Ko Pakai Apa
Hari ni aku teman kawan ke uptown Shah Alam, jarak kurang 10 minit dari rumah aku. Actually itulah aktiviti selepas pulang dr menonton “Wanted” cite paling aku tak suke sbb heroin nya bunuh diri..huhuhuhu..Tak suke, tak suke..
Oklah, disana aku tak beli apa2 just cuci2 mata..biasalah aku susah skit nak beli brg..kedekut..hehehehe..erm memula actually aku nak balik cepat then terlepak ngan seorang kawan yg memang meniaga di uptown shah alam..Terbuka cerita pasal guna2,pakai2,bomoh2, mandrem dalam business. Memula dia tanyalah, ko pergi mkn ke kat kedai2 blkg tu..aku ckplah tak sbb aku baru lepas pekena donut dan juga mkn yee mee kat Aeon Bukit Tinggi. Oklah tu..Dia ckp, mandrem kuat baru2 ni masuk, org bawak dr Sarawak..Erm,bile dia sebut jerk benda alah tu..aku mula meremang bulu roma. Cish ko ni pagi2 ni buat cite gitu bikin aku takut jerk. Dia ckp kedai dia dah 3 kali kena mandrem dek org sekitar so sbb tu dia pun mintalah seorang Ustaz buka pandangan batin dia..erk..entahlah gitulah dia ckp. So, dia akan nampaklah mcm2 benda asing tu..aku ckp apa benda asing tu..semut ke..lipas ke..kalau kedai mknn takpun dlm bahasa science benda asing tu benda yg tak sama element dgn substances. Hehehe..Erm, yerlah tu lebih kuranglah tu..aiyak..Aku mula meremang, hampeh tul mamat ni bikin aku takut mau pergi toilet jerk.
Dia ckp kedai2 kat blkg tu byk pakai mandrem so masa dia beli air dia nampak ada satu kedai tu tgh mkn mee sup then atas kepala dia ada “benda” yg air liur dia menjejes masuk ke dlm sup tu…Cish..Sialan..Lebih aku takut..Last2 aku ckp dah lah wei..aku takut nak balik…chow dulu..Mmg hampeh kawan aku tu.
Actually..percaya atau tak..aku heret fify teman aku pi toilet tadi..Nasib baik ada dia..huhuhuh..ko Mie..mmg kurang asam..bikin kawan sendiri takut. But aku believe cume satu, Dia..Dia yg tentukan sume tu..
No related posts.







Tiada yang berkuasa atas muka bumi ini melainkan Allah
mandrem tu apa benda? Dari Sarawak la pulak benda mandrem tu. hmmm….aku tatau dan tak pernah denganr dan mungkin jahil. hehehehe
mendrem?erm,dia merujuk kat kedai makan ke tu?
erk!!
baru semalam layan wanted..
tp masuk lmbat 30 minit.. :P
Memang ada pon benda2 ni.. Dah kategori syirik.
Tapi hanya Allah yang maha menentukan. Semuanya dengan Izin-Nya.
catz2fahmi~yup..sbb tu aku berani merayap mlm2 buta tu..
catz2taukey~mandrem ni bahasa apa aku pun tak tahu..tp ianya berkaitan dgn “kuasa menarik”
catz2afham~30minit ok lagi sbb iklan jerk dah amik masa 15 minit..kui kui kui
hehe..penakut jugak ko ni rupanya..
ahha…hanya melayu jer ade istilah mendrem2 dalam perniagaan.jarang la dengan non-malay citer pasal bende2 nie
ko bikin aku seram sikitlaa.. aku tgh sorang-sorang lak kat ofis sekarang ni…. dan selalu sgt terasa meremang satu badan..
Bila kita pakai mandrem maknanya kita tak ada keyakinan pada diri sendiri. fikir-fikirkanlah…ARB Dagang
ehhh…mana ko dah menghilang..aku dok tunggu ko online. Takde kawan nak boraklah…