Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Kena Kencing Sokmo

Nampaknya post blog aku dah dikotori dengan bahasa pasar yg bunyinya kesat dan tidak enak di dengar. Namun itu lah hakikatnya ayat yg digunakan di dalam kehidupan seharian kita ini sering kali di dengar dan sudah menjadi bahasa tokokan yang menggantikan ayat yang sebenar.

Post “menganjing” sebelum ini tidak menuding jari kepada sesiapa, jauh untuk menuduh pihak2 tertentu. Namun siapa makan cili mmg terasa pedasnya. Jadi sudah baca komen2 pembaca terpulang pada korang sendiri sama ada nak meneruskan gaya perniagaan yang sebegitu. Aku sekadar menyediakan medium untuk orang lain meluahkan apa yg terbuku di hati mereka.

Semalam aku pulang dari Taman Maluri ambil komuter terakhir dari Stesen Sentral, bile komuter terakhir kuantiti manusia yang bersama2 aku dalam satu gerabak tu tidak lah ramai. Then bertentangan kerusi dengan aku seorang gadis india yang sejak dari tadi memandang aku. So, ketika mata kami bertentang aku melembar senyuman dan dia mengambil kesempatan untuk memulakan bicara.

Pertuturan sejak menggunakan “I’, saya dan aku..dlm hati aku apa kes lah minah ni ayat pengganti diri pun berubah-ubah. Tp aku tetap kekalkan senyuman aku yg dah semakin sinis tu. Dalam dok berbual2 tu ada dia selitkan pasal wallet dia kena curilah, hphone dia rosak lah pergi repair..Tp aku just buat bodoh mcm tak dengar, dalam hati aku perbualan ini sudah ke arah auta. Aku sekadar teman dia bersembang sehinggalah dia turun di stesen Subang Jaya, siap salam tangan lagi sebelum berpisah tu. Lepas dia keluar aku cepat2 lap tangan aku risau gak aku mana tau ada minyak guna2 ke. Zaman sekarang ni tidak kira laki atau perempuan kejahatan nya sama jerk. Balik sampai umah aku terus ke bilik air cuci tangan dengan dettol..hahhahah..dlm hati aku bersyukur aku tidak lah semudah itu untuk di kencing.

Aku rasa korang pun byk pengalaman di kencing oleh individu sebegini, hilang wallet lah..hilang phone lah..mcm2 yg hilang hakikatnya aku tgk handbag dia ter kalung baik di leher.

Masa aku belajar dulu tidak dpt dinafikan aku selalu membiarkan diri aku kena “kencing” dengan orang sedemikian bukannya apa aku rimas mendengar mereka mencipta cerita. Jalan ceritanya sama jerk…Apa pendapat korang? Kaki kencing ni tidak kira dimana sahaja mesti akan ada..tidak kira online mahupun offline. Aku pasti dlm seumur hidup korang tetap akan kena kencing sekali..heheheh..betul tak?

Blog Widget by LinkWithin

No related posts.


About the Author

Catzer seorang penulis blog syok sendiri yang suka merayap ke lokasi yang sentiasa dirahsiakan. Hanya tahu makan, tidur, main games dan blogging menggunakan Wordpress. Pakar masak megi dengan kimchi,yosh!!

29 Responses to “Kena Kencing Sokmo”

  1. titan says:

    haha..camana la itik punya bijak leh kencing pempuan kat atas nih. umpan pakai anak lagi tuh. haha..

  2. Kujie says:

    kalau boleh nak mengelak dari awal
    takut tersentuh hati..mudah kesian

    aduhai….itik sapa ni…pinjam seminggu :p

  3. wanwma says:

    bakpe ko punye ayat bnyk alah2 ayat Ganu gitu?

  4. ishak hasimi says:

    tak apa kan..janji jangan bahasa tuut..macam tu ,heheh,salam kenal

  5. nyetok says:

    Dah lali dah ngn taktik kaki kencing neh, mengencing sebelum mengepau.. ko rano?

  6. XploR says:

    Dulu aku kene kt stesen bas. zaman muda2 skolah dulu.
    Nak balik rumah bas dah takde. ade mamat dtg nk tlong carikan keter sapu mintak spuluh hinggit. Aku dgn baik hati jer bg. Nak terkencing jugak lah aku tunggu dia carikkan keter sapu. Duit aku dia dah sapu. Terkencing hancing aku rupanya. Cis!

  7. affuan says:

    Hakikatnya, kita semua perlu kencing setiap kali bangun dari tidur di waktu pagi..

  8. catzer says:

    hahahah..sape2 ada itik mcm ni pun boleh buat bisnes ni beb..

    kencing tiap pagi tu biasalah wei..hehehehe..

    Erm tp kena kencing kat bus stop pun mcm dah biasa jerk di kalangan kita kan..

    Nak buek camno aku dulu masa belajar ramai geng ganu..hehehe

  9. orgtranung says:

    hahaa…kena kencing…x sama dgn kena lebong… mungkin nk sama dgn kena taik…hahaha…

    tapi aku xbrp paham dgn cite kat atas tu…ingatkan dia nk cilok brg ko…haha..

