Gadis Melayu Lebih Comei Kalau

by catzer on April 12, 2009

Beberapa hari lepas aku merayap ke SACC, Bukit Tinggi dan Bukit Raja..bukan dalam satu hari tapi dalam satu minggu yang sama. Sebagai orang yg selalu menghabiskan masa di rumah kadang kala aku perlu keluar untuk melihat dunia luar juga. Ya, melihat anak gadis orang..ops..aku bukan stalker tapi memandangkan kapasiti yang berstatus gadis memang tinggi di Malaysia even aku berharap dipertemukan mata aku ini dengan jejaka yang sedap mata memandang namun hampa..sadis tul..

Sebenarnya niat aku merayap bukanlah nak cuci2 mata pun tapi pi mamam dengan kawan-kawan dan tengok wayang. Back to title, gadis melayu lebih comei kalau…erm aku tersenyum sendiri bila aku ingat sepanjang pemerhatian aku ada pelbagai gaya dan perangai yang boleh buat aku tertanya berapakah umur gadis2 itu? Adakah kerana aku kategori senior jadi soklan tu terpancul keluar? Oh, tidak..sebenarnya ianya tercetus dari serebrum aku ni kerana gaya dan tingkah laku yang mcm comei tp bila berckp masya-Allah hilang kecomeilan tu.

Jadi jika korang ada adik, anak sedara, sepupu,anak dan seangkatan dengannya berjantina perempuan. Adakah mereka lebih comei jika:

1. Berjalan sopan santun dan tersenyum

2. Memakai baju kurung semasa hari raya atau baju kurung sekolah

3. Muka touch up skit-skit tapi berseri

4. Mempunyai adab sopan yang tinggi dan menghormati orang lain

5. Menjaga sikap dan tutur kata tidak kira di mana sahaja

6. Duduk dirumah sambil main PSP,PS3 atau melayari internet

7. Duduk di dapur dan memasak lauk kegemaran korang

8. Bergayut di telefon sampai telinga merah

9. Membonceng bersama mat rempit

Ada 100 senarai yang boleh aku buat tapi istilah comei ni rasanya kaum lelaki lebih arif. Sebenarnya korang patut arif juga mengapa pompuan suke bile dikatakan comei:

1. Terasa mcm “sweet” sangat, ala ala baby lah..

2. Terasa mcm dunia ni “ana” yang punya

3. Terasa seperti dihargai

4. Terasa mcm bagus gile

5. Terasa mcm ada isu-isu bodek tapi ok jerk lah..

Banyak sebab korang patut “bodek” adik pompuan, mak , isteri korang dengan istilah comei ni.Aku suke gunakan istilah ini pada kucing aku dan anak sedara..Kalau dengan kucing erm sbb fify tu mmg comei,100k aku sebut pun takde faedahnya pada aku. Tp jika pada anak sedara..huh..adalah permintaan yang menyebabkan mereka buat muke toyei..Bagi unsur-unsur bodek aku rasa beberapa ayat mengoptimasikan keyword comei ni membolehkan korang dapat apa yg korang nak..So..pada korang gadis melayu lebih comei kalau….(reply kat comment)

Blog Widget by LinkWithin
Spread The Words:
  • del.icio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • YahooMyWeb
  • Mixx
  • Facebook

Wow..Post Ni Pun Menarik!:

  1. Melangkah Lebih Jauh submit_u
  2. Melompat Lebih Tinggi submit_u

{ 62 comments… read them below or add one }

mrozaidi 04.12.09 at 3:36 am

Bukan senang sudah nak cari pompuan macam tu.. ada tapi 1000 dalam 1 pun blum jumpa…huhu

Hazman 04.12.09 at 3:55 am

Gadis melayu akan lebih comel kalau…..sentiasa mempamerkan senyuman dan tak kontrol kalau nak gelak…..

mann 04.12.09 at 3:59 am

Pada aku awek melayu nie sememangnya dah azalinya comel……itu kes KALAU HATI DAH SUKA laaa…. :)

twenty-six 04.12.09 at 4:11 am

AEON bukit tinggi tempat biasa gua berkubang sambil2 minum kopi gaya colonial :p jemput2 lah lepak sama

reezluv 04.12.09 at 4:28 am

hehe..aku tau,ko memang comei catz..hehehe

Adry 04.12.09 at 4:53 am

semua pompuan cute dan sweet… yang penting tutup la aurat… hehehe

kasyah 04.12.09 at 5:26 am

comel ke gadis2 melayu ni?

haha…janji pandai masak&pandai main ps2 ngan aku barulah sweet…

aye 04.12.09 at 7:49 am

takda yg apply kat aku pun. oh ada. no. 6. heheheh.

