Lebih Mudah Berserah?

“Kalau aku boleh ubah hidup aku ni, dah lama dah aku buat”
Itulah yang sering aku dengar bila ada kengkawan menghadapi masalah dan ujian dalam kehidupan diaorg. Kadang kala nak jerk aku terajang ataupun pelempang diaorg ni 10 kali.
Sebenarnya kalau ada sesiapa yang membaca post aku berkaitan dengan Jiwa Kacau sudah arif dengan masalah yg aku hadapi pada bulan lps. Alhamdulillah di saat jiwa kacau aku masih mampu menyelesaikan agenda Bengkel WordPress sebaik mungkin dan mencapai target aku pada bulan April.
Bulan ini aku cuba membantu rakan-rakan yang sering berserah pada takdir kehidupan dan seolah-olah Allah memang menjadikan dia seorang yang suka “Berserah”. Orang sebegini selalu berselindung di bawah makna “redha” dengan dugaan Allah berikan. Hakikatnya mereka langsung tak berusaha untuk melawan balik dan menguasai keadaan dan menjadikan diri lebih baik.
Nasihat aku, kalau mahu betul2 berjaya macam orang lain. Hentikan sikap mudah mengalah dan berhenti menjadikan diri sebagai “mangsa” keadaan. Aku segan untuk mengadap Allah sekiranya aku mengalah dengan ujian-Nya, kerana aku tau Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hamba-Nya diluar kemampuan hamba-Nya.
Semalam aku bangun dan buka gmail, Alhamdulillah account paypal yg kena limitation dah di restore semula dan satu case disputed telah ditutup dan wang aku dikembalikan semula. Aku tersenyum gembira dan di dalam hati aku menangis kerana gembira dan merasakan aku lulus salah satu ujian-Nya pada bulan lepas. Disaat aku merasakan seolah-olah sudah tidak ada jalan penyelesaian dan tiada siapa yang mampu membantu Allah berikan aku satu kekuatan untuk “fight back” dan proceed dengan “back up” plan.
Kisah disebaliknya ujian-Nya yang korang patut ketahui, sepanjang aku berada di dalam keadaan jiwa kacau aku terus beristiqamah. Bulan lepas aku mengambil kesempatan untuk sign up ongoing pledge donation untuk MAKNA. Jangan korang anggap post ini untuk menunjukkan diri aku baik sgt. Aku percaya rezeki yang Allah berikan pada aku setiap hari ini sebahagian daripadanya bukanlah milik mutlak aku dan ianya perlu dikongsikan bersama insan yang lain. Mean untuk mendapatkan sesuatu yang lebih aku percaya aku perlu lebih memberi dan berkongsi. Aku harap korang pun boleh berbuat sedemikian. Jangan lah nak tunggu kaya dulu baru nak buat, kerana lps korang kaya korang akan ckp tunggulah kaya lagi dan lagi….Then…sendiri sambung…
Kesinambungan cerita aku kali ini ialah…Jangan sesekali berserah pada takdir 100%. Cuba buat yang terbaik dan nilai kembali diri sendiri dan tak pyh cari kesalahan dari segi faktor luaran, cubalah nilai diri kita dahulu dan FIGHT BACK!
No related posts.







FIGHT BACK… suka dgn term tu!
yap. kalau mudah mengalah..dah lama aku blah..
Aku pun suka dengan term fight back tu. Alhamdulillah, ko dah lepas satu ujian Allah, hidup kita ni takkan berhenti daripada terima ujian daripada-Nya.
Kalau tak nak ujian, sila stop makan and minum, pastu berserah puas-puas untuk terus hidup. ngeh2.
Dari ujian setiap hari kita belajar perkara baru.