Kelirunya Aku
Kelmarin aku di datangi budak Pusat Tahfiz Amal, seperti biasa budak lelaki berumur lingkungan 12 tahun ini membawa Gel Herba, jualan berharga RM10. Sebenarnya byk dah isu pasal Pusat Tahfiz Amal ni, korang boleh baca disini:
Pusat Tahfiz Amal? Selling Posters?
Murid Tahfiz Disuruh Kumpul Dana
Setiap orang ada pendapat dan pandangan masing-masing yang mungkin di buat berdasarkan pengalaman, penilaian dan juga persepsi masing-masing terhadap isu ini.
Bagi aku pula, kalau aku rasa nak beli aku akan beli, (depend pada barang yang depa jual gak). Tak kan lah aku nak kumpul Gel Herba tu sampai 50 botol? Ada kang aku yg jual kat korang sume nanti..hehehehe..Aku gunakan istilah beli berbanding derma kerana mereka dari program keusahawan pusat tahfiz tersebut..jadi ianya lebih kepada proses jual beli.
Barang yang aku paling malas nak beli ialah poster, sebabnya aku jenis yang tak suke menampal/menggantung barang2 mcm tu even kalendar kat umah pun ada satu kalendar kuda bersaiz paling mini itupun kawan aku dapat kat pasaraya hari-hari..percuma!
Aku cuma keliru, takde barang lain ke depa nak offer untuk jualan amal tersebut dan mengapa mesti “wajib” jualan berjumlah RM10? Ok, sejujurnya RM10 tu takdelah banyak sangat tp jika ianya perlu dilakukan dengan kerap at least seminggu sekali kita akan jumpa budak2 ni membuat jualan amal (kalau di shah alam ni aku jumpa hari2) jumlahnya RM40 dan aku pasti ramai yang sekadar mampu memberikan budak-budak ni duit minum atau makan. Hatta, bukan berlabelkan “kedekut” tetapi aku percaya kalau jumlahnya dikecilkan sedikit jumlah pungutan jualan amal ini lebih memberangsangkan.
Kita ambil contoh, warga OKU yang menjual tisu paling minimum setiap tisu itu boleh memberikan mereka pungutan sebanyak RM1. Malahan tisu adalah produk pakai buang yang sememangnya mempunyai tempoh kehidupan yang singkat dan pastinya setiap kali aku melepak kedai mamak aku akan beli tisu tu sbb mamak selalunya mmg kedekut bab tisu.
Ok, post aku kali ini bukan membincangkan isu kanak2 ini di ekploitasi atau tidak. Aku perlukan komen yang bernas senarai produk dan cara pemasaran yang lebih berkesan untuk pusat tahfiz ini terus hidup dan mampu membantu golongan yang memerlukan. Supaya 5 tahun dari sekarang mereka sudah tidak perlu melakukan jualan amal hingga sampai ke Sarawak dan Sabah. Aku tidak mahu kita berterusan memberikan mereka “ikan”, kita mahu mengajar mereka memancing/menebar jala/mentuba (hehehe) ikan supaya kehidupan mereka lebih baik. Supaya penerapan keusahawan itu dilakukan dengan cara yang lebih baik tanpa memerlukan mereka keluar dari kawasan sekolah.
Aku keliru sbb aku tidak pernah berada di sana, tidak pernah merasai apa yang mereka lakukan..








anda ada pilihan untuk derma atau tidak. ada banyak tempat yang selamat untuk menderma selain bagi budak-budak ini duit. antaranya tabung masjid atau baitumal atau rumah anak-anak yatim.
namun sama ada duit yang kita “derma” tu diguna di tempat yang betul atau disalahguna, kita masih tak kehilangan pahala yang Allah beri kat kita apa.
tapi aku pilih untuk tidak beri kepada budak-budak ini.
