Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

F1 Malaysia 2009

Tetiba aku rasa mcm rugi jerk sbb masa isi minyak kat Petronas hari tu tak bawak duit lebih untuk beli tiket ke F1 Malaysia 2009. Erm bukan aku tak minat F1 terlebih minat tp itulah kengkadang aku mmg selalu merempit dengan bawak lesen, i/c dan duit RM20. Cuma kenkadang jerk aku gatal bawak kat kepala harimau tu..Tp pada hari aku nampak jualan tiket di Petronas seksyen 7 tak silap aku mmg duit tinggal untuk isi minyak jerk. Aku ingat ada bawak kepala harimau cish tak bawak plak…Lebih tak best aku tinggal phone kat umah, tgh charge. So mmg takde rezekilah untuk aku tonton F1 Malaysia 2009 ni.

F1 Malaysia 2009 akan berlangsung pada 3-4-5 April ini dimana lagi kalau tak di litar lumba Sepang. Tak silap aku last time pergi bile erk..huhuh dah tak ingat tp masa tu Michael Schumacher sedang mengungguli kedudukan no 1 dalam 5 tahun berturut-turut..even orang ckp Ferrari main kotor atau sebagainya tp pada aku pemandu juga penting. Aku masih ingat masa kelas fizik En. Syed, dia menjadikan subjek fizik menarik dengan menceritakan keupayaan pelumba F1. Pada kelajuan mencecah 300km/hr, paru-paru manusia biasa boleh pecah kerana kekurangan oksigen dan daya mengepam darah yang semakin berkurangan. Tak silap aku pemandu F1 berkeupayaan untuk mengawal degup jantung mereka kurang dari 50 kali seminit dan ini membantu mereka mengawal penggunaan oksigen seoptimum yg mungkin. Dari segi mata, boleh dikatakan penglihatan pemandu F1 menyerupai helang bygkan bagaimana mereka lap masa kelajuan melebihi 200 km/hr..huhuhu..so pada aku ahli sukan paling tip top ialah Pemandu F1. Maaf tak sempat aku nak kaji semua tentang F1 Malaysia 2009, tp sesiapa yg pergi tu nanti sharelah picture best2 erk.

Disini aku kongsikan 2 video yang bila aku tgk mengingatkan aku tentang kelas German yang selalu aku ponteng dulu.Maaf Frau Farah, bukan sengaja..Biasalah kelas2 petang ni biasa time2 masa yang sesuai untuk melelapkan mata.

Blog Widget by LinkWithin

No related posts.


About the Author

Catzer seorang penulis blog syok sendiri yang suka merayap ke lokasi yang sentiasa dirahsiakan. Hanya tahu makan, tidur, main games dan blogging menggunakan Wordpress. Pakar masak megi dengan kimchi,yosh!!

16 Responses to “F1 Malaysia 2009”

  1. menteil says:

    huhu.. banyak fakta berguna disitu…
    aku tak penah tengok F1 live..
    abg aku tiap2 tahun sbb dia ada pass free..
    hampeh tol…

  2. Dhiaqis says:

    Pemandu F1 ibarat fighter pilot… tak silap dan tak boleh berfikir… maksudnya mereka kena mahir, cekap dan keadaan fizikal+mental serta tindakan reflek ditahap yang terbaik…

    " if you think you die"

  3. surfaddict says:

    menteil apa lagi pow lah sekeping 2 tiket..hahahah

    dhiaqis-itulah mereka ni dibayar untuk korbankan nyawa..heheheh..

  4. Chempaka says:

    Owh F1… Rindu plak kt f1… Aku start gilakan f1 ni masa dia mula2 dtg msia… Tahun 1999 xsilap aku… Ms tu aku xsuka mika dgn mclaren… Sampai ke sudah aku xsuka mclaren…

    Kegilaan aku dgn kwn aku kat f1 ni dah thap kronik giler la… Smpi kan siap buat mcm buku skrap tuk f1… Kawan aku siap merangkak lg sbb nk tgk sgt jenson button… Smpi kan jumpa dgn engineer petronas yg keje dgn sauber petronas pun boleh buat kami gembira… Hari isnin masa kt perhimpunan mst sibuk citer sapa yg menang, pasal accident la… Mcm2 lagi la kisahnya.

    Tp apakan daya… Minat yg terlampau xmenjamin yg kt org leh pg tgk secara live… Setelah 10 tahun br kt org mampu pg tgk live… Itu pun tiket plg murah skali… Maha panas sepang tu. Thun ni race start kul 5 kan… Huhuhu…

    Eh panjang sgt plak komen aku… Huhuhu…

  5. Qaiyum says:

    Member Aku Dari Sabah Ajak Turun Gak Sepang Ahad Ni. Tapi Tiket Pebende Blum Beli Lagi. Btul ke Ade Promosi Tiket Grandstand RM100 Je Jual Kat KL Sentral. Tapi Student Price La Kot. Hahah.. Ade Lagi Ke Jual Tiket Ek?

  6. surfaddict says:

    chempaka-pergh itu mmg gile punya minat.tp mmg panas sgtlah Sepang boleh demam ooo..

    qaiyum-all ticked sold out..itulah ko rugi2..len kali bab2 tiket murah ni sembat jerk pergi tak pergi blkg kira. tak jadi pergi lego jerk tiket tu mesti ramai mau.

  7. alone says:

    layan gak formula 1 nih. xpenah pulak tengok live.

  8. surfaddict says:

    erm..itulah aku dulu mmg gile2 gak layan ni..tp skang dah kureng..:)

  9. callister says:

    wah..nampaknya ko memang tumpu perhatian ek masa class fizik…
    aku dulu masa kelas fizik, cikgu dia sepupu aku..
    huhu..
    benci asik aku je kena panggil..

  10. hazman says:

    Saya pulak walaupun hari2 pegi keje mesti lalu kat F1 sepang tu….hati nie tak terasa nak tengok live pun ….walaupun penah dapat pass percuma…senang tengok kat TV jee….ade gak niat nak amik gambar suasana kat F1 tu….tapi orang terlalu crowded dan tempatnya bahang panas….maybe one fine saya akan pegi gak….

  11. samdaddycool says:

    .. Dapat duduk Grandstand juga yang dapat membahagiakan pasangan yang menonton F1 ni.. Kalau kat tepi (tiket murah-murah tu)… rasa macam rasa tanam rumput kat padang golf… panas tahap cipan!

  12. surfaddict says:

    callister- pergh gile bosan sei..kalau aku sanggup tukar kelas lain gitu.tp kalau cikgu yg sama gak..aku tukar sekolah..hahahah…

    hazman-tak boleh thn kepanasan tu lah..boleh demam panas huh

  13. deennasour says:

    aku tak penah tgk live f1. tapi setahu aku lepas je kakak aku pg nengok ni, muka dia itam!
    miahahahaha

    wow, aku baru tau pasal fakta2 yang ko bagik tu. meletop paru2 wooo.
    fizik aku dpt 7 spm lu. huah huah huah

  14. azwan says:

    tahun ni tak pergi sebab sponsor tak bagi tiket :(

  15. surfaddict says:

    huhuhu..erm recession o.0

Leave a Reply

CommentLuv badge