Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Kami Bakal Bertiga – Check Up 18 Minggu dan 22 Minggu

Pergh..sangat lama aku tak update blog..hampir setahun boleh pecah rekod ni..Apapun kehilangan aku bukan disengajakan sebenarnya pertengahan tahun lepas terlalu byk isu yang perlu aku dahulukan..(Konon-kononnya).

Kali ini aku ingin berkongsikan kegembiraan aku bersama korang kerana 5 minggu lepas aku baru sedar aku pregnant 18 minggu!!!! Hubby aku pun terkejut sbb time pi urine test selama 3 bulan berturut-turut ujian urine aku menunjukkan negative (not pregnant). Jadi pada hujung bulan 2 aku pun gegaslah pi cari tukang urut pelik kenapa lah tak period, tp perut cam kembung2. Dengan bantuan sorang kawan di Bangi pada 23 Feb. aku pun merempit ke umah kakak tukang urut tu, tp bile time nak urut bahagian perut dia ckp cam ada baby jerk ni. So dia syorkan aku pi scan..So,dengan harapan 50-50 aku mengagahkan diri pi buat ultrasound dengan member aku di Poliklinik Al-Haj Bangi. Memula doktor tu cam keberatan takut aku stress kalau aku tak pregnant, tp aku ala2 memaksa nak buat gak ultrasound tu! Then time buat tu doktor tu sengih, then sahkan aku pregnant 18 minggu, baby dah nak masuk 400 gram dah pun..Ya Allah lembabnya aku! tak sedo pun pregnant since aku takde morning sick dan ujian urine test tu negative!!!!! Kenalah RM60 kot scan tu..tak silap aku..thanks pada freen yg teman aku tu..dia pun sengih2 feeling2 cam nak pregnant gak..(cukup2lah 3 dah anak ko).

Aku rempit balik ke Shah Alam dengan hati penuh berbunga2 dan penuh kesyukuran kepada Allah. Hampir 5 bulan baby dlm rahim aku tidak mendatangkan sebarang permasalahan pun pada mummy dia ni. Malahan aku yang sengal ni mkn mcm2 jamu dan ubat konon nak bg period lancar..Allah maha Melindungi si kecil ini. Aku menangis sepanjang perjalanan pulang, menangis gembira ataupun menangis sbb betapa bodohnya aku..akupun tak tau..hahahahah..Tp kepala hotak aku terfikir camne nak kabo ke en.hubby dan family..Argh..kusut sekejap! Balik sampai kat parking umah aku call mak aku, mak aku ckp itulah masa aku balik kampung bulan 11 dan nampak cam ala2 mode org pregnant jerk..hahahaha..pandai lah mak aku tu tune kasi mode aku tak serba salah..Then..en.hubby balik keje aku tunjuk pic doktor snap masa scan,huh..blur2 sekejap laki aku..akupun buat muke selamba jerk..hahahaha..

