Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Kenangan Berpuasa Blogger’s Rebellion

Kenangan berpuasa di perantauan merupakan kenangan yang sentiasa mengajar aku menghargai saat2 bersahur dan berbuka bersama keluarga. Ketika aku duduk di kampung, Ramadhan merupakan saat paling sibuk kerana aku akan ditugaskan untuk menjual murtabak dan ayam percik di kedai mak aku. Apabila malam pula, kami akan menjual kerang bakar dan kerang rebus pula selepas solat terawih. Maklumlah keluarga besar macam keluarga aku ni memang memerlukan pendapatan bersih yang agak besar juga. Alhamdulillah 9/10 rezeki Allah tu memang datang dari perniagaan.

Ketika berpuasa di perantauan sewaktu aku bekerja di Parkson Grand isu paling besar ialah ketiadaan wang belanja. Maklumlah budak baru lepas habis SPM, aku lebih banyak menyimpan duit dari berbelanja kerana memang dalam kepala aku nak sambung belajar kalau ada peluang. Jadi bersahur dan berbuka dengan megi dan air kosong tu dah jadi rutin semasa aku berpuasa. Kadang-kala bile megi dah takde dan duit pun dah habis mula lah aku menyelongkar apa yg patut dan kebiasaannya memang aku hanya minum air kosong sahaja. Kadang kala kalau ada kawan-kawan yang sudi belanja aku makan so itulah rasanya makanan terbaik sewaktu aku berbuka. Terawih tak dapat aku laksanakan kerana aku sentiasa keje malam balik dah penat aku terus tertiarap tido.

Setahun kemudian aku berhijrah ke bandar besar di Pahang, Kuantan untuk menyambung pengajian aku. Berpuasa di Kuantan aku tak mengalami sebarang masalah bab makanan kerana “hutang belajar” aku dah termasuk dengan tanggungan makanan dan tempat tinggal. Meskipun mewah dengan makanan semasa bersahur atau berbuka aku bersyukur kerana berkawan dengan kengkawan yang sentiasa mengingatkan aku tentang menghargai rezeki yang Allah berikan. Berpuasa sebagai pelajar IPTS semasa itu berlalu dengan pantas kerana kelas yang sentiasa padat dan tempoh pengajian yang singkat. Setiap kali sebelum bersahur aku akan merayap dengan member2 aku sekeliling Palm Court Apartment takpun lepak tepi kolam renang. Kebiasaannya kami akan berterawih bersama2 dan sambung study sampai subuh jadi bila puasa lepas bersahur masing2 balik ke bilik masing2 bersolat dan bersiap untuk kelas.

Selepas aku berjaya masuk ke IPTA, kehidupan berbuka puasa agak jauh berbeza kerana lazimnya aku yang sentiasa bersahur ini mengalami sedikit isu kebersihan makanan. Sedia maklum, UiTM menyediakan makanan bersahur dan berbuka untuk pelajarnya. Namun aku memang tak mampu nak makan kat dewan makanan tu sbb tgk cara depa handling makanan memang mengelikan. Jadi, seminggu sekali parent aku akan bekalkan aku dengan sumber makanan yang cukup untuk aku sepanjang di bulan puasa. Untuk berbuka biasanya aku akan beli di Pasar Ramadhan, itupun di kedai mak kawan aku yg “confirm” bersih! Sepanjang aku belajar di UiTM Jengka selama 2 1/2 tahun bulan puasa aku memang lebih kerap jumpa family aku untuk dptkan bekalan makanan. Biasanya terawih aku just buat dalam bilik sahaja dan tak pergi Awis Korni, unless aku “wajib” pergi untuk dapatkan cop pengesahan aktiviti.

Kemudian aku mula berpuasa di rumah sewa sendiri apabila aku menyambung pengajian di UiTM Shah Alam. Dek kerana malas nak masak ataupun keluar bersahur biasanya menu aku megi, roti dan apa sahaja yang mudah dan cepat untuk ditelan. Kehidupan di rumah sewa memang satu cabaran yang besar kerana semasa aku belajar aku tak pandai lagi nak cari sumber pendapatan dari online. Sejujurnya aku memang berharap semasa aku belajar aku dah tau pasal internet marketing tapi memang bukan rezeki aku masa tu. Aku masih ingat member aku kehilangan motor (dicuri) semasa bersolat terawih di Masjid Besar Shah Alam. (Helmet aku sekali hilang). Nasib baik jumpa balik motor tu, tak senonoh tul budak melayu yang mencuri tu di Masjid pun boleh buat jahat.

Sehingga kini aku masih menyewa rumah dengan kengkawan setelah hampir 4 tahun aku menamatkan pengajian. Bersahur yang sememangnya wajib pada aku jadi dah jadi tugas aku mengejutkan kengkawan yang nak bersahur. Tapi tahun ini aku lebih byk bersahur berseorang kerana masing2 dah malas nak bangun sahur. Menu sahur aku di hantar oleh food provider aku dlm kul 1 am. Biasa aku sahur pada pukul 5 am dan hari aku bermula lebih awal. Kadang kala apabila aku melayan kepala aku sorang2, teringat saat2 bersahur dengan mak dan abah di kampung. Ini kerana biasanya aku di “wajib”kan sahur kerana pernah rekod aku pengsan semasa di sekolah rendah kerana tak bersahur.