Muaz Hadi 04.12.09 at 2:18 pm

Gadis melayu akan lebih comel kalau…..nampak blurr n selalu senyum. haha

p/s catz, you ni comel lah.. (ayat bodek)

surfaddict 04.12.09 at 2:39 pm

Hahahah..erm ramai tau ko jerk tak jumpa lagi..hehe

surfaddict 04.12.09 at 2:40 pm

Kalau tak kontrol karang mengilai mcm ponti plak

surfaddict 04.12.09 at 2:40 pm

Hahahah..kalau tak suke tak comei pun jadi comei

surfaddict 04.12.09 at 2:40 pm

hahahah..ok jerk bile2

surfaddict 04.12.09 at 2:41 pm

Aku tak ckp apa2..ko yg ckp kan..so takdelah syok sendiri..hahaha

surfaddict 04.12.09 at 2:41 pm

Makin comei lah kalau gitu kan

surfaddict 04.12.09 at 2:41 pm

Hahahah..main psp dan masak..huh lekas gadis2 melayu htr resume

surfaddict 04.12.09 at 2:45 pm

hahahha…mmg bodek tu..time kasih

wan 04.12.09 at 4:30 pm

comei kalo bersikap natural dan sentiasa senyum… hehe

aktechpage.com 04.12.09 at 6:38 pm

hmmmm…….gadis2 pasir mas adalah yg tercomei di Malaysia….x caya, try g pasir mas, Kelantan…heheheh……

comei2 ni abstrak sgt, setiap org lain dia punya definisi comei….
Bagi aku x leh nk describe la, comei tu dtg dengan sendiri….

bd fabregas 04.12.09 at 8:10 pm

kalo bodek awek ngan istilah comel bleh tak??

lankapo 04.13.09 at 4:45 am

sy sgn ini bersetuju mengatakan bawahwa ca pun comei jugak

bukan bodek ni betul nihh

lankapo 04.13.09 at 4:47 am

typ lah pulak,
* bahwa cat

asal aku type tk nampak font aku kaler putih masa dlm comment box ahh

surfaddict 04.13.09 at 8:26 am

Ya..senyum itu sedekah..wajib comei

surfaddict 04.13.09 at 8:27 am

Hahahah..yer ke..pasir mas erk..tak tau plak sbb takde geng kelantan

surfaddict 04.13.09 at 8:27 am

Boleh boleh..tp tak dpt apa2 lah

surfaddict 04.13.09 at 8:28 am

erm mesti ada punya

surfaddict 04.13.09 at 8:28 am

time kasih lan huh jom ngeteh..(cepat jerk hahahah)

fuad 04.13.09 at 9:12 am

"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)

Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya….dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

reezluv 04.13.09 at 1:03 pm

xpe..ko memang comei..kekeke…

surfaddict 04.14.09 at 1:17 am

Insya-allah bro..kalau rajin ziarah menziarah no hal punya.

haritz 04.14.09 at 6:09 am

sukar nak cari skrg ni..

haritz 04.14.09 at 6:10 am

kalau ader pun bukan kat KL kot

kakeru 04.14.09 at 6:52 am

Byk pandangan org tg comey ni sbnrnya eh.. Klu utk kucing-sesuai, utk org pompuan-ok gak, tp klu lelaki-perkataan comey tu agak janggal la plak…hoho.. Thus, gadis melayu lebih comey klu ikut apa yg Allah & Rasul-Nya perintahkan dan jaga adab n tingkahlaku. Tu lebih sweet, kalah sweetie..hihi.. ;)

Jeketb 04.14.09 at 7:45 am

blog ko dah dofollow yer catz..hihi.. bila blog dh dofollow tu bersemangat sket aku nk tulis komen..haha

surfaddict 04.14.09 at 1:58 pm

Ada punya percayalah..kat KL ni pun byk berlambak cuma spesis ni dilindungi sbb tu ko tak nampak.

surfaddict 04.14.09 at 1:59 pm

Comei terhadap kucing paling tepat…hehehehhe…

surfaddict 04.14.09 at 2:00 pm

Selama ni tak do follow erk..kekekek..sbb aku selalu2 tukar theme

BAGAK 04.14.09 at 4:23 pm

ya gadis melayu memang menawan dan menarik hati

ilhamputra 04.15.09 at 5:06 pm

ya.sapa bilang gadis melayu tak menawan.semuanya molek.comel belaka

surfaddict 04.15.09 at 5:39 pm

hahahahah…especially owner blog ni kan :P

surfaddict 04.15.09 at 5:40 pm

Betul2..lebih comei kalau pandai jaga adab sopan

Tan Sri Azman Hashim 04.16.09 at 12:35 pm

den suke tengok gadis yg pakai baju kurung ,nampak kesopanan nyer, apa2 pon yang penting isi didalam tu … ader lagi ker skg nie mana nak cari yer..