24 Februari aku buat checkup pertama kali di SALAM specialist Hospital, memula en.hubby beria nak syorkan KPJ Selangor aku ckp terang2 lah mahal kat situ mmg lah best selesa tp tak selesa poket kami nanti..hahaha..nak pilih DEMC kawan aku seorang doktor ckp baru2 ni ada case di DEMC..aish..buat aku risau plak, so aku pun gigih lah ke SALAM yang jaraknya tak sampai 5 minit dari rumah aku..hahahaha..sangat dekat sbb tu aku pilih SALAM. Lagipun en.hubby pun pernah kena warded di SALAM masa kena gigit tebuan dulu. Appointment aku pukul 2.30pm tp memandangkan hujan lebat aku sampai lewat gak dlm kul 3.15pm gitu. Aku tunggu dlm setengah jam nurse panggil check urine, blood pressure dan timbang berat 57kg(Gemuknya mummy u). Then, aku kena menunggu semula..hehehe..kul 4.15pm nama aku dipanggil untuk masuk jumpa Dr. Siti Mariam. Baik jerk doktor ni, diapun terkejut bile check aku pregnant 18 minggu baru tau..hahaha…dia ckp mungkin sbb hormon HCG aku tak stabil dan sepatutnya aku buat urine test tu seawal pagi baru boleh positive. So, dia tanya mmg nak delivery baby kat SALAM ke..akupun angguk, then dia ckp hari ni kena buat terus blood test. Tp before blood test dia buat ultrasound dulu, baby sangat aktif maklumlah dah petang masa untuk mengeliat! Time tak tau pregnant aku ingatkan angin yg berkocak2 dlm perut aku..hahaha..Dr.Siti Mariam ckp kat aku u nak tau tak jantina baby u..dah boleh nampak huh..Akupun angguk2..hahahaha..excited! Ok, dia pun kaco si kecik ni skit2 pusing2 then nampak lah ehem2 dia..Alhamdulillah Dr.Siti Mariam cakap 99% dia guarantee boy! Then aku kena pi tingkat 4 kot buat blood test,cucuk lengan kanan tak mau masuk jarum then darah pun tak mo keluar..huh..apa lagi dipersilakan lengan kiri plak..cepat jerk darah masuk cam lampu hijau huh..adoi lenguh 2 lengan aku! Lepas blood test terus aku pi bayor bil dan amik vitamin Obimin, sume RM215 terhegeh2 lah aku suruh member masukkan duit ke card maybank sbb cash tak cukup..Yosh..mummy yg sengal lenggang2 pi SALAM bawa duit cam nak pi makan KFC jerk plak.

Scan ni menunjukkan jantina dan baby aku tgh hisap jari..pergh sedap sgt ke zat dari mummy..hehehehhe…

Bile dah tau jantina baby, kegedikan nak bershopping bermula..sume baju2 baby nampak comei jerk..Tp memandangkan baju anak sedara aku si den2 tu masih ok so aku pinjam jerklah baju baby den2 yang baru nak masuk umur 2 tahun bulan depan. Bolehlah berjimat tak pyh beli pakaian newborn sgt,tp tetap jugalah kegedikan terhadap barang2 lain bermula..Tp aku tetap boleh control sbb poket den tipis! Sibuk2 gak cari nama untuk baby..la..la..la…express mummy!

Pada 23 Mac aku ada 2nd check up untuk 22 weeks, kali ni en.hubby teman kan siap amik cuti lagik..Aku sampai awal kali ni, tp kena tunggu gak lah dlm 15minit then nurse cam biasa check blood pressure, ukur berat dan urine test. Dalam 20 minit nama dipanggil masuk jumpa doktor Siti Mariam, dia tgk berat aku aish..pesal berat sgt ni 60kg, so buat ultrasound, dia ckp air ketuban aku banyak sgt, baby condition ok size sesuai dengan usia 22 weeks, doktor siap tunjuk jantina dia sekali lagi kat en.hubby dan tunjuk muke baby..(En.hubby ckp baby bulat cam muke u). Haish!!! Jantung aku berdegup kencang gelisah, dia tanya pasal pemakanan harian aku then check blood untuk pastikan aku takde diabetes. Alhamdulillah takde! Dia ckp kita tunggu 4 weeks lagi if air ketuban masih byk dia akan refer aku ke PPUM. Muke aku dah cam sedih2 serupa budak tak dpt makan ice cream McD. Bil checkup kali ni RM130. Balik tu aku google pasal air ketuban byk, sume pun nampak perspektif negative jerk..hahahah..tp sebagai seorang yg positive thinker aku bisik2 ngan baby, i believe you will be a good swimmer lah baby bile besar nanti. Then, baby akupun cam setuju dengan memberikan sign tendangan2 manja di perut aku ni. Bagi menghilangkan kegusaran aku call mak, kengkawan dan sape2 yg aku boleh borak pasal masalah aku ni. Semua pun takde pengalaman bab ni, tp aku tak kisah sgtpun sbb yang penting aku kena sentiasa positive thinking dan minta Allah lindungi baby aku sebagaimana Allah melindungi selama 18 minggu time aku blur tu ;) Aku tak minta rezeki mencurah2 cukuplah dia lahir penuh sifat dan sihat, dan aku boleh jaga dia sampai hujung hayat aku.

