dan terima kasih kerana kecetekan pengalaman dan pengetahuan dia menjadi kan aku tergelak sepanjang hari itu. Mungkin dia sudah “market” kan diri ke peringkat antarabangsa..Ya..Tahniah..

Pada aku dimana juga kita mencari rezeki tidak kisah banyak atau sikit yang penting ialah sumber tersebut halal dan berkat. Takde isu siapa yg terbaik atau terkaya yg penting..kalau ada rezeki tu pepandailah nak byr zakat nanti.

Blog Widget by LinkWithin

Wow..Post Ni Pun Menarik!:

  1. Lebih Mudah Berserah? “Kalau aku boleh ubah hidup aku ni, dah lama dah...
  2. Melangkah Lebih Jauh Semalam aku borak dengan sorang geng yg keje gomen ni,...


About the Author

Catzer seorang penulis blog syok sendiri yang suka merayap ke lokasi yang sentiasa dirahsiakan. Hanya tahu makan, tidur, main games dan blogging menggunakan Wordpress. Pakar masak megi dengan kimchi,yosh!!

34 Responses to “Melompat Lebih Tinggi”

  1. Fai says:

    Wah Sis.. Lepas ni boleh buat tour satu Semenanjung + Sabah Sarawak untuk Bengkel WordPress Sis tu.. :)

    Ada "org" cakap IM Local (yg target pasaran tempatan je) ni ialah IM yg low class.. Tapi hakikatnya pasaran tempatan pun lumayan.. Pedulik kan ajer.. Yang penting kita happy dengan apa yg kita buat.. Betul tak sis?

    "Kalau mereka umpama burung enggang, tak perlulah pertikaikan kita yg kecil seperti burung pipit ini.."

    PS: Saya juga "IM Local".. Tapi saya bangga dgn pencapaian diri saya.. :)

  2. eizil says:

    hurmmm… lerh laks erk nak label2…
    tapi aku suka gak belajar ngan IM Local ni… senang sket nak uruskan… hehehe…
    bila aa nak jadi seorang IM yang berjaya macam korang2 ni…. lalalala

  3. Don't worry catz… aper yang u buat dah okey ler tu… ade rezeki BENGKEL WORDPRESS pasti boleh berkembang ke seluruh malaysia…..

  4. Muaz Hadi says:

    local ke international ke janji masyuk.. ada aku kesah! emo pulak aku dalam membela sifu aku nih..

  5. lutsinar says:

    Saya dah 50% explore wordpress 2.8 yang jelas kelihatan ada sistem cari theme berdasarkan kesukaan kita dan juga wejit surface board berbeza sikit. seperti biasa nak upgrade buat back up dulu, nanti nyesal pulak ……..

    baru 4 bulan 2.7.1 dah keluar 2.8 pulak, cepat sangat kan…..
    selamat merancang…………

  6. ijamidayu says:

    Hahahahahaha.. Apa pun TAHNIAH kerana SIS berjaya 90% capai apa yg DIHAJATI walaupun TARGET pasaran LOCAL..

    Dengan PASARAN LOCAL la saya kenai SIS dan EIZIL.. Alhmdllh.. Bengkel nie pun dah 3 sesi. Lepas nie kita keluar p Ganu EIZIL.. Pasaran LOCAL.. Hahahahahah

  7. yasir says:

    sis,jangan lompat tinggi sorang-sorang,ajak kitaorang sekali,,,,

    semoga terus sukses :)

  8. Iqone_Dinie says:

    salam catzer….huhu….ayat bunyi cam frust jer….kamon….dont give up…jangan pedulik kate org…ko da berada di tengah jalan..terus je..pedulik ape org kate…ko kene kuatkan motivasi diri ko tue….hehe….aku jugak akan sokong ko dari belakang nati tue…jangan give up ngan ape yang ko da buat skg….live must be strong….ko da x jauh menuju puncak tue….bukan menuju puncak yg AF tue tau hehe…

  9. kakeru says:

    Catz,
    Congrats wat hang, siap wat bengkel ke ganu lak aihh…best noo.. So, majulah hang utk negara..hoho.. ;)

    p/s: suka ati depa jer eh nak melabel org, jgn layan ar Catz..ntahapehapentah…huhu..

  10. [...] entri Catzer, juga mendorong saya muhasabah kembali cita-cita yang telah saya tulis di awal tahun dulu. [...]

  11. hazmanfadzil says:

    Tahniah catz sebab dah kembangkan empayar bengkel wordpress kat PANTAI TIMUR….lepas nie boleh la ROAD TOUR satu malaysia…. :)

  12. zool says:

    Aku pun dah lama tak upgrade wordpress terutama lepas PC aku sakit tenat ni

  13. baloot says:

    aku nak label ko sebagai otai bengkel wordpress la.. bole tak catzer? aku skrg dah tak larat nak ajar orang buat blog wordpress sebenarnya. ramai sgt bertanyakan pasal hal customised wordpress. tak cukup tangan rasanya. hee..

    bila nak wat bengkel di kota bharu lak? skrg ni makin ramai blogger n IM dari kelate ni.. :)

  14. Adam says:

    Rezeki ada di mana-mana. Tak terkejar rezeki kalau dah ditentukan.

  15. KampungBoy says:

    apa aad hal cat
    janji masyuk
    haha…..
    pasni boleh bwat roadshow

  16. surfaddict says:

    Insya-Allah ada rezeki…kemana2 pun aku pergi :P

  17. Pedulikan Otai tu,.. biasalah Otai, mungkin dia nyanyuk sikit (mungkin la,,.. jangan marah Pak).

    Yang penting, we believe you, we trust you,.. You rock bebe!!..

    Keep it up!! Ramai lagi orang kat luar sana nak belajar bengkel wordpress dengan kau. So jangan stop buat bengkel. Kalau tak kang,.. aku buat bengkel sendiri nanti, kau tak boleh cari makan plak. He.. he… jangan marah Catz,.. nanti kau tak nak reply plak aku punya inquiry. Maklumlah,.. aku ni buta IT, yang baru nak celik.

  18. Nabieel says:

    Oo..kena sound dengan IM lain ke..:)

    biasa ler dunia ni ramai sgt yg pandai :)

    so kita yg biasa2 ni senyum aje ler melihat telatah mereka :)

  19. MYus says:

    Yang penting kite ni semua pun pandai juga. Pandai bagi komen dan komen dan komen. Inilah dunia penuh dengan komen yang tak pernah lenyap..

  20. Wah.Berguna betul post ni.Wordpress lagi best.Lagi senang di SEO kan.

  21. You are the otai wordpress around the world. That for sure good labeling for you. The guru's wordpress blogging…

Leave a Reply

CommentLuv Enabled