terlalu ramai budak2 ni skang, aku dah jadi berbelah bahagi sbb tu aku ckp depend pada produk yg depa tawarkan..kalau aku perlu benda tu baru aku beli..heheheh..kalau tak..senyum dan ucap terima kasih..tak mo. :)
saya nk kongsi pengalaman..bukan pasal pusat tahfiz amal..tapi pusat OKU yang menggunakan modus operandi yang sama..harga yang sama..tetapi kumpulan sasaran di tempat yang lain..dalam kes saya ia berlaku di subway time sq..seorang amoi dtg dan mintak 5 min sambil menunjukkan produk yang perlu di beli pada harga rm10..kawan saya tanye kalu boleh bagi jumlah kurang tapi x perlu bagi produk tersebut..tetapi amoi tersebut cakap tak boleh..sebab dh ade resit macam dlm gambar kt atas..jadi, persoalan nye mesti ke derma pada harga rm10? klu bukan derma pun wang bantuan..
jadi, saya setuju dengan sedara catzer, kite patut ajar mereka cmne nak menangkap ikan..tetapi bagi yang tiada deria penglihatan saya rasa patutlah di beri kelonggaran kerana mereka tidak mempunyai keupayaan melihat walaupun cukup tulang 4 kerat..
sila tegur kalau ada yang silap..terima kaseh
Aku cuma nak tau sapa SM Amin yg ada muka dia kat depan jeli gosok yg hang beli tu.
Hensem sambil senyum nampak gigi. Seronok nampaknya dia.
Siapa dia ni?
haha..aku beli rm20 minyak nie…heh…
x tau nape aku beli..tapi macam nk beli…terus kuar duit je…heh..walaupun masa tu sengkek giler….haha
kalau dulu aku selalu gak kasi kat depa ni..tapi skang ni kena hati2 sebab bila pikir balik..tiap kali ari jumaat je, muka yang sama jek..erm..baik aku kasi kat tabung masjid..dah tentu aku tau yang duit tu akan kemana..
payah skang ni nak tau mana satu yang betul atau tidak..kenapa budak2 ye jadi modus operandi..nape tak orang dewasa yang buat?Mungkin bebudak upahnya lagi kecik kot..JIMAT…
kalo saya , lebih rela derma kat budak tue untuk dorang wat belanja makan dari beli produk2 tue…macam kurang percaya la ngan bebudak yang mintak derma nie..takut dorang dipergunakan oleh mana2 badan..so , kalo beli produk , dorang xkan dapat pape , sebab duit akan terus disalurkan ke badan tue , tapi kalo bagi kat budak tue , leh gak dorang wat belanja makan..kesian tengok dorang berjalan ke hulu ke hilir jual barang…
emm…jual kat pasar malam. Jual air pun takpe. Jual air..kalau kena air yang wanted..memang laku gila..Attack aje kat pasar malam. Setiap hari ada pasar dari hari isnin hingga ke hari ahad..attack keuntungan 1 hari RM100…7 hari..dah 7 ratus..sebulan? dekat RM2800…haa..10 bulan..28k..
itu je yang aku nampak..kalau betul nak dapat duit yang banyak.
Kesian budak2 tu sebab kena menjaja walhal waktu yang sama rakan2 sebaya sibuk main bola sepak atau buat homework.
Aku kesihan tengok budak-budak tu. Namun aku rasa adalah manjadi tanggungjawab kite untuk membantu. Aku call sekolah tersebut, gurubesar mereka bernama Ustaz Muslim 0193893544. Mintak penerangan sedikit tentang sistem pembelajaran mereka dan aktiviti harian mereka. mintak bank akaun mereka untuk aku bank-in kan amal jariah aku. Diakhirat kelak Allah akan tanya apa yg kita telah buat untuk membantu mereka menegakkan kalimah Allah. Mengutuk2 we are going no where…
saya pun pernah membeli sambil menderma ubat berbentuk gel herba ni di depan sebuah bank di bentong akhir tahun lepas..saya x terus memakainya cuma membuka dan mencium baunya saja.Berangin dn mcm gam saje rupanya.Suatu hari minyak angin dicari x jumpa..lantas saya menyapu gel ini ke tengkuk saya yang sengal2 dek banyak mengadapa laptop..perhhh mujarab betul..suami saya pun mengakui nya bla disapu pada dada dan kepala..lega pulak..yg sedihnya cari produk ni tiada plk di pasarannnn.Cuma daga alamat tertera tulis sg pasir intrial park,sg petani kedah…Harga nya x sama RM 20.00