Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Ku Tunggu Kau Pulang

Erm, minggu ini agak bosan kerana kawan aku sudah mula bekerja..bermakna aku kehilangan tukang masak dan kawan bergaduh. Setelah hampir 2 minggu aku menderita demam panas akhirnya aku mampu merempit pulang ke rumah semula. Hinggakan fify sudah tidak kisah akan kewujudan ku..Erm, kucing yg lupakan tuan..Siaplah kau nanti akan ku dera sebagai hukuman melupakan aku.
Duit poket aku juga sudah rebah kerana menanggung kos rawatan semasa demam panas. Lebih mengejutkan lagi bile doktor membuka cerita keadaan jantung aku yg kurang stabil perlu di maklumkan kepada pakar cardiologist. Oh, begitu serius sekali. Aku tersenyum disaat muka doktor berubah utk menyampaikan cerita yg tak semegah itu. Saat itu aku teringat arwah datuk yg meninggal kerana sakit jantung. Oh..aku terlalu muda utk semua ni. Diagnosis sahaja tidak bermakna apa2 jika aku masih yakin utk bernafas spt org biasa.

Beberapa minggu ni juga aku tidak memohon sebarang pekerjaan. Mungkin esok akan bermula semula. Hari ini aku menunggu kepulangan diri ku semula, menanti semangat itu pulang. Aku ingin berlari semula biarpun larian itu tak membawa aku kemana-mana.

Saat ini aku bersendirian, memikirkan esok yg lebih baik dan cemerlang.

Blog Widget by LinkWithin

No related posts.


About the Author

Catzer seorang penulis blog syok sendiri yang suka merayap ke lokasi yang sentiasa dirahsiakan. Hanya tahu makan, tidur, main games dan blogging menggunakan Wordpress. Pakar masak megi dengan kimchi,yosh!!

10 Responses to “Ku Tunggu Kau Pulang”

  1. Labanon says:

    Semoga cepat sembuh seperti sedia kala :) AMIN!

  2. That must be hard.
    Kadang-kadang saya terfikir sendiri kenapa perkara yang tak patut berlaku kepada kita terpaksa kita tanggung hanya kerana kita punya sebahagian daripada darah itu.
    Damn, sometimes life is not fair.
    I hope it’s just a diagnosis and nothing is real.

  3. vangardx says:

    bercakap mengenai jantung..jgn main2 tau..ikut nasihat doktor..memang kita terlalu muda utk semua itu..tp zaman skang nie tak mustahil beb

  4. affuan says:

    Ya ya.. Kalo ko smoking, aku cadangkan ko renti skrg.

  5. Patut lama tak dengar berita. Abang doakan awak cepat sembuh. Jaga kesihatan. Cuba minum sup ayam campur halia. Cuma lupa makan ubat. Tapi, kalau nak bagus, minum air rebusan daun semambu. Ia mampu menurunkan panas. Memang pahit, tapi itulah ubat. :)

  6. rasso says:

    Semoga sihat selalu… :D

  7. catz says:

    zamani and rasso…thanks..aku akan berusaha utk sihat mcm selalu..hehehe..

  8. zek says:

    Patutlah lama tak muncul.
    Anyway take ur time to life with healthy way

  9. catzer says:

    hi kawan2 thanks for advice..Actually, sakit ni datang dr keturunan. Actually aku bukan smoker, dan menjalani hidup yg sihat. Cukup makan dan bersenam, but mcm vangardx ckp, semua tu tak impossible skang. Luckily, aku masih bernasib baik sbb di diagnosis awal.

    Nazirah Ashari,mula2 aku fikirpun mcm tak masuk akal but bile ingat arwah datuk yg tak sempat aku jumpa pergi kerana heart attack, aku realized kita perlu menghargai hidup kita ni sebaik mungkin.

    So kawan2 yg mana tak pernah buat medical check up, pergilah buat. Dan jg lupe beli insurance..hehe

  10. amirol says:

    :) take care catzer. semoga sama – sama kita semua dilindungi-Nya daripada sebarang penyakit dan mala petaka. :)

Leave a Reply

CommentLuv badge