taukey 04.17.09 at 12:02 am

yup apa yg penting memang kat dalam tu… ekekekekee…wat lawak kejap

aiereast 04.17.09 at 9:40 am

Erm… betol2 comel kalau beradab, walaupon garang (tapi bukan bengis,k?) sket. Komfem ley cair. ahaks:D

Forex Trading Easy 04.17.09 at 4:17 pm

siapa bilang gadis melayu tak menawan tak menarik hati lalalala
hehe

surfaddict 04.17.09 at 4:37 pm

hahahha..mesti cair punya

Budak Melayu Boleh 04.18.09 at 4:46 pm

Aku suka jenis yang sempoi2 jer .. xsuka yang jenis kontrol2 ayu gitu .. haha

bib_ak 04.18.09 at 5:40 pm

gadis melayu lebih comel jika…….
mempuyai tingkahlaku; bertanggungjawab mengikut kemampuan sendiri dan akur janji pada diri bahawa:
tetap ingin melakukan apa yang baik dan benar ( nilai budi perketi yang baik)
pantun ini menterjemahkan maksud nilai budi perketi baik:

cahaya redup menyegar padi
ayam bekokok mengikut tuah
jikalau hidup tidak berbudi
umpama pokok tidak berbuah

angin teluk menyisir pantai
hanyut rumpai di bawah titi
biar buruk kain dipakai
asal pandai mengambil hati

Nilai diri itu lebih penting juga…….dari comel !…… ;)

kaiba910 04.19.09 at 3:26 am

Gadis melayu ramai la cun…mmg terlampau ramai. X tau nak pilih mane

ikramhakimi 04.20.09 at 5:47 pm

hohoho, nak awek comel jugak,
susah tu nak cari baek skang,
haih..

olskool 04.21.09 at 12:14 pm

gadis melayu lebih comei jika buang yg no 8 dan 9
yg lain sume ak setuju

yg no 6 tu kdg2 bleh la
lepas tension ke nk hiburkn ati ke
tp jgn la slalu

baloot 04.21.09 at 12:53 pm

aku suka gadis melayu yang sempoi je..
taknak yg jenis control2…
nak mekap je tebal2, padahal bukannya cun sgt.. :D

Budak Melayu Boleh 04.21.09 at 3:38 pm

Aku nak tambah lagi … budak pompuan melayu lebih comei jika tidak jual mahal .. boleh ke macam tuh? hehehe ~

bib_ak 04.23.09 at 5:08 pm

Suka juga tengok gadis melayu yang comel. " Yang Comel Gedik menyampah I" kata eye.
Yang Comel si comel anak saudara kawanku berumur 2/3 tahun.Bahasa tubuhnaya (senyumannya, berjalannya dan gerak tangannya), adalah ikhlas di banding dengan gadis melayu comel besar panjang tu!…..

bib_ak 04.24.09 at 1:06 pm

Pilih seorang , ketika memandang wajahnya sejuk mata melihatnya dan hati tenang bila terkenang. Nak tepat solat istiharah, minta petunjuk kata ustazah aku semasa aku dibangku sekolah dulu……

Melayu Boleh 05.03.09 at 9:29 am

Sape bilang gadis melayu tak menawan.. hehe

butterfly 05.04.09 at 5:47 am

gadis melayu comei klu b'tdung..aty bersih…pandai jage tutur kate….comei la jdnye…
perfect….

azudin 05.19.09 at 11:22 am

banyak sekarang gadis melayu suka dedah mendedah….. kadang-kadang terlalu over… terlalu ikut barat… harap-harap gadis melayu tidak akan tinggal sebagai gadis melayu terakhir

Melayu Boleh 06.12.09 at 5:10 am

Siapa bilang gadis melayu tak menawan..
bak kata jamal abdillah..hehe

kaizer 09.30.09 at 2:30 am

nanti catzer masuk le rancabgan gadis melayu tv9 tu.Gadis IM

jimi 11.05.09 at 5:45 am

perempuan melayu lagi comei klu…pada pendapat akulaa…dia jenis yang lincah…menjaga ketrampilan…berkeyakinan dalam apa jua yg si dia bicara(maknanya petahlaa)…pandai menjaga hati org lain…ske melemparkan senyuman yg ala gitu tesipu2…n merendah2 diri kot….aaauhuhu(brangan 3 minit jap!!)hahaha

oswin 02.20.10 at 3:46 am

memang comel untuk setiap insan yang hidup di dunia ni….
tapi kadang-kala kitaa lupa memuji orang lain..

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

« Back to text comment

Previous post: Tips Menjadi Blogger Glamer

Next post: Merajuk Perlu Di Pujuk?