  10. affuan says:

    Lelaki sahaja. HAHAH.

  11. mrozaidi says:

    Haha..Aku rasa dalam OH!Bulan pun ada gambar ni..kan? Sebenarnya kita kena berhati-hati dalam “kecing-mengencing” ni sebab akan menjaga maruah kepercayaan kepada rakan2 lain untuk menaruh harapa yang baik kepada manusia yang digelar “KAWAN”..Sekian..

    *Lama giler tak aktiv blog ni.. dan sekrang nak aktiv semula dengan pendekatan baru…sekian…

  12. raffy says:

    Kalau ada itik mcm ni, ambil duit yg di curi pastu buat beli makanan itik..hehe..

    Semoga boleh buat iktibar dari itik ini..:)

  13. catzer says:

    affuan~roger boss..keh keh keh

    mrozaidi~yup..tp ada jerk kawan kaki kencing tp buat bodoh jerk mcm tak bersalah..erm tak aktif erk..hahaha..actually idea byk kena block..malware masuk byk sgt dlm kepala aku ni

  14. ijamidayu says:

    Kalo dah biasa kencing sis.. Dok kencing jerk.. Dia dah rasa seronok kencing nie..

    Apa pun, hope ia terus menjadi pengajaran buat kita semua.. Apa pun,..> Nasihat2 SIFU Catz kepada aku.. Amatlah dihargai..

  15. catzer says:

    Erm itulah masa minah tu buat muke kesian aku buat muke sengal..heheheh..masa belasan thn bolehlah aku sokmo kena kencing huh sbb sebenarnya tak larat dgr depa reka cerita..keh keh keh

  16. Mantra says:

    Zaman skang ni bukan boleh pecaya sangat.
    Kita nak buat baik orang pulak berniata jahat kat kita.
    Tengoklah macam itik kat atas tu hehehe…

  17. azwan says:

    ya .. memang semua orang akan kena, tapi kena pandai lah … especially dlm dunia IM ni. kalau dah terbeli, pastikan betul-betul per’kuda’ kan support nya tu. kalau tak, refund.

  18. aminjohar says:

    Terkenang pula kisah2x lama. Pengalaman tersebut buatkan diri AJ kini menjadi lebih matang.

    Pandai sungguh lidah mereka membelit belit. Sampaikan belitan tersebut mampu menyegat dengan tusukan kalbu yang mendalam.. Cukup lama juga tersiksa.

    Kini penglibatan pula di internet. Oh kena lebih berwaspada..

  19. haritz says:

    mmg ramai org sekarang pandai kencing tp itik tu pun apa kurangnya huhu

  20. reezluv says:

    kencing memang best..tambah2 kalau time yang betul2 nak kuar tuh..hahha..tapi dikencingi..(eh betui ka perkataan neh..haha.) memang tak best…

    kena kencing duit tu ramai yang dah kena agaknya..dari yang RM10,RM20..sampai la ke RM20,30K..ada tuh..tapi sebenarnya kena belajar melalui pengalaman..

    cam kat tempat aku ni ada sorang makcik mintak sedekah ngan anak die..pas member aku kasi duit kat die..then esoknya mmber aku nampak baaaikk punya dia ngan anak die ngah makan Bigmac kat McD..pastu balik siap naik teksi gitu..pergh..lepas tu terus aku pun taknak caya..

    tapi camne plak eh kena kencing dalam online?erm..ada tu rasanya

  21. Bard says:

    ..bersedialah ‘kena kencing’.. walau dimana anda berada..

    Tanamkan niat dihati bahawa walau sebesar zarah kebaikan yg kita lakukan pasti ada balasannya.. (berperangsangka baik adalah jln terbaik..namun kena bijak jangan ‘terkesian’ lelebih pulak..)

    Walau apa alasan dia nak ‘kencing’ pada kita.. jujurlah pada diri sendiri bahawa BUKAN ini yg kita minta.. tentu ada Hikmahnya.. mungkin kita ‘terpernah’ buat tanpa disedari dahulu..kot-kot..

    Salam ceria..

  22. blinkky says:

    Memang kena hati-hati. Kadang-kadang tak tahu pun kita kena kencing.

  23. ohmerah says:

    kadang-kadang, inilah yang berlaku. jadi, hati-hati.

  24. samdaddycool says:

    Itik tu mahal tak kalau beli sekor??

  25. catzer says:

    hahahahah..so sbb tu aku buat post ni kasi “amaran” pada semua supaya lebih berhati2..heheheh…

    uikh akupun nak beli lah itik gini..

  26. naz says:

    dulu masa noob selalu kena kencing, sekarang tak dapat kot.haha =D

  27. zuwairiaiman says:

    kene kencing ni x best… kencing org best.. hehehe

  28. Adney says:

    Aku penah gak kene kencing. Ngan Cina kedai henset.. Die kencing aku cakap modem ni mmg mahal.. dan nak tambah function kene tambah RM100 padahal software tu free je leh download kat tenet.. lol!

  29. Amin007 says:

    ooo, kalau perasan kena “kencing”, kena basuh dengan dettol yer.
    baik …

Leave a Reply

CommentLuv Enabled