Scan ni sebenarnya nak tunjuk muke baby sekali dengan pantasnya dia tutup balik muke dia dengan tangan..Sangat pemalu baby boy ni!

Ya Allah..panjang bebenor post aku kali ini. Tp niat aku sebenarnya nak share feeling2 nak jadi mummy ni dengan korang sbb byk info yg aku cari takde kat internet sgt. Maksud aku kengkadang nak jadi mummy ni kita mmg byk tanda tanya, ada mende kecik pun kita cam serious sgt sampai mengganggu emosi. Jadi bile aku share pengalaman aku ni aku harap bakal2 ibu lain lebih patut bersyukur kalau diaorg dpt tau diaorg mengandung lebih awal dari yg aku tau. Persediaan mental dan money mmg perlu diamik berat. Aku tak buat kad merah lagi di hospital gomen, member aku suruh buat..tp sedia maklum di Shah Alam ni takde hospital gomen just ada KK sek 19 dan sek 7 yg mmg sentiasa penuh.  Sedia maklum aku mmg jenis tak sanggup tunggu lama2, especially skang baby dah pandai bagi2 sign jgn berdiri lama2, jangan duduk lama2. Aku share cost checkup so next time sape2 yg nak buat checkup boleh pilih nak buat kat mana.Insan berpendapatan cukup mkn cam aku ni, dpt pi SALAM pun dah sengih!

SALAM maternity package pun tak semahal private yang lain, RM1999 untuk normal delivery termasuk specialist consultant, R&B (2 days 1 night), Baby vacc dan GST. Price ni tak termasuk kalau induce, forcep/vacuum,epidural or other complication(if any). Elective Caeserean plak RM5555 termasuk specialist consultant, R&B (2 days 1 night), Baby vacc dan GST. Price ni tak termasuk kalau other complication(if any). Aku doa2 lah nak beranak normal dan tak pyh epidural, bukan kedekut tp ramai cakap better normal senang nak jaga masa pantang. Ya Allah kau permudahkan aku bersalin nanti..hehehehe..tentang masalah polihidramnion tu aku tawakal jerk, aku harap korang dpt doakan kandungan aku selamat dan takde isu2 yg serius. Baby aku tendang2 manja lagi..mean dia pun minta korang doakan keselamatan mummy dia ni..hahahah (perasan).


50 Responses to “Kami Bakal Bertiga – Check Up 18 Minggu dan 22 Minggu”

  1. auc dot com says:

    Al Hamdulillah tahniah
    rezeki teramat besar tu
    kome tahu bagaimana rasanya tahu keadaan begini
    maklumlah kome dah 5 org anak :)
    auc dot com recently posted..Wordless Wednesday #19 ( Kuda Kayu )My Profile

  2. kulanz says:

    Alhamdulillah.. moga dipermudahkan segalanya
    Tahniah juga :)
    kulanz recently posted..Wordless Wednesday: Buka Mata Buka HatiMy Profile

  3. sangilapi says:

    rezeki lah tu :-) moga selamat untuk segalanya…..memang panjang gila entry kali ni!

  4. samdaddycool says:

    Tahniah… having 1st baby is the sweetest moment in life
    samdaddycool recently posted..Contest hangat 2012 menang Ferrari Itali untuk lelaki kacakMy Profile

  5. Cikgu Hairul says:

    Semoga selamat.. Dah lama benar tak mengupdate blog. Sekali update dengan berita gembira. Tahniah sis.
    Cikgu Hairul recently posted..Apa Salah Kita?My Profile

  6. ejam says:

    Alhamdulillah, tahniah untuk anda berdua.

    Teringat lagi pelbagai pengalaman menarik ketika isteri mengandung tahun lepas dan selamat melahirkan baby boy bulan januari yg lepas.