Camne plak dengan kenangan berpuasa korang?


26 Responses to “Kenangan Berpuasa Blogger’s Rebellion”

  1. hafidz says:

    Wah.
    Sangat hebat & mencabar juga kenangan berpuasa sebagai student.
    hafidz recently posted..Nuffnang Buffered EarningsMy Profile

  2. Eizil says:

    Pengalaman berpuasa yang sangat menarik, aku kalau nak kongsi pengalaman puasa, tak cukup laks ruangan komen ni :D
    Eizil recently posted..Bigdump – pindahkan database anda dengan mudahMy Profile

  3. tehr says:

    wah, sampai tak lalu nak makan – dahsyat juga cara mereka sediakan makanan – tak buat aduan ke sis?
    tehr recently posted..Seloka Saman EkorMy Profile

  4. mijie says:

    pengalaman yang menyentuh jiwa raga aku bila membacanya, aku igt aku sorang je susah tapi ada lagi rakan sekapal
    mijie recently posted..Kepentingan membaca ruangan komen dalam artikel blogMy Profile

    • catzer says:

      yup tp aku tetap positif thinking masa tu, memandangkan ada geng yg lebih susah dari aku. Especially mereka yg dtg dari Sabah. Even tak pose pun depa dah start pose. So even seteruk mana cabaran dan dugaan aku masa tu aku still bersyukur ada nikmat lain yg Allah berikan pada aku.

  5. sunguh tabah ko ye catzer. ko start study dari sijil ke? bagus gile wei!

  6. samdaddycool says:

    memang tabah Catzer ni… Semua tu jadi kenangan terindah kan?

    kenangan puasa, memang banyak. Paling tak lupa masa sekolah kena training basketball.. pastu apalagi, teguk air paip la (pasal asrama penuh, mana nak korek makanan..)
    samdaddycool recently posted..Menulis entry sambil bermain pool sementara menunggu waktu berbukaMy Profile

    • catzer says:

      Betul tu bro sbb tu sy kongsikan di post kali ini, mungkin pada sesetengah orang depa tak sanggup nak baca tp takpe sume tu pengalaman masing2. :)

      Bab minum air paip tu mmg dah jadi tradisi jerk..hahaha

  7. hanif says:

    Kesiannya sahur sorang2,kadang2 memang susah nak kjutkan kwan2 bangun tidur,macam kwan kat umah aku,dah serik nak kjutkan aku lagi,asyik tak bangun jer hehe
    hanif recently posted..Kelebihan Buah KurmaMy Profile

    • catzer says:

      dulu awal2 mmg rasa syahdu jerk tp skang takde perasaan dah aku huh..suke hati koranglah nak bgn ke tak..aku tetap sahur..hahaha..kekejaman di musim pose :)

  8. mijie says:

    ai tuan rumah pergi mana ni, bercuti lagi ke ataupun tengah sibuk dok mengemas rumah
    mijie recently posted..Petua parking kereta di shopping complexMy Profile

  9. adamfaiz says:

    Time kecik dulu bila penat je…basuh muka (sambil hirup air paip) heheee
    adamfaiz recently posted..Takde Bunga Api Pun Raya Meriah JugakMy Profile

  10. Mr.Z says:

    memang banyak pengalaman yang bermakna sewaktu menjadi pelajar.. megi itu bagi saya dah lumrah dah lagi2 time bergelar pelajar ni..
    Mr.Z recently posted..Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 53 Malaysia!My Profile

  11. Dila.13 says:

    Bersahur pun siap ada food provider? best betul macam tu.. zaman paling mencabar berpuasa ialah masa sekolah menengah kat sekolah sukan. tekak sampai payau pun kena tahan je tengok budak2 non-muslim teguk air waktu 5 minutes break. tapi, still kenangan paling best! :)
    Dila.13 recently posted..Idea Menulis Unique Article Ada Di Mana-manaMy Profile

    • catzer says:

      hahahha..yup sis aku order mangkuk tingkat send kat umah untuk bersahur. Time bulan pose aku tgk budak2 skang aktif gile kalau aku dulu part nak pi sekolah agama memang dah berat gile kaki. =))

  12. titan says:

    jap. jap. ko dah konvo ke belum?
    titan recently posted..Kenangan Berpuasa Titan 1990-2010 Part 2My Profile

  13. Azuan says:

    aku dulu kalau sebagai student semasa duk merantau, biasanya berbuka kat masjid jer.. hehe.. jimat…
    Azuan recently posted..Cabaran Hidup Seorang Blogger Melalui Aktiviti OnlineMy Profile

  14. kulanz says:

    banyak pengalaman dah ni puasa di beberapa tempat..
    akupun kenangan yang tak dilupa masa puasa di ipt juga.. masa tu maklumlah bujang.. jadi makan je apa yang ada :D
    kulanz recently posted..TMJ Palsu Dalam FacebookMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge