Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Jaga-Jaga Melayu 2

erm, kenapa ada version 2 ni plak. Heh, aku tidak mahu ada yg terlepas coretan penting mengenai isu himpunan tanpa pengisian ini. Namun tiada trilogi selepas ini dan biarlah ianya bertitik disini. Aku mahu adil pada kodin dan naz, namun tiada kaitan dgn parti keadilan. Ini sisipan yg ingin aku kongsikan agar suatu masa ianya boleh menjadi journal untuk kita rakyat malaysia. Mungkin blog ini untuk sepanjang hayat aku, namun jika aku pulang pada-Nya dulu. Carian dr google akan merujuk kesini melihat titian hidup insan yg dipermainkan oleh keadaan.

Ini yg aku sokong, memandangkan aku tidak mahu mengolah walau sedikit tinta kerana apa yg disampai oleh cybermaster sedikit sebanyak sama geloranya dgn aku.

Secara dasarnya , saya melihat isu hindraf ini di mainkan oleh pihak tertentu bagi menunjukkan bahawa perhimpunan jalanan itu sesuatu yang tidak bagus….

Sebenarnya isu ini cuba di kaitkan dengan perhimpunan BERSIH dan tidak mustahil ianya untuk membuka ruang kepada pemerintah untuk membuat akta Perhimpunan Haram.

secara keseluruhan , rumurs seperti ini kembali semula setelah isu di pasir gudang dulu gagal memberi apa-apa impak yg besar.

sedarlah wahai rakyat malaysia terutamanya melayu….

sebenarnya ada petualang besar yang memainkan isu ini untuk kepentingan politik mereka ,

dan dlm masa yang sama mereka cuba mengalihkan isu nasional negara yang sebenar iaitu kepincangan dan kelemahan kepimpinan sedia ada .

daripada kita kisahkan pasal perhimpunan Hindraf , ada baiknya kita protes KENAIKAN MINYAK YG BAKAL BERLAKU JANUARI 2008, KENAIKAN KADAR TOL ,KENAIKAN HARGA BARANG DAN MAKANAN KELEMAHAN SISTEM PERUNDANGAN , KELEMAHAN SISTEM KESELAMATAN , Penipuan soalan Bocor UPSR yang membawa kpd kononnya pencapaian cemerlang..

KADAR JENAYAH BERLELUASA , PENAGIHAN DADAH , SEKS BEBAS DAN lain-lain yang sememangnya DI GALAKKAN OLEH PEMIMPIN PADA HARI INI.

ULAS LAH APA JUA , KOMEN LAH APA SAJA …

Yang pasti kerajaan yang ada pada hari sememangnya Korup dan Teruk dari sudut pengurusan dan kepimpinan….

kepada yang berilmu di luar sana dan sedang membaca , sekiranya anda merasakan kehidupan anda pada hari ini membebankan keselesaan anda untuk hidup ,

ayuh , mulakan langkah dan berikan sumbangan anda untuk merubah apa yang ada sekarang. sesungguhnya sekiranya mereka-mereka ini masih dibiarkan berleluasa memimpin negara kita , lambat laung negara ini akan ranap dan paling di takuti mendapat bala dari Allah S.W.T. Jadi anda yang fikirkanlah apa yang boleh anda sumbangkan nanti dlm merubah kepimpinan yang ada sekarang sama ada dari dalam mahupun dari Luar. sesungguhnya jalan keinsafan itu masih terbuka luas untuk kita.

Renung-renungkan lah…

Blog Widget by LinkWithin

No related posts.


About the Author

Catzer seorang penulis blog syok sendiri yang suka merayap ke lokasi yang sentiasa dirahsiakan. Hanya tahu makan, tidur, main games dan blogging menggunakan Wordpress. Pakar masak megi dengan kimchi,yosh!!

One Response to “Jaga-Jaga Melayu 2”

  1. Aizat says:

    Salam,

    saya harap semoga negara kita ini dipimpin oleh pemimpin yang adil dan ingin maju ke depan. bukan yang hanya mementingkan diri dan kroni.

    Aizat’s last blog post..New Year Dating With Shaz

Leave a Reply

CommentLuv badge