    Betul kata awak berfikiran positif sangatlah membantu, begitulah yang ejam selalu buat dengan menguatkan isteri supaya berfikiran positif.

    Saat-saat menyambut kelahiran baby kami masih jelas lagi kerana mampu berada disisi isteri menyambut kedatangannya dan terus azankan dengan linangan air mata syukur.

    Semoga awak dan suami terus positif dan alirkan aura positif tersebut kepada baby dalam kandungan itu.

    Tahniah dan jaga diri elok2. :)
    ejam recently posted..RM100 Untuk Dimenangi, Hanya Capture Counter Sahaja.My Profile

  7. suri says:

    salam..
    syukur ats kehadiran dia..moga semua akan berjalan dgn lancar.amin..

    tahniah dari suri

  8. Zam says:

    Tahniah kepada Catzer. Patutle sonyap aje lupe nyer dh berisi..

    • catzer says:

      Thanks bro..senyap lama sgt tu bukan berisi lagi time tu..tp tgh dok nak isi info dlm kepala..hahaha…tup tup rezeki lain Allah bg isi kat perut..keh keh keh

  9. hanafi says:

    Wah.. lepas 5 bulan baru tau tuh.. first time aku dgr.. btw tahniah.. :)
    hanafi recently posted..Blog yang terabai (episod 2)My Profile

    • catzer says:

      hahahah..itulah…perut cam dah naik skit..tp dek kerana urine test negative jerk cam pelik2 sesgt..tak mo lah berharap sgt..ada pro and contra gak lah tau lambat ni..best part nya takde morning sick dan perasan cam “single” hahahahah

  10. Muaz Hadi says:

    tahniah sifu! doa semua selamat inshaAllah. tapi mcm klakar lah dah lama ada isi dalam perut boleh tak sedar! hoh! haibat!

  11. mijie says:

    giler panjang entri ni, siap baca separuh then sambung balik, apa2 pun tahniah dan aku doakan semoga ko dgn baby selamat catz

    apa2 pun silalah pergi check up dkt klinik kerajaan kalau tak nanti kn marah dgn doktor kat sana kalau tak daftar, tp mmg paling cepat 2 jam kn menunggu
    mijie recently posted..Wordless Wednesday – #14 machinesMy Profile

  12. tehr says:

    tahniah setinggi2nya
    sengeh2 je aku sepanjang baca entri ni
    best macam nak dapat anak sendiri je
    lagi pun aku dah lama tak mengandung
    eh, dah lama isteri tak mengandung :D
    tehr recently posted..Separuh Akhir Piala FA 2012My Profile

    • catzer says:

      kalau ko mengandung bahaya bro…1st kat malaysia nanti..hehehe…yup aku share feeling tu dengan niat nak buat org rasa nak ada baby baru..hahahahah..

  13. Sir Marcello says:

    Congratz to u and ur hubby..
    kesihatan kena jaga, tidur cukup dan makan makanan berkhasiat…

    hehehe…sebenarnya, aku belum kahwin lagi tapi dok kawan ngan orang yang bini ngah pregnant, macam2 cerita, petua diorang bagi…

    • catzer says:

      hahahha…itulah..ko cepat2 lah aku nak rasa nasi minyak ko ni..keh keh keh..tp skang part tido tu problem skit sbb baby dah aktif skit gerak2..tahan jerklah..cam kena geletek jerk rasanya..

  14. ADAM NARZUAN says:

    tahniah laa yer.. semoga dipermudahkan segalanya
    ADAM NARZUAN recently posted..Rasuah Seks- Kakitangan Majlis Agama Dihadapkan ke MahkamahMy Profile

  15. Jomtonton says:

    Salam,
    Alhamdulillah, rezeki :)
    Tahniah..
    Jomtonton recently posted..Wordless Wednesday – Lawak Kartunis Lambok #7My Profile

  16. yanmie says:

    Salam,

    Tahniah tak lama dah lagi nak bertiga tu, yelah kuasa ALLAH SWT kan, 3 bulan test UPT tapi negative juga, memang lain dari yang lain pengalaman mengandung catzer ni.

