Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Kaum Adam Suka Kaum Hawa Mengedik?

[tak tau nak letak image apa kat sini..]

Argh..sape yg tak tau mana gedik angkat tangan! Huh..korang memang gedik..keh keh keh

Beberapa bulan ini aku kerap bertemu dengan perempuan yg gedik2, ish..mulut aku ni jahat ke mengata kaum sendiri. Tp serius aku tak boleh tahan dengan perempuan yg perasan diri mereka cantik (ada gak yg mmg cantik), perasan sume org suke dengan perangai “manja” mereka (mmg ada yg suke especially lelaki) dan part paling tak boleh blah..perasan mereka bagus dari segala mende. Argh..Cam nak pelempang jerk!

Istilah gedik ini pertama kali aku dengar semasa aku duduk di asrama,maklumlah ramai senior kaum hawa yang dah akil baligh ni suke lah menunjukkan “kematangan” mereka di hadapan junior mcm aku ni yg pada masa itu belum akil baligh lagi. Aku yg sedia maklum golongan lampi skit ni masih tak fhm betul2 apakah maksud gedik ni, yerlah budak tak akil baligh kan blur2 jerk especially bile ada part menyulam ketupat. Namun yang peliknya senior kaum adam memang terkinja-kinja juga dengan kakak2 yg gedik ni. Argh..tahap itu aku mmg dah blur, adakah kaum adam memang suke kaum hawa mengedik?

Selepas aku mencapai tahap akil baligh barulah aku faham mengapa senior kaum hawa aku tu suke tergedik2, paling tak boleh blah kalau mengedik dengan kaum adam tu aku faham2 lah tp ni dengan kaum sendiri pun nak mengedik. Nak jerk aku terajang dek kerana geli dengan suara yg mengedik dan body language mereka. Tetapi aku takut gak kena “terajang” dengan warden hostel nanti kerana melakukan keganasan. :)

Hingga ke hari ini aku masih musykil tahap ketebalan muke golongan kaum hawa yang mengedik ni. Nak kata mereka ni bagus sangat aku rasa takderlah. Malah ada yg sekadar PERASAN BAGUS jerk tapi nak menang dalam sume perkara. Contohnya, bila ada kawan di opis yang beli handbag baru..Si Gedik ni akan merenyam sibuk nak membelek2 handbag baru kawan dia tu then akan ckp gini ” Oh..beg mcm ni banyak kat rumah I dah. X-Bf I beli,then bf i skang pun belikan juga. I tak minta pun tapi dia nak belikan juga. I minat yang lain, tapi org dah bagikan ambik jerklah..” Sambil buat senyum kambing dan mengedik2. (Ish!..geli aku buat dialog gini).

Simboliknya..perempuan gedik dijangkakan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang mereka mau. Betul atau tidak..perhatikan sekeliling korang. Aku ada kenal sorang perempuan gedik ni yang nak berbaik dengan pak guard just sbb nak minta pak guard tu tolong tengok2 kan kereta dia kat parking. Tahap kepura-puraan yang aku rasa memang takde nilai diri. Tak salah nak baik dengan pak guard pun akupun baik gak sbb dah lalu lalang depan dia selalu tak kan nak menyombong kan..tp takderlah sampai ada SEBAB ko nak baik dengan org.

Perempuan Gedik…korang ni bikin malu kaum jerk lah..

Blog Widget by LinkWithin

No related posts.


About the Author

Catzer seorang penulis blog syok sendiri yang suka merayap ke lokasi yang sentiasa dirahsiakan. Hanya tahu makan, tidur, main games dan blogging menggunakan Wordpress. Pakar masak megi dengan kimchi,yosh!!

16 Responses to “Kaum Adam Suka Kaum Hawa Mengedik?”

  1. zakri says:

    Yang Pasti aku tak gedik catz. Weh lama tak nampak ko erk…

  2. luq says:

    yang ni aku tak sokong bro laki suke yg gedik
    geli la tgk perempuan gedik..
    haha

  3. Mantra says:

    Wah nampak macam geram semacam je….
    tapi kadang-kadang ade juga lelaki yang menyampah tengok perempuan gediks.
    Dan perempuan pulak ade yang jenis gedik ngan lover diorang je…ha yang itu bagus :)

  4. Haks3!
    Paling teramat setuju sekali!

    Bnci gak pompuan gewdik stakat nk mnunjOk die g bgOs!
    Cam cesdeL!

  5. catzer says:

    zakri ~ aku rasa ko memang tak boleh gedik kang kena cubit.

    luq~ geli takper..kalau tahap muntah terus lebih teruk

    Mantra~huh..kalau gedik dengan lover tu no hal lah kan..aku rasa itu WAJIB :)

  6. zakri says:

    Ha ha ha tau xpe.

  7. reezluv says:

    gedik tu ape?geli terkedek-kedek?hahaha..ke geli cam itik=gedik?hahaha..

    apa pun ramai sungguh aku dapat tengok pompuan cenggini..selalunya depa nak memanipulasi sesuatu untuk mendapatkan sesuatu..dah dapat..cari jalan plak nak ke tempat lain

  8. adamfaiz says:

    Wah tak sangka aku..pompuan pun sependapat ngan aku. Aku dulu kalau kt kolej memang dicap anti-sosial sebab selalu x nak join geng2 ni berborak kat library, atau berborak kt depan campus. (borak sambil gedik2 la….) sambil jeling2 orang sekeliling (samada tengok diorang ke tak)..Bo layan!

  9. kat ofis aku ade sorang pompuan gedik, naik meluat & bebulu aku tgk. Kalo yg gedik2 ni jgn di layan sangat. Semakin dilayan semakin kuat gediknya. Baik wat x nampak n tak tahu je…

    Dgr kabar minah ni dah punah ranah dek akibat kegedikannyan dgn laki orang. Rosak beb anak yg x dara dah ni…huhuhuhu

  10. Pisyek says:

    haha… catz, anda mmg kene letak sample gambar gedik tu…

    baru org2 mcm pisyek ni jelas dgn erti gedik tu cmne.. hehe…

    =P

  11. ah leng says:

    biasa la tu… tapi serious, kalo perempuan xgedik, xbest owh hidup… mesti nak tgk jgak perempuan mengedik, baru syok… yeeha~

  12. azwan says:

    Cat, kalau takde perempuan gedik … tak best lah dunia ni. dahj takde siapa nak diumpat .. ha..ha .. ha..

  13. azlan says:

    sapelah yg gedik 2 ek…

  14. deennasour says:

    pompuan gedik, laki kerek.
    hancus la kalau ada cpuple camtu.haha

  15. titan says:

    aah. ko gedik. haha..

  16. BAGAK says:

    “Masalah orang adalah peluang Bisnes”

    Ini adalah peluang bisnes untuk menulis ebook atau menghasilkan pil hormon anti-gedik.

Leave a Reply

CommentLuv Enabled