    masa 3 bulan berturut2 test UPT tu kiranya buat sekali jelah ye setiap bulan? ke banyak kali?, time pagi pun ada test tak?, still negative jugak?

    dalam tempoh 3 bulan masa negative tu ada buat scan ke tak? kalau ada doktor cakap ape ye?

    hikhik saje lah nak tau kan, hope sudi kongsi jawapan atas pertanyaan saya :D

    btw mudahan semuanya dipermudahkan, ibu dan baby sihat , amin :D
    yanmie recently posted..Gambar Bertunang Liyana Jasmay Dan FathuddinMy Profile

  17. tahniah sis, kena jaga pemakanan dan kesihatan tu.

  18. dnoBiz says:

    Tahniah catz….
    makin bertambah lah rezeki lepasni :D
    dnoBiz recently posted..Apa Bezanya – Serupa walau tak samaMy Profile

  19. Ali ridha says:

    sempat lagi rempit balik
    ke shah alam.

  20. hafidz says:

    Tahniah ya!
    Saya pun bakal menjadi ayah mudah juga ni huhuhu :P
    hafidz recently posted..Nuffnang Buffered Earnings 7My Profile

  21. zura says:

    tahniah….wah sempat merempit lagi tu…anyway biasanya baby boy x de morning sickness..same mcm akak dulu..masa pregnant baby boy smpai dh 5 bulan officemate xde sorang yang tau..dh nk msuk 6 buln bru diorg tahu..pastu 6 buln lebih masuk bowling competition kt tmpt keja…dpt 2nd runner up..ok la kan..but bila prgnant baby girl asyik kuar masuk spital je mabuk teruk….

    jaga makan dan rehat serta senaman mesti balance ok….makan jgn bantai ikut selera jeee..berpada pada

  22. huh, TAHNIAH!!! semoga semuanya selamat…

    Tup2 tau dah pregnant, bila masa ko kahwin ahh?? heheheh
    aktechpage.com recently posted..Jodoh: Kuasa Tuhan Penentu Segalanya.My Profile

  23. adamfaiz says:

    Bab beli baju ni AF rasa tak yah beli banyak2 sebab ada je baju sedara mara yang boleh pakai… satu lagi nanti sure orang bagi hadiah… berjimat di mana perlu.. Walaupun AF faham excitement menyambut orang baru..semoga dipermudahkan!
    adamfaiz recently posted..Lain Yang Bersukan Lain Yang PenatMy Profile

  24. salam catzer.. nak tanya apa kes di demc tu ye..? sebab saya baru 1st time ke sana untuk cek up semalam. :) thanks..

  25. Tahniah! Take care :)
    collagen drink recently posted..Collagen Functions And BenefitsMy Profile

  26. ikoko says:

    Tahniah catzer… :)
    ikoko recently posted..Rumah BaruMy Profile

  27. menteil says:

    dah bila pulak ko kawen? haha.. macam mana aku tak tau?

    apa pun, tahniah!

  28. z@1 says:

    Tahniah. Maternity package kat SALAM lagi mahal dari KPJ Selangor rupanya.

  29. cikgu faz ijan says:

    salam…kes awk sama mcm saya laaaa…sebijik….sy taw da ada baby dlm perut ni pun da 17 week…..bila bc citer awk sy senyum….skrg da msk 20 week…kiranya sy bru taw 3 minggu lpsla…alhamdulillah…ALLAH melindungi baby ni lg…3 thn lbh menunggu….mcm x percaya…suami jugak begitu….huhuhuhu…skrg ni suami lg la amik berat..alhamdulillah….smg urusan dipermudahkan

    • catzer says:

      Tahniah untuk sis dan hubby…yup..siapa yg mengalami akan sengih2 sendiri bile baca blog post ni..bukannya kita tak alert tp itulah tak molah berharap sakan kan…Jaga diri baik2 ya sis.

Leave a Reply

CommentLuv badge